Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 25-Mar-2008 12:30 Email | Share | Bookmark
MENAIKI BOT MENYUSURI SUNGAI MELAKA 1

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Menaiki bot di sungai Melaka? nak wat ape? nak tengok sungai yang kotor tu? U kan orang Melaka buat ape naik bot? Selalu tengok ape sungai tu? Pelik betul lah u ni. Membazirkan duit aje. Itu di antara yang dipersoalkan setiap kali bila buka mulut bercakap mengenai sungai Melaka.


Kebetulan pada ari Ahad, entah bila ahad yang lalu, aye bersama 2 orang anak perempuan aye keluar ke Melaka. Tujuannya amat penting sangat kerana ingin men'draw' duit yang kekeringan.
Bila sampai hampir Taman Rempah, aye terus ambik parking untuk melihat taman rempah di situ. aye teruja melihat entry Jeff dulu ( tahun lepas) yang menunjukkan di Melaka/Pengkalan Rama ada Taman Rempah. Jadi baru hari ini mendapat peluang menjenguk Taman Rempah tersebut.



Bagi aye ni tiada ape yang menarik, kerana kebanyakkan tanaman herba di situ ade di tanam di rumah aye. Cuma kat situ ada ditanam beberapa batang pokok kayu manis.





Sambil mengambil beberapa keping gambar kat situ, anak aye mula meminta aye supaya beli tiket untuk menaiki bot. Sewaktu aye berada di Taman Rempah waktu tu, di bahagian bot masih tidak ade orang di situ.Hampir setengah jam berada di situ kami melihat sebuah bas menurunkan sekumpulan pelawat/ entah dari mana dan berkumpul dan beratur di Jeti/ Hentian Hang Jebat.



Oleh kerana desakan dari anak bongsu, aye membeli juga tiket untuk menaiki bot tersebut. Kebetulan bersama dengan aye ialah satu family dari Puchong Selangor. Katanya mereka sudah lama tertarik untuk menaiki bot menyusuri Sungai Melaka ni.





Inilah pengalaman yang cukup seronok bila berada di dalam bot dengan iringan lagu2 dondang sayang dan lagu2 asli yang membuai2 jiwa. Tambahan lagi bot yang dinaiki dibawa secara perlahan. Pelancong diperkenalkan satu demi satu tempat di sepanjang sungai tersebut, di sebelah kiri dan kanan sungai. Jarak ke Muara Sungai adalah 9 Km. Di sebelah kiri sungai dari Perhentian Hang Jebat ade track untuk pejalan kaki yang ingin berjalan kaki menyusuri sepanjang sungai tersebut.



Sengaja disimpan hutan bakau niii.

Aye ade terbaca berita yang mengatakan bot yang sedia ade sebanyak 12 buah akan ditambah lagi sebanyak 30 buah bot. Ada satu lagi berita di mana MBMB telah melepaskan berpuluh2 ekor itik di sungai tersebut tetapi malangnya itik2 itu sudah lesap diambil orang.??????????




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net