Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 11-Jun-2008 15:52 Email | Share | Bookmark
THE LEGEND HOTEL

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam buat member semua.

Cuti sekolah baru ni, sempat bawa anak-anak ke KL aje. Biasa akak akan menginap di Legend Hotel. Boleh lah tahan duk kat situ. Tapi kalau tidak menjadi ahli rasanya ketar jugak untuk membayarnya. Akak dan keluarga menginap kat situ 4 hari 3 malam. Akak tak pegi mana-mana pun cuma nak kan tempat yanghampir dengan anak-anak mak dan cucu-cucunya yang lain. Nak harapkan dia orang datang Melaka, semuanya sibuk. Jadi dalam 4 hari tu akak terima kunjungan dari anak2 buah dan dua orang kakak akak dari kelantan. Kakak akak dari Gua Musang mengambil masa lebih kurang 5 jam saje untuk sampai ke KL. Dia orang senang sekarang ni. Boleh pergi balik dari KL dan Gua Musang. Sekarang ni pusat shopping mereka tidak lagi di Kota Bharu tapi di KL. Nak balik ke Kota Bharu rasanya lebih kurang aje ke KL. Kata akak lagi jauh berbanding dengan KL.

Sebagai ahli akak layak menginap di apartmen hotel tersebut. Sebelum pergi, selain packing pakaian, akak packing juga barang-barang dapur seperti bawang, cili kering, sayur. ikan, daging dan ayam. Peralatan seperti blender dan whisker pun akak bawak sekali. Kat situ siap ade dapur~hot plate, periuk, pinggan, oven microwave dan peralatan dapur yang lain. Seronok jugak dok situ. asyik masak aje, maklumlah anak2 mudah lapar. Sebab asyik dok berendam dalam kolam sampai rupa bertukar menjadi gelap. Tapi tak apa, yang penting dia orang happy. akak sekali sekala keluar juga ke The Mall di bawah. Memandangkan barang di situ mahal, akak bawak semua dari rumah termasuk beras. Hi hi hi hi


View dari tingkat 33. Boleh nampak jelas hotel grand season


Kolam renang sayup ke bawah


Ni dia dapurnya.


empat helai towel


KLCC, view dari bilik hotel











Mungkin kawan2 ingin tahu juga bagaimana akak menjadi ahli. Akak ambik pakej yang murah. Bayaran untuk 5 tahun sahaja ( akak bayar untuk satu bulan RM171.00 dan akan tamat pada oktober 2009 nanti ) dan boleh digunakan sampai 25 tahun dengan hanya membayar yuran tahunan dalam tempoh setiap 2 tahun sebanyak RM 294.00 sahaja. akak layak dapat entitlement sebanyak 7 hari 7 malam untuk setiap 2 tahun. Bukan di KL saja akak boleh gunakan entitlement itu tapi di seluruh Malaysia dan di negara luar di bawah Legend World Wide.Di samping itu ada keistimewaan yang lain. Kalau ade berminat bolehlah akak rekomenkan. Just bagi nombor tel kat akak atau tel akak 0136834267 Ok.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net