Want your
own Fotopage?







 
Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 14-Mar-2008 11:19 Email | Share | Bookmark
NASI DAGANG SIMPLE, GULAI IKAN NASI DAGANG, SAMBAL NASI DAGANG

 
 
 
 
Menu sarapan ari ni dah sudah, ni pulak makan tengahari. Nasi dagang simple. Biasa la kwan2 orang bekerja ni memang nakkan simple2 aje. Nak buat nasi dagang biasanya kena kukus dua kali, kena arong lagi. Aye ni main campak dalam rice cooker aje. Orang bekerja katakan. kalau kawan2 nak ikut cara aye ni, silakan. memang senang. Hasilnya pun hampir sama dengan yang kukus. aye guna beras nasi dagang, diimport khas dari Kelantan. Inilah istimewanya Kelantan. Macam2 ado. Kalau orang terengganu, dia orang guna beras pulut+beras biasa ( 2 pulut, 1 beras)Aye pun tak mahir jugak tapi adalah kawan dari terengganu bagi tau. Jom laaaayaaaaaaannnn.





Quote:
NASI DAGANG SIMPLE

1 kg beras lembut(nasi dagang)
Santan pekat RM2.50+air(sesuaikan dengan sukatan nasi-1 1/2 ruas jari)
1 sudu garam
sejemput halba
1 1/2 in halia-dihiris halus memanjang
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris

Cara:
1. Bersihkan beras. Masukkan beras, halba dan bahan hiris ke dalam rice cooker.
2. Masukkan santan pekat + air. Gaul rata semua bahan. Masukkan garam
3. On rice cooker dan biarkan sehingga nasi masak
4. Bila sudah masak, gaul rata nasi dagang. Boleh dihidangkan.






Quote:
GULAI IKAN NASI DAGANG

9 ekor ikan kembung/tongkol yang telah direbus semalam
santan pekat RM 1 + 3 cawan air(anggaran aje)
2 biji cili merah dibelah dua
2 biji tomato dipotong 4
2 biji timun dipotong ikut suka
1 keping asam keping
garam secukup rasa ( sesuaikan dengan ikan rebus~dah sedia masin)

Bahan kisar
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 1/2 inci lengkuas
15 biji cili kering
2 sudu serbuk kunyit
segenggam kelapa parut dikisar berasingan

Cara:
1. Masukkan santan bersama bahan kisar, asam keping dan garam ke dalam periuk.
Panaskan dan dikacau selalu
2. Bila kuah sudah cukup mendidih, masukkan ikan rebus dan biarkan reneh seketika.
3. Masukkan hirisan timun, cili merah dan kelapa parut. Kecilkan api.
Renehkan selama 20 minit/ sehingga kuah pekat dan naik minyak
4. Masukkan tomato,usik2 kejap kuah dan angkat.








Quote:
SAMBAL NASI DAGANG

1/2 biji kelapa parut
3 ulas bawang putih dihiris
4 ulas bawang merah dihiris
4 batang serai dihiris
4 ekor ikan rebus diambil isinya saja

cara:
1. Sangai kelapa parut bersama bawang putih, bawang merah dan serai sehingga garing dan kekuningan.
menjadi kerisek
2. Blend kerisek bersama garam dan gula.Ketepikan
3. Blend isi ikan dan campurkan bersama sambal kerisek tadi. siap.








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net