Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 27-May-2008 16:44 Email | Share | Bookmark
KEMATIAN LAGI

 
Salam buat member-member Fp

Akak nak bagitau akak ade terima lagi berita kematian dari kampung. Yang ini sepupu akak juga yang tinggal berhampiran dengan rumah akak di kampung. Arwah adalah kakak ipar kepada arwah Abang Hasan yang baru meninggal. Akak panggil arwah Kak Nik Mek. Nama dia sebenar ialah Pn Hajjah Mek.

Ceritanya sebelum abang Hasan meninggal, arwah bersama isteri dalam perjalanan ingin ziarah kakaknya yang sakit tenat sejak 10 hari akibat kencing manis. Pada malam kejadian, abang Hasan telah memberhentikan kereta dan melintas jalan untuk membeli sedikit buah2an sebagai buah tangan untuk kakaknya dan anak buahnya.

Tapi dah nak sampai ajal, Tiba2 datang motor yang dipandu laju oleh seorang pemuda dan menggilis abang. Pemuda itu membawa abang ke hospital dan meninggal dunia pada paginya ( Khamis 22.5.2008). Kak nik Mek pulak menghembuskan nafasnya yang akhir pada jam 11 malam Isnin 25.5.2008. Arwah dikebumikan pada pagi Isnin di kubur yang sama dengan Abang Hassan.

Peristiwa yang cukup menyedihkan. Belum selesai lagi kesedihan atas kematian Abang Hasan, tak sampai 4 hari terima lagi kematian Kak Nik Mek. Apakan daya akak tak dapat balik kampung, Mak akak ade bersama akak, amat sukar untuk membawa mak pulang disebabkan mak sudah uzur. Hanya doa yang dapat akak pohonkan kepada Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun, mudah-mudahan Allah merahmati arwah Kak Nik Mek dan Abang Hasan, dan di tempatkan bersama orang-orang yang dikehendaki oleh Allah. Amin. Al Fatihah


Kita ini tetamu senja, bila tiba masa, kita kembali kepadaNya.....

Quote:
Member-member Fp akak yang dirahmati Allah sekelian
Rasulullah s.a.w menganjurkan kita untuk sentiasa mengingati mati dan ade dalam satu hadis Rasululah s.a.w yang bermaksud:" Cukuplah mati itu menjadi pelajaran bagimu" Sesuatu yang bagi sebahagian orang amat menakutkan. Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita menemuiNYA?

Cuba renung-renungkan ini:

Di hari Kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama Huraisy berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi

Malaikat Jibril bertanya:" Hai Huraisy! engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab: "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama
Orang yang meninggalkan sembahyang

Kedua
Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat

Ketiga
Orang yang derhaka kepada ibu bapanya

Keempat
Orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid

Kelima
Orang yang suka minum arak


LOKASI: BUKIT KAJANG, TEHEL, MELAKA


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net