Want your
own Fotopage?






 
Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 15-Apr-2008 08:45 Email | Share | Bookmark
ROTI GORENG KELANTAN

 
 
 
Masa demam cmpak ari tu, anak buah dari Kelantan datang tolong2 bantu mak sunya yang sakit ni. Sib baik jugak dia datang, makan minum anak2 terurus sikit. Akak ada tanya dia pandai tak buat roti goreng kelantan tu. Lama betul tak makan. Amat menyenangkan sekali bila dia cakap dia biasa jugak buat roti goreng tu. Roti goreng kelantan biasanya berinti kacang hijau, kebetulan kali pertama dia buat, kacang hijau tak ade, jadi masukkan sardin saje. Masa dia buat roti tu, akak masih terbaring sakit. jadi tak dapatlah tengok cara dia buat macamana. Bila celik mata aje, roti dah siap digoreng. Apa lagi ngap aje lahhh..



Kali kedua, sempat beli kacang merah. Tak puas hati dengan roti sardin tu.Buat inti kacang merah pulak. Masa ni akak dah boleh bangun dan masak. Tak puas2 makan roti ni. Ingat masa kecik2 dulu sebiji roti ni harganya 5 sen itu pun tak dapat beli. Tengok kawan2 makan roti goreng terliur habis. Bila dah ada duit ni, bila balik kelantan tak pernah miss beli roti ni sebab kempunan masa kecik duluuu. Alahaiiiiiii. Nahh sekarang ni dah pandai buat roti goreng sendiri, seronok sangat. Bila teringin nak makan, dah boleh buat sendiri.
Terima kasih banyak2 Nor Azlina sebab ajar Su buat roti goreng ni. Sorry ye sebab resepinya hanya campak2 aje, tak sukat, agak2 ajeeee.



Quote:
ROTI GORENG KACANG MERAH

4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan mentega
1 paket yis
sedikit garam
1 sudu gula
4 sudu susu pekat/1/2 cawan susu tepung
1 1/2 cawan air suam

Cara:
1. Sediakan bekas, masukkan mentega, susu, telur, yis dan air suam yang sudah dilarutkan dengan garam dan gula.
2. Biarkan 30 minit sehingga campuran yis kembang
3. Masukkan campuran tadi ke dalam tepung dan digaul sebati. Kalau adunan keras boleh ditambahkan sedikit air suam, kalau adunan lembik, masukkan tepung.
3. Uli selama 30 minit. Tutup adunan doh dan biarkan adunan naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam.
4. Tumbuk doh dan ambik sedikit doh dan bulat-bulatkan. Isikan inti dan biarkan dia naik lagi sekali.
5. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng roti sehingga kekuningan. Ingat api hendaklah sederhana dan masukkan hanya 3 atau 4 biji roti sahaja untuk sekali goreng.
6. Bila sudah kekuningan, angkat.

Inti Kacang Merah

Kacang merah/kacang hijau
gula
santan

1. Kacang direndam terlebih dulu. Kemudian rebus hingga empuk
2. Masukkan santan dan gula
3. Masak sehingga kacang merah sedikit kering.

Sebahagian roti digoreng separuh masak dan disimpan.Ade sedikit baki doh, akak masukkan ke dalam bekas dan bakar dengan oven microwave menggunakan menu cake. Hasilnya ok jugak. Kalau dicicah dengan kuah kari sedap jugakkk.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net