Want your
own Fotopage?






 
Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 17-Apr-2008 14:13 Email | Share | Bookmark
MASAKAN KAMPUNG AJE

 
 
 
 
Kali ni akak nak tunjuk masakan akak yang dah lama. Tak sempat nak update. Sorry la ye!

Pertama pucuk dan bunga labu masak lemak bersama keledek. Ni masakan kampung yang sukar dicari di mana-mana kedai wa imma di kelantan.



Kedua masak lemak jugak tapi masak lemak pucuk meranti bersama cendawan sisir ( ada 1 panggilan lagi, lupa lah, tapi orang kelantan panggil kulat sisir.) Yang ni akak kombainkan makanan dari pantai barat dengan pantai timur. Di kelantan, pokok meranti ni tak ade dan tak pernah jumpa. Kalau kulat sisir ni, memang bersepah kat kelantan. Tapi di Melaka susah nak jumpa. Kebetulan terjumpa cendawan sisir ni di pasar malam Seri Duyong. Ape lagi terus beli lah sebab lama dah tak makan cendawan ni.( macam mengidam pulak ) Resepinya macam biasa, santan+bawang merah+bawang putih+isi ikan+ cili hidup mesti banyak sikit+sikit lada hitam( tak guna pun tak ape)+bawang besar ( tak guna tak jadi hal) ape2 pun kalau disebut sayur lemak atau masak lemak kelantan, inilah bahan asasnya, cuma tukarkan bahan sayurnya sahaja.



Masakan ke tiga pula ialah gulai ikan kering campur bersama nenas. Gulai ikan kering, biasanya guna ikan sepat atau ikan talang, tapi gulai ikan kering yang biasa di kelantan ialah guna ikan selar atau ikan tamban atau ikan lecek ( lebih kurang sama dengan ikan selar tapi isinyanya lebih nipis). Kalau makan nasi dengan gulai ikan kering ni memang sedap, tambah lagi kalu ade sambal belacan dan ulam. Dah jadi nasi berlauk. Cukup simple makanan orang kelantan. Tapi lagi simple orang Melaka. Kalau dia orang sarapan pagi makan nasi lemak dengan sambal sahaja. Itu dah cukup bagi mereka. Bagi akak, akak cuba jugak makan nasi lemak dengan sambal ni, tapi tak puas, masih nak jugak telur, ikan bilis goreng dan timun. Kadang akak tengok kat sini, dia orang boleh makan nasi dengan gulai asam pedas sahaja. Dah cerita lain pulak akak ni. Resepinya bolehle lihat di link sebelah. Cuma ikan saja yang diganti iaitu ikan lecek dengan ikan tamban.


Eh mana pula poinye huruf a dan s niiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Yang akhir ni, cuba buat kek batik. Dok terliur tengok kek batik mak lang azie, ma diha dan diperkukuhkan lagi dengan srsfeqah, maka terhasillah kek batik akak ni. Akak cuba masukkan badam kisar dalam kek batik. Tapi tak rasa badam mungkin terlalu sikit. apa2 pun memang sedap kek batik ni. Waktu akak buat ni ialah pada hari pertama bintik2 campak tu timbul di badan akak. Buat kek sebab anak balik dari asrama keduanya sebab ia mudah. Tak payah nak uli berbagai. Akak berterima kasih banyak2 pada mak lang, ma diha dan srsfeqah sebab share resepi ni. Tapi ade kelainan sikit resepi mak lang dengan srsfeqah. Kek batik akak ni tak nampak batik sangat sebab biskut tu, akak suruh anak akak yang tahun 6 patah2kan. Jadi dia patahkan betul2-hancur, nasib baik perasan, jadi adalah baki biskut yang belum dipatahkan. Ini lah hasilnya.



Quote:
KEK COKLAT BATIK MERI
Sumber : S.I.L , MADIHA

Bahan2
8 biji telur (gred A)
½ tin susu pekat (ku bubuh 1/3 tin saja)
1 ½ cawan milo
1 ketul butter (250 gm)
1 bar coklat masakan (250 gm)
1 bungkus biskut meri original (patah dua)

CARA

1) Pukul telur hingga kembang. Masukkan susu pekat & milo dan pukul lagi hingga rata.
2) Panaskan butter dlm kuali dgn api yg perlahan. Bila cair masukkan coklat masakan. Kacau hingga coklat mencair.
3) Kemudian masukkan bancuhan telur dan dikacau rata. Biarkan sehingga bancuhan menjadi pekat.
4) Akhir sekali masukkan biskut meri. Gaul rata dengan cepat kemudian masukkan dlm loyang. Tekan2 biar padat.
5) Bila sejuk masukkan ke dlm peti sejuk. Bila sudah keras, potong ikut saiz yg disukai.

KEK BATIK
Sumber: srsfeqah

Bahan2
1 buku mentega
1 tin susu pekat
1 cawan milo
½ cawan serbuk koko
4 biji telur
½ kg biskut marie

Cara2
1-Sapukan mentega dalam bekas/loyang (saya guna ‘tupperware’, senang nak simpan)
2-Patah2kan biskut marie
3-Campurkan milo, koko & susu pekat; gaul sebati (dalam bekas; untuk elak berketul2)
4-Lenserkan mentega dalam kuali
5-Tuangkan (3) ke dalam kuali. Kacau
6-Masukkan telur. Kacau hingga hampir kering
7-Masukkan biskut marie. Kacau rata
8-Angkat + masukkan ke dalam bekas
9-Tekan sepadat mungkin. Simpan seketika di dalam peti sejuk sebelum dimakan (sekurang-kurangnya 2 jam)~ akak tak masukkan dlm peti sejuk. Anak dah tak sabar nak makan

Kek batik jawa
Sumber: mak lang azie.

Bahan
400g biskut Marie - patahkan 2 (biasa maklang guna 1 paket biskut marie)
4 telur (kurangkan jadi 2 biji pun boleh)
1 1/2 cwn gula putih (1/2 cwn tu masukkan brown sugar), kurangkan manis.
1 ketui butter
3/4 cwn koko powder
1/2 cwn freshmilk/air biasa

Cara
Telur + gula, pukul ngan whisker...put aside.
Cairkan butter didalam periuk kemudian masukkan koko dan gaul rata. Guna api yang kecil.
Tambah fresh milk dan masukkan telur dan gula tadi...kacau lagi.
Last sekali, masukkan biskut marie...gaul sampai kesemua biskut sebati.
Jgn biarkan biskut terlalu kembang.
Angkat dan tuang dlm loyang yg dialas dengan alu.foil supaya kek tu tak melekat...masuk lam fridge, dah keras baru potong menggunakan pisau tajam.

Nota : Kalau guna loyang cutter lagi bagus. Boleh masukkan bahan sampingan seperti walnut dan kismis jika mahu.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net