Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 11-Apr-2008 06:34 Email | Share | Bookmark
JAZAAKUMULLAH KHAIRAN KATHIRA, SEDIKIT RENUNGAN DAN INGATAN

 
 
Salam buat semua.

Terima kasih pada kawan-kawan yang datang ziarah Fp akak ni, dan mendoakan agar akak cepat sembuh. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya. amin. Ini sedikit renungan buat kawan-kawan:

ORANG YANG MENDOAKAN SAUDARANYA TANPA PENGETAHUAN ORANG YANG
DIDOAKAN,

DIRIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DARI UMMU DARDA' RA, BAHAWASANYA RASULULLAH S.A.W BERSABDA:

" DOA SEORANG MUSLIM UNTUK SAUDARANYA YANG DILAKUKAN TANPA PENGETAHUAN YANG DIDOAKAN ADALAH DOANYA DIKABULKAN. PADA KEPALANYA ADA SEORANG MALAIKAT YANG MENJADI WAKIL BAGINYA, SETIAP KALI BERDOA UNTUK SAUDARANYA DENGAN SEBUAH KEBAIKAN, MAKA MALAIKAT TERSEBUT BERKATA 'AAMIN DAN ENGKAUPUN MENDAPAT APA YANG IA DAPATKAN"

ORANG YANG MENJENGUK ORANG SAKIT

IMAM AHMAD MERIWAYATKAN DARI ALI BIN ABI TALIB K.WH; BAHAWA RASULULLAH S.A.W BERSABDA:
" TIDAKLAH SEORANG MUKMIN MENJENGUK SAUDARANYA KECUALI ALLAH AKAN MENGUTUS 70 RIBU MALAIKAT UNTUKNYA YANG AKAN BERSELAWAT KEPADANYA DI WAKTU SIANG HINGGA WAKTU MALAM DAN HINGGA WAKTU SUBUH"

Berkat doa kawan-kawan semua akak alhamdulillah sudah pulih walaupun masih ada lagi bintik2 merah di bahagian paha dan kaki.




JENAZAH PAKCIK AMAN.

Pada dua minggu yang lepas, akak ade lagi menerima kematian dari pekerja tempat akak bekerja. Punca kematian ialah barah usus, hempedu dan yang dia tidak ketahui ialah sakit jantung yang sudah kritikal. Bila doktor membuat pembedahan baru doktor mengetahui pakcik Aman mengidap sakit jantung. Belum habis pembedahan pakcik aman telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital Selayang. Rasa terkilan jugak akak, waktu pak cik memohon balik untuk ke hospital Selayang, akak mengiyakan saja dan langsung tidak mengatakan sesuatu, sebab waktu itu nak cepat untuk menjalankan tugas yang menanti. Ingat lagi akak, di satu pagi bila beliau bersama kawan-kawan sekerjanya berborak-borak selepas selesai kerja, waktu tu akak ada bersama, dia berpesan pada akak, tengok-tengok lah pokok yang dia tanam( cempedak ) sekarang ni tengah berbuah, nanti kalau dia tak ade, tak ade orang yang nak tengokkan lagi. Akak cakap dengan dia, ok lah pak cik, nanti saya bawa kereta turun dan jenguk2 pokok tu insya Allah. Waktu tu yang terlintas di kepala hanyalah pak cik akan pergi buat sementara saja, habis pembedahan akan balik semula dan bekerja seperti biasa. Bila kita risau pasal pembedahannya itu dia akan menjawab: apa yang nak dirisaukan, kalau bedah pun mati kalau tak bedah pun mati. Kita cuma diam aje, dalam hati berdoa agar tidak terjadi seperti yang diucapkan. Tapi apakan daya, ajal maut bukan di tangan kita tapi semuanya di bawah pengetahuan Allah. Apa yang mesti dilaksanakan oleh yang masih hidup ialah sentiasa mendoakan agar rohnya diterima oleh Allah dan diberkati segala amalannya. AL FATIHAH.


BERSEDIA UNTUK DIBAWA KE KUBUR

Kita sebagai muslim dan muslimat, disunatkan untuk kita sentiasa mengingati mati. Jadi di sini akak serta sedikit peringatan agar kita di antara orang-orang yang dikehendaki oleh Allah mengetahui dan merasai tanda-tanda kematian yang akan kita hadapi nanti. Amin.

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Saling berpesan2lah sesama kita........ .

MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAHNYA KEPADA KITA SEMUA.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net