Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 13-May-2008 14:02 Email | Share | Bookmark
PASAR TAMU GAYA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tayang roti sarapan di Hotel dulu. Sedap rotinya, masa ni dok teringat kat mamafami yang pakar buat roti.

Entry kali ini nak kongsi dengan kawan-kawan pasal Pasar Tamu Gaya. Dari hotel menaiki teksi dengan tambang RM 10.00. Rasanya jaraknya antara 4-5km. Pasar tamu bermula waktu pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari. Orangnya terlalu ramai dan ada promosi dari TM.


Limau kerinting diberi nama.


Ini limau nipis jenis belang-belang.


gerai kain batik


TM buat promosi, ade persembahan nyanyian. Ni zoom dari jauh.


Sayang ayah pada anaknya.

Banyak jugak jualan yang akak lihat. Barangan jualan yang pelik sikit akak aje akak shot. Yang biasa-biasa tu ade jugak macam di Semenanjung. Banyak barangan kraftangan dari manik dijual di pasar tamu ni. Bila tanya harga boleh tahan jugak mahalnya. Ada jugak kraftangan yang akak beli tapi yang paling murah untuk dibuat kenangan dan dibuat cenderamata untuk kawan-kawan sekerja di pejabat.




Mutiara dan rantai ade jugak dijual di pasar tamu gaya ni. Kawan akak yang sorang tu tak abis2 membeli rantai dan brooch.

Akak cukup tertarik dengan kraftangan yang dibuat dari akar buluh. Memang unik dan kreatif sekali.Kebanyakan ukiran yang dijual dari akar buluh ni seperti burung dan sebagainya.






kura-kura ni cantik


Penyanyi buta cukup menarik perhatian pengunjung pasar tamu.


Kat sini pun ade jugak dijual lokan/kepah. Lama betul tak makan lokan ni. Kalau balik kampung dapat lah juga merasa. Kat Melaka tak pernah jumpa dengan lokan ni, yang ade cuma kupang aje.Setiap jalan ade orang jual kupang. Satu lagi yang menarik di sini ialah gerai menjual pokok-pokok herba siap dengan jusnya sekali.Kebanyakannya cina. Sempat jugak bertanya pokok yang akak tak kenal dan khasiatnya. Dan ada jugak akak sebutkan nama-nama pokok herba tu dan khasiatnya, cina tu sikit pelik sebab akak kenal dengan pokok2 herba yang dijual di situ. akak beli 1 jenis pokok herba( ekor anjing/ ekor kucing) 1 ikat RM1.00 dan sempat pulak minta sikit pokok kermak merah dari cina tu. ( Memang muka tak malu betul).He he he he he.


Lokan/kepah


pokok herba yang akak beli tuu.

Ko orang mesti terkejut bila akak bagitahu, akak beli orchid kat sini. ( memang hantu orchid). Memang cantik-cantik bunga orkid yang dijual kat sini. Katanya orkid yang diambil dari Taiwan. Rasa akak tak pernah lihat lagi bunga2 yang secantik ini di Semenanjung mau pun di Taman Orkid kat Kuala Lumour tu. Jadi akak beli lah dalam 6 pokok.Ada yang kecik dan ada yang dah berbunga tapi pokoknya rendah aje. Akak tanya cina tu, macamana nak bawak balik ke Semenanjung. Risau jugak kot dirampas nanti. Dia berulang-ulang kali cakap, masukkan ke dalam lipatan kain. akak pun buatlah ape yang disuruh. Ambil orkid dan digulung dengan pakaian kotor. Ade le 3 gulung. He he he he.
Sampai kat scan beg, beg akak dan kawan akak kena tahan. alamak, abisla orkid aku kali ni. Pengawal tu tanya ade ape dalam beg tuu. akak cakap pokok orkid, pengawal tu scan semula dengan membaringkan beg akak. Nasib baik lepas. Mungkin gulungan tu dia ingat peluru ke apeee.Kui kui kuiiii. Beg kawan akak tu disumbat dengan botol gula2 yang berisi udang galah 2 kg. Bila discan lagi lah dia nampak pelikkk. He he he he. 'Pucat jugak sekali turun' ( ni loghat kelantan, kalau tak faham dok diam-diam). alhamdulillah orkid akak tu masih segar sampai sekarang. Begitu jugak dengan pokok ekor anjing tu. Susah nak jumpa kat Melaka.



antara orkid yang akak beli


Yang ni punn


Ini pun beli jugak. Tapi anaknya ajeee.

Selepas berada di pasar tamu si Intan datang ambik dan membawa kami ke pasar ikan kering. Akak beli 2kg ikan bilis ( nak beli banyak kot lebih muatan-15kg aje dibenarkan) Tapi masa check in akak tengok kawan-kawan akak berkotak-kotak dengan ikan kering dan ikan terbuk masin. Dapat lepas pulakkk. Ruginya tak beli banyak-banyak. Ikan bilis kat sini memang sedap, manis dan fresh berbanding dengan ikan bilis di Kelantan, memang lain dan berbeza.Lebih sedap yang di Sabah nii.


Cuba tengok harga timun laut/gamat niii.Huikkk


kuda laut kering pun ade dijual di sini.


Cukup bahagia. Kereta boleh parking di tempat begini.

Jam 5 petang kami berangkat pulang. Dalam flight akak sempat merasai makanan orang atasan, bila dok atas baru dapat makan ni, iaitu nasi beriani dan air milo. Baru rasa puas makan sebab ikut selera
akak. Harganya boleh tahan RM13.00. Akak selamat sampai jam 11.45 malam.




[b]Akhirul kalam, terima kasih kepada Intan dan Zul dan keluarga kerana melayan kerenah akak. Bawak kami pusing-pusing bandar KK tu. Rasanya kalau akak pegi lagi, akak tak akan sesat kalau akak pandu sendiri kereta di situ. akak cukup seronok berada di situ. Moga kitak berjumpa lagik bah.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net