Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 19-Jun-2008 13:31 Email | Share | Bookmark
KEK COKLAT CHIP OREN DAN KEK KIWI

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam buat semua.

Akak begitu terharu bila dapat fit back dari adik2 yang begitu simpati dengan kejadian kebakaran yang menimpa akak itu. Akak menitiskan air mata bila membaca komen adik2 yang mendoakan kesejahteraan akak untuk tahun 2008. Terima kasih banyak2, akak pun mendoakan kesejahteraan kepada kalian semua. Moga diberi rahmat dan hidayah dari Allah untuk kita semua dan biarlah berpanjangan hingga akhir hayat. Amin.

Kali ni akak nak tunjuk masakan akak kat Hotel Legend ari tu. Dalam beberapa ari tu, akak sempat masak sup ayam, sayur goreng campur, goreng daging, masak kari daging dan 2 jenis kek.


Daging goreng dan sup ayam


Set makan tengahari yang ringkas.


Kari daging


Untuk buat kek, memang tak ade oven, tapi akak cuba buat try test eksperimen oven microwave brand panasonic yang disediakan oleh Hotel tersebut. Mula tu dia jadi sikit keras macam biskut sebab akak tekan 10 minit.


Kek yang terlebih masak. Tapi sedap jugak


Kek sedang dibakar dalam oven tuuuuu.

Pas tu akak cuba lagi dengan menekan hanya 5.30 minit sahaja. Haaaa hasilnya sungguh memuaskan. tekstur kek halus dan gebu sekali. Bila balik ke rumah, akak cuba di oven microwave akak jenis Aowa tu, set time 5 minit tapi tak menjadi macam di hotel tu. Tu lah untuk jadikan kek cantik dan gebu rupanya oven tu yang main peranan.Kui kui kui kui.


Kek Kiwi, kek pertama


Kek Coklat Chip Oren, Kek yang kedua


Resepi kedua-dua kek adalah sama, cuma diubah suai sikit 'eksesori'nya.

Quote:
KEK COKLAT CHIP OREN



Bahan

1 cawan mentega
1 cawan gula aising
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan bancuhan susu tepung
2 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh perasa vanila
1 paket kecil coklat chip yang kecil
1 biji limau sunkist~ ambil airnya dan kulitnya dicincang halus.

Cara
1. Pukul mentega bersama gula ising sehingga kembang dan berwarna putih
2. Masukkan telur sebiji sebiji hingga adunan sebati
3. Masukkan air susu, air perahan limau sunkist, perasa vanila dan dipukul sebati.
4. Masukan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit (seeloknya tepung bersama baking powder diayak bersama) tapi akak tak buat sebab tak ade alat tuuu, dipukul sehingga sebati
5. Masukkan coklat chip dan kulit limau yang dicincang. Kaup balikkan biar rata.
6. Masukkan ke dalam loyang yang disapu sedikit mentega.
7. Bakar dalam oven microwave dengan menekan masa selama 5-5.30 minit sahaja.


Quote:
KEK KIWI



Resepinya adalah sama cuma gantikan coklat cip dan sunkist tu dengan jem kiwi. Ok juga rasanya dan sikit leka bila tergigit biji kiwi tuuuu.Tapi tak lah banyak sangat biji tuuu.



3 biji bekas aluminium kecil ni cukup2 untuk satu bancuhan kek.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net