Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 17-Jun-2008 11:29 Email | Share | Bookmark
KENANGAN YANG MEMILUKAN.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
SALAM BUAT SEMUA,

Hari ini cukup 1 tahun peristiwa yang memilukan itu berlaku. Susah untuk diungkapkan dengan kata-kata.Cukup menyedihkan dan cukup mendukacitakan hati. Akak namakan tahun 2007 adalah tahun dukacita buat akak. Ini kerana berbagai-bagai peristiwa menimpa akak berturut-turut sehinggalah pada tarikh ini 17 Jun 2007, satu kejutan peristiwa yang jarang-jarang orang mengalaminya iaitu kebakaran di bilik pejabat. Bilik akak yang paling teruk hangus dan rentung.

Akak ingat lagi waktu itu, hari Sabtu 16.6.2007 adalah hari bekerja buat akak dan rakan-rakan yang lain. Hari itu akak kurang sihat. Sudah 2, 3 malam akak tak dapat lelapkan mata. Doktor bagi pil tidur untuk memudahkan akak tidur. Jadi malamnya jam 11 malam akak telan 1 biji pil tidur supaya akak boleh tidur sampai pagi. Tapi entah kenapa malam itu akak langsung tidak boleh melelapkan mata, seolah-olah akak minum bergelas-gelas air kopi. Mata akak terasa tegang aje walaupun akak pejamkan mata.Waktu itu akak tak ade langsung fikir pasal kerja, memang akak kosongkan kepala akak dari memikirkan perkara-perkara yang memberatkan kepala. Berbagai-bagai cara akak lakukan, memujuk diri sendiri supaya tidur dan membaca ayat-ayat alquran, tapi dia masih juga tak mahu lelap.

Seingat akak jam 12.50 pagi akak terima panggilan telefon dari nombor yang tak dikenali. akak tengok aje telefon tu tanpa menjawapnya. Selang beberapa minit lepas tu berdering lagi telefon akak. Masih nombor yang akak tidak kenali. Akak masih tidak menjawapnya. Macam-macam perkara yang akak fikirkan waktu tu.Takut jugak nak menjawapnya, manalah tahu kot ade budak-budak nakal yang sengaja mendail nombor dan kebetulan nombor akak yang terkena,macam-macam lagi lahh.

Panggilan telefon berdering lagi buat kali ke tiga. Akak tengok lagi telefon akak tu dan nama seorang anggota polis yang akak kenali terpampang di situ. Dalam hati tertanya-tanya ade ape pulak yang berlaku malam-malam begini. Akak memang terkejut bila dia bagitau pejabat akak dah terbakar. Lantas akak kejutkan hubby dan mengajak beliau menemani akak ke tempat kerja akak. Akak sempat beritahu boss akak tentang kejadian itu.

Bila akak sampai, akak melihat anggota bomba dan polis sudah berada di tempat kejadian. Waktu itu jam 1.30 pagi. Akak dibenarkan masuk ke kawasan kebakaran itu, dan akak melihat ruang bilik akak hangus rentung, tidak dapat diselamatkan walau satu dokumen pun. Waktu itu akak rasa mahu saja akak duduk terjelepuk saja kat situ, lemah longlai tubuh akak waktu itu tuhan saja yang tahu. Pihak bomba dan polis mula menyoal siasat akak waktu itu juga (dalam kegelapan malam itu). Akhirnya hasil siasatan mendapati bukan disebabkan oleh litar pintas atau kecuaian tetapi terdapat umpilan di nako cermin tingkap bilik akak. Setakat ini saja yang akak boleh ceritakannnnnnnnnnn. syukur tidak ade kehilangan nyawa yang berlaku. Akak sempat ambik gambar-gambar selepas kebakaran itu.


KIPAS










TENGOK TAPAK KOMPUTER ITUUU




YANG TINGGAL NAMA AYAH AKAK AJE.
LIHAT DINDING BILIK AKAK TUUUUU UMPAMA BUNGA



Akak kurang puas hati sebab jumpa gambar yang sudah diedit sahaja. Yang belum edit entah kemana hilangnya. Cuma ade 2, 3 ketul tu ajeee. Kalau tidak adik2 boleh tengok dengan jelas gambar2 tersebut. Sorry ye akak bagi gambar2 yang cennonit gitu.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net