Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 15-May-2008 14:04 Email | Share | Bookmark
TERIMA KASIH CIK GU

 
 
 
 
 
 
 
Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun. Sempena Sambutan Hari Guru besok, Di sini akak selitkan sedikit info berkenaan sambutan Hari Guru. Moga dapat menjadi rujukan buat insan yang bergelar guru.

Quote:
GURU O GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

GURU O GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979



TEMA HARI GURU MALAYSIA

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara





ANTARA PELAJAR YANG MENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN 2007. Disampaikan oleh YB Ketua Menteri Melaka pada 3 Mei 2008.

Quote:
IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.



Quote:
LAGU TEMA HARI GURU 2008

GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG

Guru cemerlang mengasih dan menyayang
Mendidik anak bangsa seikhlas jiwa
Gigih terus bakti hidup penuh berbudi
Maruah profesional disanjung tinggi

c/0
Guru berjasa berkhidmat dengan setia
Menjulang nama bangsa di mata dunia
Hebat tidak bermegah waja dan berkarisma
Realisasi visi dan sejati

Guru cemerlang Negara terbilang
Keunggulan dan pendidikan di mata bangsa
Guru cemerlang Negara terbilang
Kesejahteraan Malaysia berkibaran

Lagu & Lirik : Rosli Ahmad, BTP



GURU BERSARA

LOGO HARI GURU~Sumber dari http://www.moe.gov.my/hariguru/pengenalan.html



Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.





SELAMAT HARI GURU BUATMU GURU-GURU.
TANPAMU GURU SIAPALAH AKU.




Sambung Editing~16 Mei, hari keramat untuk semua guru.

AYE DI TAG LAGI.

Tag dari Mak Lang Azie. Katanya aye dah balik kursus jadi kenalah bagi homework sikit. Homeworknya tak susah tapi nak menjawapnya tak cukup masa. Sorry ye mak lang sebab peram tag nii.

7 facts about me

1. Akak suka banget berkawan, sms dan telefon adik2 dan kawan-kawan cyber, untuk jumpa pun boleh, tapi sikit keberatan la kalau nak bertandang ke rumahhhh. Ampun maaf, sorry arrrrr. Malu lahhh.

2. Akak rasa akak ni pendiam sikit. Tapi kalau ada topik yang menarik ( setuju di hati ) untuk dibicarakan rasanya boleh tahan jugaak rancaknya. Tapi sebenarnya akak lebih banyak mendengar dari bercakap. Lainlah kalau bercakap menerusi tel, tak boleh diam nanti ape kata pulak dia orang yang tel tu.

3. Akak ni dari kecik sampai ke tua macam ni, bila bercakap sikit aje dah ketawa, cakap sikit aje ketawa, sehinggakan bila sakit pun boleh ketawa lagi. Sampaikan kawan2 tak percaya akak ni sakit. Entahlah mungkin ade sikit sifat malu kot dalam diri akak niiii. He he he he. Tapi akhir-akhir ni dah pandai buat muka seriusssss. Haaa kawan2 yang tengok, takut engkauuuu.Ha ha ha ha

4. Satu perkara yang akak tak boleh elak, bila tension aje pasti lah mencari kawan untuk borak-borak. Bukan pegi rumah mereka tapi menelefon mereka. Time tension tu, bil tel bulan tu naik ler melambung-lambung. Bila kena bayar bil tu, sedar diri sikit, dapat kontrollllll tapi bila dah lupa, dia mula balikkkk. Ha ha ha ha ha.

5. Dengan anak-anak, akak ni cool sikit. Bila mereka melakukan kesalahan, tegur dulu dengan baik. Buat lagi sekali, boleh sabar lagi, tak dengar jugak, sabar lagi tapi dah 3 kali buat tak berubah-ubah terus bagi amaran, jangan sampai ibu naik anginnn, kalau ibu dah naik angin, teruk kau nanti. Masih ulang lagi perangai yang sama naik anginlahhhhh tapi saja berlagak naik angin, he he he he, sebenarnya sayang pada anak tu, ibu mana tak sayang anak oiii, pukul jugak anak tu tapi tak ade ler pukul muka dan bahagian2 yang dilarang takut jugak kot jadi apa2 kat anak tu kita juga yang susah.Syukur kepada Allah yang memberikan anak2 yang begitu baik, bijak dan hormat orang tua.

6. Akak paling tak suka orang yang bercakap manis di depan tapi bila di belakang kita, dia keji habis2an.Kalau dapat tahu dapat kawan seperti ni, berkawan tu boleh lahhh tapi setakat borak2 yang penting aje laaaaaa misalnya pasal kerja itu aje.

7. Akak ni jenis cemeng jugak walau pun ramai yang melihat pertama kali akak ni bermuka garang dan nampak keras hati tapi hati ni mudah tersentuh sebenarnya. Kadang2 bila lihat cerita-cerita yang sedih boleh bengkak mata dibuatnya. Contoh cerita BELLA episod akhir semalam, tersedu-sedu jugak dibuatnya walaupun cuba tahan untuk tidak menangis.Kui kui kui kuiii.

Dah habis homework tu, akak rasa akak nak bagi jugaklah homework ni pada adik2 akak. Bukannya ape, kurang2 akak dapat kenal lebih mendalam adik2 ni. akak bagi tugasan ni pada:

1. zai kulim
2. sofwat
3. Masriyah
4. mamazieza


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net