Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 28-Mar-2008 09:47 Email | Share | Bookmark
IKAN SINGGANG BERSAMA BENDI, AYAM GRILL LADA HITAM BERMADU

 
 
 
 
 
Kali ni aye nak tayang ikan singgang. Dulu tengok srsfeqah dan Ma Diha tayang ikan singgangnya. Sebenarnya semua anak2 suka ikan singgang ni termasuk mak dan hubby. Cuma aye ni kadang2 suka dan kadang2 kurang. Yang paling dia orang suka ialah bila ikan singgang dimasukkan bendi. Di sini aye masukkan beberapa hidangan ikan singgang yang aye selalu buat. Selalunya aye buat ikan kembong dan ikan tongkol. Ikan rebus pun kalau dibuat singgang lagi sedap yang penting ikan tu mesti freshhh. Jangan singgang ikan yang bermata merah. Nanti rasa akan lari dan sedikit pahit. Ikan singgang aye tak guna kunyit. Ada tempat2 di kelantan yang guna kunyit dan ade tempat yang tak guna kunyit. Aye cuba juga letak kunyit tapi aye lebih gemar yang tak guna kunyit ni. MungkiN taste tu dah biasa dari kecik lagi. Okla Laayaaaannnnnnn.




Quote:
IKAN SINGGANG BERSAMA BENDI



8 EKOR IKAN KEMBONG/IKAN TONGKOL/IKAN KEMBONG/TONGKOL REBUS
1 KEPING ASAM GELUGOR
5 BIJI CILI API
6 BIJI KACANG BENDI
( KALAU KECIK TAK PAYAH POTONG, KALAU BESAR DIPOTONG DUA )
AIR SECUKUPNYA
GARAM SECUKUP RASA

BAHAN HIRIS
4 ULAS BAWANG PUTIH
5 ULAS BAWANG MERAH
2 IN LENGKUAS
3 BIJI CILI MERAH

CARA:
1. MASAK AIR BERSAMA BAHAN HIRIS, CILI API, ASAM KEPING, GARAM SEHINGGA MENDIDIH DAN MENJADI MESRA
2. MASUKKAN IKAN DAN RENEHKAN SEHINGGA IKAN MASAK.
3. MASUKKAN KACANG BENDI. BILA SUDAH LAYU, ANGKAT.
4. HIDANGKAN.
5. KALAU NAK LETAKKAN TOMATO BIJI PUN BOLEH. IA LAGI SEDAP.


Selalu jugak bila teringin nak makan ayam grill, mula lah beroperasi. tapi ayam aye ni tak berpusing2 macam kat tesco, sbb aye guna oven microwave. Jadi terpaksalah balik-balikan sendiri ayam tu.
Jom tengok~jamu2 mata udah laaaa. Kalau nak cuba resepi aye ni silakannnn. Tapi tak lah sehebat resepi chef2 kat hotel tuuu. ayam ni memang sedappp ( ikut tekak aye dan anak-anak leeee ) nak tau sedap ke tidak cubalahhh.



Quote:
AYAM GRILL LADA HITAM BERMADU


NI LAH JADINYA BILA DITARUK MADU DAN KICAP

1 EKOR AYAM~DIBERSIHKAN
KICAP
4 SUDU BESAR MADU
SOS LADA HITAM
SEDIKIT GARAM
SEDIKIT GULA

BAHAN KISAR

4 ULAS BAWANG MERAH
4 ULAS BAWANG PUTIH
1 LABU BAWANG BESAR
1 1/2 IN HALIA


CARA:
1. SATUKAN BAHAN KISAR, KICAP, SOS LADA HITAM DAN MADU DI DALAM BEKAS. MASUKKAN AYAM GAUL BIAR RATA
DAN DIPERAP SELAMA 1 JAM ATAU LEBIH.
2. LETAKKAN AYAM KE DALAM PINGGAN BUJUR,MASUKKAN KE DALAM OVEN MICROWAVE, TEKAN MENU GRILL DAN SET TIME~30.00.
3. BALIKKAN AYAM DI SEBELAH YANG LAIN BUAT PROSES YANG SAMA. TEKAN MENU GRILL DAN SET TIME~30.00
4. ANGKAT.
5. BILA NAK MAKAN CURAHKAN SOS KE ATAS AYAM/ CECAH AYAM BERSAMA SOS.



UNTUK SOS

1. LEBIHAN BAHAN PERAPAN DIMASAK SEHINGGA PEKAT. KALAU KURANG GARAM ATAU GULA BOLEH DITAMBAH UNTUK SEDAPKAN SOS.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net