Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 30-May-2008 00:36 Email | Share | Bookmark
KERABU AYAM IDAMAN, APAM NENAS, PENGAT SURI, CENDAWAN GORENG

 
 
 
 
Salam buat member-member semua

Menu kali ini biasa-biasa aje.

Resepi pertama
Kerabu Ayam Idaman. Bahan perencahnya macam kerabu biasa. Cuma akak masukkan ayam dan bahan kerabunya hanyalah mangga muda dan betik mengkal. Memang best.


KERABU AYAM IDAMAN

Quote:
KERABU AYAM IDAMAN

Bahan-bahan
1 ketul Isi ayam, 3 atau 4 kaki ayam,( bagi yang tak suka makan kaki ayam tak masuk pun tak ape) 1 mempedal ayam~direbus
1 ekor Ikan kembung/ 1 potong tongkol ~direbus dan ditumbuk hancur
Mangga muda~disagat
Betik mengkal~disagat
1 biji kelapa, 1/2 dibuat kerisek dan 1/2 lagi diambil santan pekat
Garam secukup rasa
Air rebusan ayam (stok ayam)

Bahan tumbuk
5 atau 6 biji lada hitam
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara
1. Ayam yang direbus dipotong kecil-kecil.
2. Untuk dapatkan santan, guna air rebusan ayam untuk perahan kelapa menggantikan air biasa.
3. Satukan mangga, betik, bahan tumbuk, hirisan ayam, ikan tumbuk, kerisik, garam dan santan ke dalam satu bekas. Gaul sehingga rata dan sebati. Rasai garamnya dan boleh dihidangkan.

note: kerabu ni memang sedap bila dimasukkan kaki ayam dam mempedal. Bila tergigit tang hirisan kaki ayam dan mempedal,dia rasa kenyal-kenyal sikit, kombain dengan betik mengkal dan mangga muda ang rangup memang ngammm.


Resepi Kedua ~Apam Nenas
Dah selalu buat apam yang taruk jem macam masriyah buat dulu. Kali ini akak cuba masukkan jem nenas diadun sekali bersama adunan tepung. Kelapa parut pulak di letakkan di tengah-tengah apam.Sebenarnya dalam cadangan nak buat macam puteri ayu tu, kelapa parut di bahagian bawah tapi dah tua lupa pulakkkk. So bila adunan dah letak separuh baru teringat tang kelapa parut tu. Jadilah ia ditengah2.Kui kui kui. Ok jugaklahhhh.



APAM NENAS

Quote:
APAM NENAS
Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen nenas
1 cawan bancuhan susu tepung
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
3 sudu Jem nenas
Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam
pewarna yg disukai.

Cara.
1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen nenas dan ovallete hingga kembang dan berwarna putih.
3. Masukkan bancuhan susu dan jem nenas, gaul sebati
4. Masukkan tepung,sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian mengikut warna yg disukai. Akak cuba masukkan sedikit coklat powder dan perisa coklat untuk satu bahagian yang lain.( Rupanya yang coklat ni yang digemari anak-anak)
6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukkan sedikit kelapa parut,dan masukkan lagi adunan ke atas kelapa parut tadi sampai penuh.
7.Kukus selama 10-15 minit.


Resepi Ketiga~ Pengat Suri
Akak tak tahu nak taruk ape nama pengat ni. Jadi akak taruk pengat suri sempena nama akak waktu akak di sebuah sekolah bersarama penuh dulu. Kalau disebut kak suri memang semua kenallahhhh. He he he he. Pengat ni macam biasa aje. Cuma akak campurkan semua jenis ubi kayu putih, ubi kayu kuning dan ubi keledek warna purple. Ini yang specialnya. Sebenarnya memang sukar untuk dapatkan ubi kayu warna kuning dan ubi keledek warna purple ni.


Quote:
PENGAT SURI
Bahan
Ubi kayu kuning, ubi kayu putih dan ubi keledek purple~dipotong dadu
Santan dari sebiji kelapa
Gula secukupnya
Daun pandan~dicarik2 dan disimpul
sedikit garam

Cara
1. Panaskan santan, masukkan daun pandan dan ubi kayu kuning dan putih. Biarkan mendidih.
2. Masukkan ubi keledek dan biarkan seketika
3. Akhirnya masukkan gula dan garam. Kacau sebati dan angkat. Hidangkan



PENGAT SURI ( sorry gambar tak berapa clear )

Resepi keempat~Cendawan Goreng
Yang ini paling simple. Biasanya kalau pergi pasaraya terutama Giant, cendawan besar nilah selalu menjadi pilihan. Akak panggil cendawan ni cendawan paha ayam. Sebab bila nak makan,kita boleh siat-siatkan batangnya. Macam kita siat isi ayam. Rasanya cukup manis. Biasanya akak cuma bakar aje tapi kali ni akak goreng pulak. Memang sedap bila dicicah dengan sos cili.


Quote:
CENDAWAN GORENG

Bahan-bahan
Cendawan paha ayam
serbuk lada hitam
minyak untuk menggoreng
sos cili

Cara
1. Goreng cendawan sehingga lembut dan layu. Angkat
2. Taburkan serbuk lada hitam ke atas cendawan tadi. ( tak nak letak pun tak ape )
3. Curahkan sedikit sos cili. Makan begitu aje.


CENDAWAN GORENG


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net