Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 31-Mar-2008 14:33 Email | Share | Bookmark
PARI DAN TUKA

 
 
 

Lama betul tak makan ikan tuka. Bila dapat aje terus masak. Teringin nak makan macam masa kanak-kanak dulu. Jadi aye bakar dan buat cicah macam mak buat masa kecik-kecik dulu.
Bahan cicahnya ( air asam kelantan ): 1) cuka+sedikit air+hirisan bawang merah+bawang besar+bawang putih+hirisan cili padi+garam atau 2) air limau nipis+garam+hirisan bawang merah+hirisan bawang besar+hirisan cili api. Tuka bakar sedap jugak kalau dicicah budu atau air asam yang simple:tomato masak+hirisan bawang besar+hirisan cili( kesemua ditumbuk kasar )+garam+gula+air limau nipis/air asam jawa. atau dicicah kicap+air limau nipis+bawang putih cincang+potongan cili api


Waktu melawat fp kak liza, aye tertarik dengan pari bakar tom yam.Terima kasih kak liza bagi idea untuk buat pari bakar tu. tapi aye buat sedikit kelainan ikut versi seperti yang biasa aye masak.



Quote:
PARI BAKAR TOM YAM

Potongan ikan pari segar
1 kiub pes tom yam
3@4 helai daun limau purut~dihiris
1@2 helai daun kunyit~dihiris
garam secukup rasa
sedikit gula
limau nipis
minyak untuk menumis

Bahan kisar
1 1/2 in lengkuas
1 1/2 in halia
4 batang serai
1 1/2 in kunyit
4 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 biji cili merah
10 biji cili api~terpulang kepada kepedasan masing-masing
1 biji tomato masak

Cara:
1. Bersihkan ikan pari. Campurkan semua bahan kisar bersama garam. Perap ikan pari selama 30 minit atau lebih.
2. Letakkan ikan pari bersama sedikit bahan kisar ke atas daun pisang, taburkan dengan daun limau purut dan daun kunyit dan dibungkus rapi.
3. Bakar di atas api yang sederhana ( aye bakar atas dapur gas aje ). Balik-balikkan. Bila masak, angkat.
4. Curahkan pes tom yam ke atas pari bakar tersebut. Tutup semula daun pisang dan bakar sekejap untuk beberapa minit untuk mesrakan ikan dengan pes. Angkat.
5. Hidangkan segera.

Untuk pes tomyam
1. Baki bahan perapan ditumis bersama kiub tom yam sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit gula dan perahan air limau nipis.
3. Bila dah pekat, angkat dan curahkan ke atas pari bakar tadi.



Adik2, abang2 dan kakak2 di sini aye ingin memperkenalkan ikan tuka dan pari. Orang di Kelantan panggil pari yang kecil tu 'TUKO' Di Melaka pun dia orang ade jugak panggil tuka. Pari tu, ikan pari yang besar tu lahhh. Macam Ma diha cakap kalau tuka memang sedap dicecah air asam, ratah aje sementara pari kalau dibakar tawar, isinya tebal tak sedap cecah air asam, salah satu cara bakarnya macam aye ni lahhh. baru ngamm.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net