Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 6-May-2008 14:37 Email | Share | Bookmark
SABAH 1

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hari Jumaat yang lalu, akak kena kursus kat Kota Kinabalu Sabah. Seronok jugak sebab boleh kenal dan lihat Sabah dari dekat. Kursus tu bermula Jumaat dan berakhir Ahad.( 25-27.4.2008). Keluar dari rumah jam 4.45 pagi kerana bas akan bertolak jam 5.00 pagi.Kadang-kadang seronok jugak keluar pagi-pagi dengan angin sejuk sepoi-sepoi bahasa. Susah nak dapatkan suasana yang nyaman dan dingin begini. Rombongan kami menaiki dua buah bas mengikut kumpulan. kumpulan pertama menaiki flight penerbangan sejam lebih awal daripada kami. Kami terpaksa lepak dulu di LCCT untuk menunggu flight jam 10.20 pagi.


Pramugari cun berbaju merah




Macam ada bukit

Dalam Air Asia sempat jugak akak tembak awan-awan yang cantik dan buat sikit rakaman untuk ditunjukkan kepada anak-anak di rumah. Biasala tu untuk share pengalaman dengan anak-anak. Walaupun mereka tak pergi, tapi mereka dapat rasakan pengalaman itu bila melihat rakaman tersebut. Salah seorang anak akak memberi sedikit komen bila melihat rakaman tersebut. Komennya "eh macam video game je ibu", " cantik awan tuuu macam 'gula ley'...............


Ketinggian 33 ribu kaki/10km


Hampir mendarat. Pulau apa ni akak tak pasti.


Hotel tempat akak berkursus

Sampai di hotel lebih kurang jam 1.30 ptg. Perut dah lapar. Kunci bilik hotel belum diserahkan lagi kerana bilik masih belum dikemaskan lagi. Jadi terpaksalah kami menuruni beberapa anak tangga untuk mencari restoran yang berdekatan kerana hotel kami di atas bukit. Orang semenanjung datang Sabah mula la buat bodoh2 sikit. Tanya menu ape yang ada. Yang lucunya masakan yang disebut kami tak pernah dengar. Nasi Lalat??????? itu yang kami dengar berulang kali.Pada mulanya kami enggan untuk order makanan kat dan bercadang untuk pergi ke tempat lain tapi bila kami tanya bagaimana nasi lalat tu, katanya nasi+kuah sup+sambal belacan+sayur pucuk paku+ayam goreng siap dipotong kecil2, jadi geng akak order nasi lalat tu kecuali akak. Akak nak rasa Soto Banjar. Soto tu cuma ade 3 keping nasi himpit+kuah sup+hirisan ayam+limau kasturi+so hon yang kembang macam bihun. Kalau kat Semenanjung kan so honnya digoreng dahulu tapi soto kat sini, so honnya dibiarkan kembang dan lebih banyak so hon dari nasi himpit. Katanya ade bergedel, tapi yang jumpa hanyalah hirisan nipis daging ajeee. Oleh kerana lapar, makan jugaklah untuk alaskan perut. Selesai makan akak check menu yang dilekatkan kat dinding restoran tu. Rupanya bukan nasi lalat tapi Nasi Lalap. Bila orang makan nasi ni dia terus lolap. Harga nasi RM4.30, harga soto RM4.00.


Soto Banjar


Nasi Lalap


Restoran tuuuu...........

Bila dah dapat bilik, jam hampir pukul 3. Sebelum tu dah solat di surau, kot terlepas waktu zohor. Masuk bilik, letakkan beg terus turun kat lobby untuk ke Pasar Filipine.


Pasar Filipine

Waktu tu ribut kencang sekali. Ribut pun ribut lah asalkan kami dapat ke pasar filipine yang terkenal tu. Ade kenderaan yang disediakan oleh hotel untuk pergi ke sana. Sampai di pasar filipine ribut makin kuat. seakan-akan akak diterbangkan oleh ribut tersebut. Kalau dekat rumah memang tak berani nak keluar rumah, tapi kami tak nak lepaskan peluang ini kot nanti tak sempat untuk datang kembali ke pasar filipine ini, sebab tengok pada jadual kursus amat padat.


Cuaca buruk. Angin cukup kencang. Laut berhampiran pasar filipine

Bila lihat berita dalam akhbar besoknya, kami mendapati beberapa gerai telah roboh akibat angin kencang tersebut. Kami ada bertanya penyambut tetamu hotel tu, 'beginikah selalunya cuaca di Sabah ni'. Dia cakap 'dak ada. Biasak cuaca baik-baik aja'. 'Kalau begitu orang Melaka yang bawak cuaca buruk kat sini' Saja bergurau. Setakat ni je la dulu. Nanti kalau dak ada aral akak sambung lagik bah.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net