Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 27-Mar-2008 11:40 Email | Share | Bookmark
SUP PASTA SHELL, NASI HIMPIT BERKUAH DAGING

 
 
 
Ini adalah hidangan masakan yang dah lama. Tak sempat nak update. Rasa-rasanya 4/5 bulan yang lepas. Laaayaaaaan ajeeee lahhh.

Quote:
SUP PASTA SHELL



Bahan-bahannya

1 paket pasta shell~ direbus sehingga lembut dan disiram dengan air dan toskan.

Untuk kuah
6 ulas bawang putih ~ditumbuk
sejemput lada hitam~ditumbuk
segenggam ikan bilis~diblend
potongan ayam
3 biji tomato masak ~ 2 biji diblend sama ikan bilis, 1 biji dipotong 6
2 biji cili merah-dihiris
1 kiub sup bunjut
Fish ball
sawi
kobis
2 batang daun bawang~dipotong-potong
2 batang daun sup~dipotong-potong
Air secukupnya
garam secukupnya

Untuk hiasan
Bawang goreng
Daun bawang~dihiris
Daun sup~dihiris
Serbuk cili kisar

Kicap Soto untuk penyedap sup.

Cara Membuatnya
1. Tumis bahan tumbuk hingga garing.
2. Masukkan bahan blend dan kacau hingga bangkit bau dan mendidih
3. Masukkan potongan ayam,fish ball dan biarkan separuh masak
4. Masukkan air secukupnya dan biarkan dia mendidih dan ayam cukup masak.
5. Masukkan daun bawang, daun sup, hirisan cili merah dan tomato. Biarkan sebentar
6. Masukkan sawi dan kobis
7. Akhir sekali masukkan garam dan pasta shell. Angkat
8. Bila nak makan, taburkan bawang goreng, daun bawang, daun sup,hirisan cili merah, kicap soto dan serbuk cili kisar.



Tambahan
Untuk lebih sedap lagi taburkan kacang tanah goreng yang ditumbuk separuh lumat, cili kisar dan cili jeruk. Aye tak letak limau nipis kerana limau nipis sudah diperah di dalam kicap soto.


YANG INI PULAK KES MALAS NAK BUAT SATAY. JADI AYE CEBURKAN DAGING SEKALI KE DALAM KUAH KACANG. ORAIT JUGAKKKKKK.

Quote:
NASI HIMPIT BERKUAH DAGING



Bahan-bahannya

Nasi himpit secukupnya ( aye guna nasi himpit segera )
Kacang tanah-digoreng tanpa minyak dan dikisar separuh lumat
garam secukup rasa
gula melaka
sedikit gula
daging-dipotong kecil
beberapa biji belimbing buluh
Air secukupnya

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
14-18 biji cili kering

Cara:
1. Masukkan air bersama kacang tanah yang dikisar ke dalam periuk.
2. Masak sehingga mendidih dan naik minyak
3. Masukkan bahan kisar, daging, gaul rata dan kacau selalu.
4. Masukkan belimbing buluh, gula melaka dan sedikit gula. Kacau dan perlahankan api renehkan sehingga kuah pekat dan daging empuk. angkat.

Cara Hidangan
Nasi himpit, sambal nasi himpit, kuah daging.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net