Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 8-Jun-2008 11:36 Email | Share | Bookmark
PUDING ROTI BERINTI NUGGET SUNKIST

 
 


PUDING ROTI BERINTI NUGGET SUNKIST

Bahan A

Beberapa keping roti sandwish Gardenia

Bahan B

3 sudu susu tepung
1 mug air
2 sudu besar gula

Cara
Buatkan bancuhan menjadi air susu. Ketepikan

Bahan C
1 biji telur gred A
2 sudu besar gula
2 sudu tepung jagung
1 mug air

Cara
1. Di dalam mangkuk, pukul telur sehingga hancur dan berbuih- guna garfu aje
2. Satukan air, tepung jagung dan gula. Kacau sebati
3. Masukkan bancuhan tepung jagung ke dalam bancuhan telur, kacau sebati, ketepikan

Bahan D ( untuk Inti )
2 keping nugget ayam- dipotong dadu kecil2
2 batang serai - dicincang halus
1 inci halia- dicincang halus/dihiris nipis
2 ulas bawang merah-dimayang
2 ulas bawang putih-dimayang
5 biji cili api-dihiris kecil2
1 paket rempah kari daging-dibancuh dengan sedikit air
Air perahan limau sunkist dari 1 biji limau
1/2 belahan limau sunkist-dicincang halus
sedikit minyak
garam secukup rasa
1 sudu besar gula-inti perlu manis sikit baru sedap
sedikit air

Cara:
1. Tumis serai, halia, baang merah,cili api dan bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan rempah kari dan tumis lagi hingga garing
3. Masukkan sedikit air dan nugget. Gaul sebati dan masak sehingga nugget sedikit garing
4. Perahkan air limau sunkist dan masukkan kulit limau sunkist yang dicincang tadi. Gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan sedikit garam dan gula. Kacau rata dan angkat.

Cara Penyediaan Puding
1. Di dalam bekas caserol, susun 1 lapis roti sehingga menutupi bekas.
2. Tuangkan air susu ke atas lapisan roti tersebut.
3. Letakkan inti nugget ke atas lapisan roti tersebut
4. Kemudian letakkan lapisan kedua. Tuangkan baki air susu ke atas lapisan tersebut. Letakkan inti nugget ke atas lapisan kedua tadi
5. Lapis roti untuk lapisan ketiga sehingga menutupi inti. (Kalau bekas tu sedikit dalam, buatkan lapis demi lapis dan diselangseli dengan inti.) Tuangkan bancuhan tepung jagung ke atas roti dan di sekeliling bekas kaserol tadi.
6. Bakar sehingga sedikit kekuningan. ( akak guna microwave, spt biasa akak tekan menu kek)
7. Bila sedikit sejuk bolehlah dipotong.

nota: puding ni memang sedap. Nugget tu boleh diganti dengan ayam atau daging. cubalahhhhh. Pasti puas hati.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net