Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 13-Mar-2008 10:43 Email | Share | Bookmark
MASAK ASAM DAGING, CENCARU SUMBAT

 
 
 
 
 
 
 
 
Teringat daging yang beli di pasar malam selasa lalu. Mula la fikir nak masak ape. Semalam dah masak kalio ayam asam pedas tu dah berlemak. Ari ni nak masak yang tak ade lemak pulak laaa. Maksud aye yang berkuah la. Mula2 tu ambik bawang putih, bwg merah, hiris serai masuk dalam blender, sambil dalam kepala ni nak masak ape. Last sekali hentam aje la labuuuu. Janji sedap. Semua bahan masakan (yang biasa laa) aye masukkan sekali. Time menumis tu, anak2 datang dekat. Nak tengok ibu masak ape hari ni. Mungkin baunya wangi lain macam. Dah siap masak ,ooooo macam ni rupanya rasaaaa. Memang best. Kalau nak rasa bestnya cubalahhhh. Lagi ngam bila makan dengan cencaru sumbat. memang lama betul tak buat sumbat2, rasanya yang paling akhir ialah solok lada atau sotong sumbat/ketupat sotong ari tu. Bila dah lama tk makan tu, tau2 lahhh makin laju je makan nasi. Ya ampun, time tengok cermin, muka ni makin tembam pulakkkkk. Badan dah naikkkkkkkkk.

Ni lah Masak Asam Daging aye tuuuu. ( Tastenya Aye rasa mcm ala2 masak asam pedas daging melaka kot. Hentamlah laabuuuuu. Tapi arr bila dah habis makan, dah basuh tangan, tangan stail bau halba, wangi sangat, terbuka selera nak makan lagiii.)

Quote:
MASAK ASAM DAGING


1 kg daging~dihiris nipis
1 kuntum bunga kantan
Daun kesom
1 1/2 sudu ekstrak asam jawa dibancuh dengan sedikit air, Boleh tambah jika kurang masam
sejemput halba
2 sudu serbuk ketumbar
2 sudu serbuk jintan manis
2 sudu serbuk jintan putih
6 helai daun limau purut
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1 sudu gula

Pes Rempah, dikisar
1 1/2 in halia
4 batang serai~dihiris halus
1 1/2 in lengkuas
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
10-15 biji cili kering~ boleh tambah untuk lebih pedas
2 biji cili merah
1/3 keping belacan

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis pes rempah, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, halba, daun limau purut dan garam sehingga garing.
2. Masukkan daging, gaul biar rata,(Kalau terlalu kering boleh tambahkan sedikit air tak sampai 1/2 cawan) dan direnehkan sebentar sehingga naik minyak.
3. Masukkan air secukupnya (biar tenggelam daging tersebut) masak sehingga mendidih.
4. Masukkan bunga kantan, air asam jawa, daun kesom dan gula. Renehkan sehingga daging empuk atau kuah sedikit pekat.
5. Rasai garamnya dan angkat.
6. Sesuai dimakan dengan nasi atau roti canai.






Quote:
CENCARU SUMBAT

6 ekor cencaru~dibelah bahagian belakang. Bersihkan
Garam
1/2 biji kelapa~ditumbuk/diblend separuh hancur
Limau nipis untuk perahan
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
sejemput udang kering
3 biji cili merah
8 biji cili api

Cara:
1. Ikan dilumur dengan garam di bahagian kulit luarnya
2. Campurkan bahan kisar dengan kelapa dan dibubuh sedikit garam dan perahan air limau nipis. Gaul biar sebati
3. Sumbatkan sambal kelapa ke dalam ikan di bahagian belah belakangnya
4. Panaskan minyak, goreng ikan sehingga kulit luarnya nampak garing.
5. Angkat dan hidangkan segera.
6. Untuk hiasan, letakkan hirisan limau nipis, daun saderi dan daun DILL ( mama sofwat, ni daun dill yang akak jumpa dalam salad yang hubby beli ari tu.



CENCARU SUMBAT. HEEEMMM MEMANG BEST




Ni pulak rozel susu. Buah rozel masih ade lagi sikit. Aye buatkan jus rozel lagi. Masa nak makan tu, terlintas di kepala nak campurkan dengan susu pekat. Nak tengok ape hasilnya pulakkk. Tuang punya tuang rupanya dah bertukar kalor pulak. Jadi macam kalor keladi. Kira orait juga rasanya. . Jom laayaaan

ROSEL SUSU



Jus rozel
susu pekat
ketulan ais

Campurkan jus rozel dengan susu dan masukkan ketulan ais. Kalau nak buat slurpy seperti biasala
blend rozel susu dengan beberapa ketulan ais. Siap.




Yang ni split banana & dragon fruit angah dan split dragon fruit ayie. Macam2 dia orang ni. Kebetulan masa pegi ambik result angah beli dragon fruit ni. Banana/pisang ni memang dah ade kat rumah. dok cadang nak buat kek pisang. Entah bila agaknyaaa.
Untuk split banana & dragon fruit ni, just potong pisang dan dragon fruit ikut suka, letakakan dalam mangkuk , curahkan ais krim dan taburlah dengan manik2 gula atau ape saja untuk hiasan






Yang ni aye saja tambah. Masa aye jaga pusat mengundi ari tu, aye sempat shot gambar ni. Kesian jugak kat aci ni terpaksa turun bukit ke pusat mengundi dan naik semula dengan berjalan kaki. Betul2 semangat aci ni. Bila naik semula dia sempat berehat dipondok jaga nii.








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net