Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 23-Apr-2008 10:21 Email | Share | Bookmark
SOLOK PETOLA ULAR, IKAN TONGKOL GORENG BERCILI, DONUT

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hari tu singgah kat kedai runcit orang India. Akak nampak petola ular. Beli lah dalam 3 biji. Petola ular ni sedap kalau dimasak lemak, masukkan ikan tawar ( ikan bakar tawar ) banyak2 sikit, memang sedap. Rasanya ada di kalangan kita yang tidak tahu makan petol ular ni, cuma masyarakat india saja yang tahu makan. dia orang masak bersama kacang dal. Bagi akak, petola ular ni sudah biasa dalam kehidupan keluarga akak. Masa akak kecil2 dulu, mak memang suka tanam pokok ni. Sekarang ni susah nak dapatkan benihnya kecuali kena pergi merata kampung di Kelantan tinjau2 kot ade pokok ni yang ditanam. Baru dapat benihnya. Tapi akak tak risau seba kedai India sentiasa ada stok jual petola ni. Akak ingat nak masak lemak aje tapi tekak ni terasa pulak nak makan solok petola ular. Resepinya sama dengan solok lada. Tengok resepi solok lada Akak ingatkan agar santan rebusan biar pekat sikit. Petola dipotong sepanjang 2 inci dan dikeluarkan bijinya supaya menjadi kelongsong. Sumbat bahan solok ke dalam kelonsong peria sehingga penuh.









Quote:
IKAN TONGKOL GORENG BERCILI

3 ekor ikan tongkol~dibersihkan dan dipotong dua
minyak untuk menggoreng
3 sudu gula~masakan ni mesti manis sikit
2 biji limau kasturi~ambil airnya
garam secukup rasa
serbuk kunyit

Bahan tumbuk kasar

5 biji cili merah
4 biji cili api
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara:
1. Ikan dilumur garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga layu, masukkan garam gula dan air limau kasturi. Kacau sekejap.
3. Masukkan ikan dan gaul sebati. Angkat dan hidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi panas-panas..






Kalau Rinchan dengan donut J.conya tapi akak dengan donut akak. Donut J.co memang nampak sedap dilihat dalam paper ari tu dengan title 'gila donut'. Akak ni pun gila-gila buat donut dn roti goreng. ari2 buat, anak2 pun tak muak2 makan. Tapi donut akak ni tak lah sesedap donut J.co tu yang ada berbagai2 perisa. Akak cuma salut donut akak dengan gula kaster aje. Tapi donut akak ni gebuss jugak. Doh donut ni juga sesuai juga untuk roti goreng kelantan. Ia lagi sedap berbanding doh yang akak bagi tu dalam entry yang lepas




Yis kembang

Quote:
DONUT



3 cawan tepung gandum
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan butter
1 biji telur
1 paket yis
2 sudu gula
1 sudu baking powder
1 cawan air suam
1 cawan susu tepung
sedikit garam
gula kaster

cara:

1. Masukkan butter, yis, gula, garam, telur dan air suam ke dalam bekas.
2. Biarkan yis kembang
3. Satukan kedua-dua tepung, susu tepung dan baking powder. Gaul sebati.
4. Masukkan bahan yis yang dah kembang ke dalam bahan tepung. Uli sehingga doh licin. Biarkan doh naik berganda/1 jam
5. Tumbuk doh dan ambil doh dan dicanai setebal 1 inci. Terap doh dengan cutter donut. Buat sampai habis. Biarkan sehingga doh naik
6. Panaskan minyak,goreng dengan api yang sederhana. Sentiasa balik2an. Bila kekuningan, angkat, dan ditabur dengan gula kaster. Siap.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net