Want your
own Fotopage?








 
Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 20-Mar-2008 15:49 Email | Share | Bookmark
UBI REBUS BERSAMBAL BILIS, BUAH ULAT BULU,LIMAU KERAT LINTANG

 
 
 
 
 
Bila belek2 gambar yang telah diambil, terjumpa gambar ni. So aye masukkan di sini supaya kawan2 semua tidak lupa pada masakan zaman jepun niiii. Akceli ia sesuai sepanjang zaman. Saje aye masukkan, bagi kelainan sikit pada mata yang melihat, kerana setiap fp kita lihat ade kek kenit, kek2 yang cantik2 kebanyakannya, jadi kasi ubah angin sikit. Bila sebut angin, bagi yang tak tahan makan ubi ni, dia akan mengeluarkan anginnnnn...He he he he he he. Jom kita jamu mataaa.


ubi putih dan ubi kuning

Aye masukkan resepi sambal ikan bilis ni walaupun aye tau ramai kawan2 lebih pakar membuatnya.
Quote:
SAMBAL IKAN BILIS
Ikan bilis yang halus~digoreng hingga garing-boleh juga digantikan dengan sotong kering(direndam terlebih dahulu, kemudian direbus bagi lembut)
1 kiub perencah ikan bilis/2 sudu teh serbuk perencah ikan bilis
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
gula secukupnya.
minyak untuk menumis
sedikit air

Bahan kisar
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 labu bawang besar
15-18 biji cili kering~diblend berasingan.


Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar kecuali cili kering sehingga garing.
2. Masukkan cili kering, dan ditumis sehingga cili kering garing.
3. Masukkan asam keping, garam, serbuk perencah ikan bilis dan gula. Gaul sebati, kecilkan api dan renehkan sebentar
4. Masukkan ikan bilis, gaul rata dan masukkan sediki air, kecilkan api dan renehkan sehingga pecah minyak/ sambal jadi mesra dengan ikan bilis. Angkat. Hidangkan segera.



Cecah dengan sambal ikan bilis memang sedappppp.

Yang ini aye nak perkenalkan sejenis tanaman yang menjalar. Ari tu ade Ma Diha tempek tanaman ni. Budak2 sekarang ni tak kenal dengan pokok ni. Kita dulu nilah buah yang menjadi rebutan sebab dulu tak ade banyak makanan seperti sekarang. Buahnya bila masak berwarna kuning dan isinya manis sekali. Pucuknya boleh dibuat masak lemak. Manis rasanya.



Yang ini pulak, kalau masyarakat kelantan memang kenal dengan limau kerat lintang ni. Ari tu aye bawak ke Melaka dan cuba tanam bijinya. Tapi sayang seribu kali sayang, tak tumbuh2 pokoknya. Mungkin tak sesuai dengan tanah melaka ni. di kelantan pun susah nak hidup pokok niiii. Limau ni kalau diperah ke dalam budu, memang sedap, dengan wanginya boleh membangkitkan selera. Satu lagi bila diperah dalam kerabu pun sedap, diperah ke dalam mee goreng pun sedap.


ase lima kerat lete

Tanaman yang ini pulak, aye tak tahu nak masak ape. Ade banyak dijual di Tesco. Bagi kawan2 yang tahu, boleh share sikit resepi masak sayur2 niii. Ummi Sofwat ke, Mamafami ke, Auntie Umi Kal ke, Masriyah ke atau siape2 saja yang pernah buat atau makan sayur2 niii. Bagitau ye!




Bila aye belek2 dan baca komen dari kawan2 saya dapat ni komen yang amat berharga dan berguna buat aye. Bagaimana nak masak sayur/bijirin di atas. Terima kasih banyak pada Aliza, jasamu tak dapat akak balas, hanya Allah saja yang membalasnya. Ni komen Aliza:

salam... saya takde la terrer masak2 ni, tapi slalu la jugak tgk rancangan2 kat food channel tu squash tu bole belah dua, renjiskan dgn olive oil, salt and pepper pastu grill dan sapukan dgn butter. bole jadi side dish bila makan western food, campur dgn sayur2 lain... celery root (or celeriac) tu sedap kalau dicampur dlm sup atau ketika membuat sebarang jenis stok. yang australia swede tu boleh hiris nipis, renjiskan olive oil and bakar dlm oven, buat mcm potato chips pun bole.... style lain blom jumpa lagi dlm tiga2 benda tu, australia swede jer saya blom pernah guna lagi.... yg lain tu ada la try2 jugak... tapi ya ampun.... $$$ melayang!!! Fri 21-Mar-2008 00:11
Posted by:Aliza


Kalau ade lagi masakan yang lain selain dari Aliza ni, kawan2 bolehlah bagitau aye ye! Aye ni memang suka mencuba benda2 yang baru. Terima kasih.Muaahhhhh.

Ni pulak petua dan cara memasak dari Auntie Umi Kal. Terima kasih bebanyak Auntie. Cayang auntie. Muuuaaahhhh;

Quote:
Auntie juga bukan lah pakar memasak, lagi2 masakan western, swedes ada juga auntie
tanam kat belakang rumah, selalu nya auntie masak untuk suami, bergini cara nya :
Kupas kulit swedes dan potong di bahagian atas jika dia mepunyai akar yang bergetah,
dan bersihkan potong nipis dalam 2cm cubes, rebus dengan 1sudu kecil air garam
dan 1 sudu kecil gula, bila ubi (swedes) telah empok(dalam masa 20 min di rebus)
angkat dan kering kan dan mash kan, after mashing,masukan lada hitam,mentega saperti
membuat mashed potatoes, and kacau sampai sebati dengan garfu.
dan hidangan semasa panas.

Squash
Squash tidak payah di kupas, hanya cuci sahaja dan rebus dengan air garam
selama lebih kurang 20 min. Angkat potong di tengah, jangan potong habis
dan masukan butter and sedikit serbuk lada hitam.

Celeriac
Auntie guna kan saperti celery dalam sup dan sebagai nya. Selamat mencuba
Sedap kan ubi kayu, auntie pun ada frozen ni, nak rebus dan makan dengan sambal.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net