Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 8-May-2008 11:42 Email | Share | Bookmark
SABAH 2

 
 
peserta kursus
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
ada mainan mercun malam tu.
 
 
karet susu
 
Masih mood Sabah. Selepas habis shopping di Pasar Filipine balik ke hotel, masih dalam suasana hujan lebat dan sudah malam. Bila tengok jam baru pukul 6.15 petang, sudah gelap?? Waktu tu teringat kat mamasya ketika akak chating dengannya tempoh hari. Dia cakap 6.30 ptg sudah maghrib di Brunei. Betul la tu, Brunei dengan Sabah kan berjirannnn...........7.25mlm sudah Isyak. Subuh jam 4.45 pagi. Risau jugak hati bila dapat tau waktu Subuh awal, bukannya ape ape kot nanti bangun tengok dah terang benderang. Tapi alhamdulillah, akak kunci jam 4.30 pg tapi mata akak dah celik jam 4.00 pagi. Jam 5.30 pagi sudah jelas kelihatan pokok-pokok dan jalan, sudah cerah. akak tak tau macamana kehidupan di sana. Mungkin lepas solat subuh dia orang tidur dulu sementara menunggu masa untuk pergi kerja jam 8.00 pagi.

Bercakap pasal kursus, kami dapat penceramah dari orang tempatan. Mula-mula tu susah jugak nak faham percakapannya sebab penceramah bercakap laju dan menggunakan dialek mereka. Lama-lama boleh ikut jugak.



Petang habis kursus, kawan sebilik menalifon anak buahnya suruh datang ambik. Kami naik Avanza keliling Kota Kinabalu. Kami singgah di kedai Jamilah yang tersohor tu( macam Ida Isk cakapkan tuu). Sib baik anak buah akawan saya jadi ahli, dapatlah diskaun sikit, kalau tidak memang mahal harganya, harga mati. Lepas tu kami dibawa ke pasar malam dekat dengan pasar filipine. Akak tengok sayur-sayurnya pun murah-murah. Akak terpandang rumpai laut yang masih fresh( Sare ) tapi oleh kerana syiok sangat dengan pasar malam kat situ sampai terlupa nak snap rumpai laut tu. akak perhatikan, Ikan yang paling banyak dijual waktu tu ialah ikan kerisi, pendek kata setiap gerai ada ikan kerisi tu. Yang paling murah kat situ ialah sotong jarum. 2 pinggan baru RM3.00. Geram akak tengok sotong dan sayur-sayur kat situ. Rasa pulak nak masak sendiri. Ade akak tawarkan diri untuk masak di rumah anak buah kawan akak tu, tapi katanya tak payah masaklah sebab diaorang nak belanja kita orang makan steambot kat restoran yang berhampiran airport di Tanjung Aru.Sebenarnya bukan ape, makan kat hotel tu tak ikut selera akak. Sambal udangnya terlampau manis. Akak cuma senduk nasi ciput aje. Tapi ok jugak, boleh jaga badan sikit, rasa ringaaaaaan aje badan tu............kalau duduk sebulan kat situ rasanya boleh kurus kottttt...

ikan kerisi banyak dijual di sini


Ini tak kenal ikan ape. Warna warni


Di pasar, senja sudah melabuhkan tirainya.


Intan sedang menawarkan harga udang sederhana besar~RM13.00 1kg


Bas mini Kota Kinabalu


Datang pasar tu sebab anak buah (namanya Intan) tu nak beli udang dan ketam. Katanya kat restoran tu mahal sangat. Udangnya entah berapa ekor aje, jadi tak puas makan. Intan rebus udang dan ketam dan bawa ke restoran tu. Restoran tu tepi laut. Kami duduk betul2 tepi pantai. tapi sayang kami hanya dapat dengar ombaknya saja, tak dapat lihat dengan jelas sebab gelap tidak berlampu dan waktu tu air surut.


cuba ambik gambar pantai tak nampak ape pun. Ini kawan sebilik.


Satay ayam berwarna merah


Zurin bersama ayahnya


Cukup seronok bila lihat zurin makan ketam. berselera betul dia.


Senang aje buat air jagung ni. Macam sirap bandung cuma tambah jagung manis.

Selesai makan kami dibawa ke pasar malam di bandar KK. Cukup tergoda dengan batu-batu mutiara, brooch yang cantik-cantik dan murah berbanding pasar filipine. Akak tersangkut jugak dengan brooch2 design yang baru. Beli jugak sedikit buah tangan untuk diberikan kepada kawan-kawan sepejabat.

antara jualan di pasar malam tuuu. Kebanyakan mutiara dan batu tiger eyes


Senyum aje penjual pasar malam niiiii.

Berakhirlah hari kedua di Kota Kinabalu Sabah. Nanti akak cerita pasal Pasar Tamu Gaya pada entry seterusnya.

Akak dapat anugerah award dari Fliffy sempena hari Ibu.Terima kasih Fliffy sebab masih ingatkan kakak walaupun akak sudah lama tak bertandang ke rumah Fliffy.Bukannya ape terlalu sibuk dan akhir-akhir ni kesihatan tak berapa baik.

Award ni akak hadiahkan kepada semua pengunjung-pengunjung akak yang bergelar Ibu.

Satu lagi award yang akak dapat dari mamasya. Pasal tag tu, rasanya akak KIV dulu sebab tak cukup masa arrrrrr. Sorry ye Ziela.



Yang ni pulak dari Madiha. Terima kasih na.


Akak dapat taq lagi dari Madiha. Cadang tu tak nak masukkan lagi tapi tak ape lahhh akak letakkan kat sini. Taq ni juga dari mamasya. Thank You.

Quote:
Misi CookingBookmark.com

1. Mewujudkan laman khas komuniti Food-Blogger dengan meletakkan sebanyak mungkin link blogger yang terlibat dengan makanan.
2. Membantu mengembangkan home-based bussiness yang berkaitan makanan.
3. Mengeratkan ikatan Food-Blogger negara-negara yang memahami dwibahasa - Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore terutamanya.

Untuk TAG ini, anda perlu:

1. Register di laman http://www.cookingbookmark.com/ Masukkan link anda di direktori mengikut kesesuaian blog anda. Anda boleh masukkan link blog anda lebih dari satu kategori sekiranya mahu link anda lebih popular.
2. Masukkan 2 link kesukaan anda di ketegori lain. Contohnya link url yang berkaitan dengan makanan untuk dikongsi bersama.
3. TAG sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger anda untuk meneruskan misi ini

Tag ni akak forwardkan pulak kepada
1. Sofwat
2. Srsfeqah
3. Rinchan


Tengok! statistik pengunjung Fp akak.........terima kasih banyak2 kepada semua pengunjung Fp akak yang tak seberapa ni. Muaaah


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net