Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 14-Mar-2008 13:56 Email | Share | Bookmark
MEE GORENG PHAT PHET.VERY MOIST BANANA CAKE

 
 
 
 
Lama betul tak menjamah mee kuning ni.Bukannya ape memang tak boleh makan mee kuning sebab bila makan ada penyakit yang hinggap. Tangan jadi bengkak dan kebas2. tu sebab pantang tu. Kalau bihun tak ape pulak. Bila cuti gini, hentam aje lahhh, sekali sekala, kalau sakit pun ada anak yang bantu dan tolong picit2kannnn. Tapi harap2 tak lah sakit bila makan sekali sekala nii.

Hari ni aye nak try goreng mee ala2 Thailand sikit. Biasanya ala2 thai ni tak lepas dari serai dan daun limau purut. Jom layaaaan masakan mee goreng phat phet aye.Saja aje letak nama ni sbb kalau letak nama mee goreng kak jie jie tak glamour pulak. siapa laaa kak jie jie niiii. Joooooommmm.





Quote:
MEE GORENG PHAT PHET

Bahan
2 bungkus mee kuning. Dibersihkan dan toskan
daging, dihiris nipis
ayam, dipotong kecil
udang*, optional
sotong*, optional
6 helai daun limau purut
2 biji telur
2 sudu serbuk perencah ikan bilis
1 batang karet, dipotong kecil2
bunga kobis
2 pokok sawi
kobis
tau miu
sos cili
sos tomato
sos tiram masam manis
kicap
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
sedikit gula

Bahan kisar
1 1/2 in halia
1 1/2 in lengkuas
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1 biji tomato masak
4 batang serai, dihiris halus
sejemput lada hitam
10 biji cili api
3 biji cili merah
10 batang cili kering

Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar,serbuk perencah ikan bilis, daun limau purut hingga garing ( tanda garing tu ialah bila seisi rumah dah terbersin2 )
2. Masukkan garam, gula dan masukkan ayam, daging, sotong ,udang dan dikacau sebati.
3. Masukkan pula kicap, sos tomato,sos cili, sos tiram dan dikacau rata. Jika pes terlalu kering masukkan sedikit air agar daging dan ayam senang empuk.
4. Masukkan sayur, dan akhir sekali masukkan mee kuning. Goreng sebati.
5. Ketepikan sedikit mee di dalam kuali, pecahkan dua biji telur di tepi kuali dan masukkan sedikit minyak untuk telur masak. Kacau2 telur tersebut, bila dah hancur dan sedikit kering, gaul rata bersama mee tadi. Angkat.






Yang ni dok geram kek kekawan~more popular kek sekarang ni. Kek pisang. Aye ambik resepi Rinchan, tapi yang nak tergelaknya semua bahan ada depan mata, boleh dia terlupa nak guna. Hish2 memang dah tua lah kawe ni. asyik terlupa memanjang. Bila dah nak masuk oven baru ternampak bahan yang tak diguna itu. Nak buat macamana, nak kacau balik dah buat marble pulak. Ya tak ya, bakar aje laaa dan tengoklah hasilnya nanti. Rasa macam tak menjadi. Tapi bila dah siap bakar, aye rasa kek tu sedap jugak. Very moist kek. Kek aye ni lembab sikit. Memang sedap. Tg naz rin chan for sharing. Dan tq for mamafami for sharing how to make marble.


Quote:
VERY MOIST BANANA CAKE ( naz rin chan )



Bahan-bahan :
250gm butter, Rinn guna majerin, [color=red]aye pulak pi campur butter dan majerin,kes tak cukup butter

2 cawan caster sugar, Rinn guna 1 cawan sahaja !! Itu pun dah cukup manis.... memang manis banget, sepatutnya 1/2 cawan aje
4 biji telur
1/2 camca teh garam halus
1 camca teh esen vanilla, aye guna esen pisang
4 sudu besar susu pekat, Rinn guna susu segar Dutch lady jer, aye lupa bubuh daaaaa,
3 cawan pisang lecek
2 cawan tepung, Rinn guna tepung kek NONA, aye guna tepung biasa aje
1 camca teh soda bikabornat, aye terlupa bubuh daaaa......
1 camca teh baking powder, aye terlupa bubuh gakkkkkk.........
Walnut, macadamia, pecan nuts (Optional), Rinn bubuh walnuts, tak ade dalam simpanan ayee.

Cara-cara :
1. Putar majerin dan gula caster hingga kembang dan berkrim.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil teruskan putaran mixer.
3. Tambahkan susu, esen vanilla dan garam halus.
4. Perlahankan mixer. Masukkan pisang lecek.
5. Masukkan tepung hingga agak-agak sebati. Hentikan mixer.
6. Masukkan kacang-kacang pilihan yang telah dipotong kasar. Gaul rata dgn spatula.( yang ni tak buh) Aye bagikan dua adunan. Satu adunan tanpa warna dan satu lagi warna biji kundang.
7. Sendukkan satu persatu adunan secara berselang seli membentuk lapisan putih dan biji kundang( belajar dari mamafami. Tq mama)
7. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 50min hingga ke 60min.( aye guna microwave~tekan menu kek ~ 40.00 + 20.00) lebih kurang 50 minit. [/color]







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net