Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Mar-2008 00:53 Email | Share | Bookmark
IKAN MASAK SERAI, KALIO AYAM ASAM PEDAS, AYAM REBUS

 
 
 
 
 
Ari ni keputusan SPM keluar. Hati berdebar-debar ni, tak bohong cakap. Bukannya aye yang ambik SPM tapi anak kedua aye~Angah. Biasalah tu ibu mana yang tak risau, ibu lebih risau daripada yang empunya diri. Mungkin dia dah konfiden dapat capai target dia. Tapi aye tengok dia pagi2 lagi dah stand by untuk pi tengok result dia. Malam tadi awal dia tidur. Biasanya kalau tak cecah jam 1 pagi susah nak tengok dia baring kat katilnya. Harap-harap angah mendapat keputusan yang cemerlang. Ibu sentiasa doakan angah dan anak2 ibu yang lain sentiasa mendapat kejayaan yang cemerlang dan gemilang di dunia dan di akhirat. Kalau boleh angah dan anak2 ibu yang lain menjadi salah seorang dari yang terbilang, disayangi rakan taulan dan disegani oleh lawan. Amin.

Tapi dalam risau2 tu sempat jugak nak update Fp ni. Bukannya ape nak hilangkan debaran di dada niii. Kalau dok ingat dia, lagi berdebar dan tak boleh buat ape. Angah tu aye lihat tengah leka menonton siaran ulangan Raja Lawak Astro minggu ke 7. Tengok Nabil yang menaiki kuda kon jalanraya.( memang kelakar si Nabil ni ) Mungkin dia pun nak hilangkan kerisauannya tuuuu.

Ok berbalik pada menu kita ari ni tuan2 dan puan2, masakan yang biasa2 aje. He he he he he ( terasa macam chef wan pulak) tapi tak leh nak tanding dengan chef wan tu, macam2 menu yang dia perkenalkan. Kali ni aye masak very simple dan semua kekawan belah pantai timur tau masakan ni. Kisahnya gini, hubby beli ikan kembung kecil yang segar jugak lah. Aye kata nak buat ape dengan ikan kembung yang kecik niii, Tapi kalau digoreng memang sedap, goreng sampai garing. Teringat nak buat singgang, tengok Ma diha, Srsfeqah dok nayang singgangnya tu, datang pulak terliurnya tu, sebab dah lama tak buat singgang ni. Dulu ade jugak buat singgang ni, ade ambk gambar, tapi entah kemana2 gambarnya tu, di folder mana entah. Jadi aye tinjau2 tengok lengkuas kot ade. Sayangnya lengkuas dah habis. Nak pi cangkul ambik lengkuas, rasa malas pulak. Biasanya hubby yang tolong cangkulkan.Lengkuas yang hubby cangkul tu dah abis rupanya.
So aye terpandang serai dalam simpanan. Haaaa, aye masak gini lahhhh. memang lama tak makan masakan ni. Tapi boleh ke ikan kembung masak canggini. Biasanya aye masak guna ikan kekek dan ikan selar kuning. Ahhhh bantai aje lahh. Bila dah siap masak, amboi makkkk, 2, 3 pinggan boleh habis. Cukup puas hatiiii. Ni dia ikan masak serai aye. Laaayaaaaannnn

Quote:
IKAN MASAK SERAI



Bahan
8 ekor ikan kembung bersaiz kecil( ikan kekek, ikan selar kuning lebih sedap)
3 batang serai- diketuk
3 ulas bawang putih-dihiris/ditumbuk kasar
4 ulas bawang merah-dihiris/ditumbuk kasar
1/2 labu bawang besar- dihiris
8 biji cili api-ditumbuk kasar
3 biji cili merah-dipotong 4
air secukupnya
garam secukup rasa
1 keping asam keping

Cara:
1. Sediakan periuk, masak air bersama bahan tumbuk, serai dan asam keping sehingga mendidih.
Didihkan selama 5 minit.
2. Masukkan ikan dan garam.Renehkan selama 10 minit. Angkat dan hidangkan



Yang ini pulak aye letak nama resepi ni kalio ayam asam pedas. Rasanya masam2 pedas lemak2 gitu. Asalnya masa aye jadi student kat UKM dulu aye muak dengan kari ayam, masak lemak ayam, jadi ape kata kalau aye masak guna air pulak. terasa2 ditekak ni kalau ayam dibuat rebus aje. Masukkan lengkuas, halia dan berbagai2 lagi. Aye pun cuba lah masakkkk. Fuyyyooo, memang sedap dan tak ade muak lagiiii.( resepi ayam rebus ade di bawah ). Bila aye masak untuk hidangan anak2, mereka memang suka, sampai hirup2 kuah lagi.

Satu kali tu aye kata ape kata kalau aye masukkan santan pulak dalam ramuan ayam rebus ni. Aye buatlahhh. Tak sabar nak tengok dan rasa hasilnya. Hasilnya memang memuaskan, (bagi aye dan anak2 lahhh). memang sedap dan tak muakkkk. Kawan2 boleh cuba. kalau resepi ni ade sama dengan resepi kawan2 yang pernah dibuat, itu aye tak tau lahhh, sebab ni hasil eksperimen aye sendiri. Kawan2 memang dah tau kan, aye ni suka buat resepi sendiri tengok entry2 yang lepas. Sebab bila tekak aye kata ok pada bahan2 yang aye masukkan tu, memang pass. Tapi so sorry arr kalau kekwan2 buat tak ikut selera kekawan ye!

Satu lagi yang aye suka dengan Fp ni ialah aye dapat masukkan resepi masakan aye, bukannya ape selain nak share dengan kekawan, bila aye dah tak ade nanti atau bila anak2 aye terutama yang pompuan dah kawin nanti, dapatlah diarong belek2 Fp ibunya ni cari resepi masakan ibunya. Dok gitu kawan2? Panjang berjela pulak celoteh aye niiii. Ok jom layannnn masakan aye niii. He he he he

Quote:
KALIO AYAM ASAM PEDAS



Bahan
1 ekor ayam-dipotong kecil dan dibersihkan
1 biji kelapa- ambil santan pekat
1 keping asam keping
garam secukup rasa.

Bahan kisar
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 1/2 inci lengkuas
1 1/2 inci halia
4 batang serai-dihiris halus terlebih dahulu.
1 biji tomato masak
4 biji cili merah
8 biji cili api-kalau nak lagi pedas boleh ditambah
1 labu bawang besar

Cara:

1. Di dalam periuk, satukan bahan kisar, asam keping, garam dan ayam. Gaul rata.
2. Panaskan api dan didihkan sehingga ayam bertukar rupa ( jadi putih-tandanya dah hampir masaklah tu )
3. Masukkan santan dan dikacau rata. Biarkan mendidih selama 5 minit. Kecilkan sedikit api,
renehkan sehingga ayam masak ( pastikan tidak terlalu pecah minyak). Angkat.


Quote:
AYAM REBUS SIMPLE
sorry gambar ayam rebus tak dapt nak disiarkan. Puas dicari, entah2 dah terdelete kot.

Bahan
1 ekor ayam-dipotong kecil dan dibersihkan
1 keping asam keping
garam secukup rasa.

Bahan kisar
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 1/2 inci lengkuas
1 1/2 inci halia
4 batang serai-dihiris halus terlebih dahulu.
1 biji tomato masak
4 biji cili merah
8 biji cili api-kalau nak lagi pedas boleh ditambah
1 labu bawang besar
4 biji buah keras-(kalau tak buh pun tak ape)

Cara:

1. Di dalam periuk, satukan bahan kisar, asam keping, garam dan ayam. Gaul rata.
2. Panaskan api dan didihkan sehingga ayam bertukar rupa ( jadi putih-tandanya dah hampir masaklah tu )
3. Masukkan air secukupnya dan dikacau rata. Biarkan mendidih selama 5 minit. Kecilkan sedikit api, renehkan sehingga ayam masak. Angkat. ( Boleh juga dicampurkan semua sekali, ayam,air ,garam, bahan kisar dan asam keping. Dimasak hingga kuah sedikit kering/ayam lembut.)

p/s: Kadang-kadang tu aye masukkan juga daun limau purut dalam kedua2 resepi tu. Masa hidang taburkan hiisan daun limau purut di atasnya. Kuahnya kasi pekat sikit.


Break kejap, nak gi tengok result angah. Nanti sambung lagi. Layan dulu mana yang ade Ye!

[b]Baru ada kesempatan untuk sambung semula. Terlalu penat rasanya. Pegi sekolah angah jam 11 pg. Sampai jam 12.10 tgh lebih kurang.Jarak dari rumah ke sekolah 45km~pegi sahaja. Waktu itu pengetua sekolah sedang memberi ucapan. 13 orang pelajar mendapat 12A dari 1A dan 2A. Selepas mengambil result angah, ingatkan boleh terus balik tapi terpaksa berada di situ kerana ada kes yang melibatkan 16 orang pelajar perlu diselesaikan. Aye tak payahlah cerita kes tu takut menyinggung mana-mana pihak. Kes tu selesai jam 2.30 petang. Sampai di rumah dah jam 3.30 ptg. Itu yang penat sangat tuuu.

Lupa nak bagitau result angah. Aye tengok angah kecewa betul. Ape yang ditarget tak tercapai. Angah ade bagitau aye, dia ade mimpi dia dapat 8A. Tapi dia cakap rupanya mimpinya tu tak betul. Nampak macam sedih sangat. Angah hanya dapat 7A 5B. Berbanding dengan percubaan 9A. Aye pujuk angah. Tak ape lah ngah. Itulah hasil yang kita dapat dari usaha yang kita buat selama ini. Sudah ditentukan oleh Allah kita kena terima semuanya. Bersyukurlah kepada Allah atas pemberiannya itu. Lepas sembahyang nanti angah kena buat sujud syukur tanda terima kasih atas pemberian Allah itu. Angah mula nampak ceria bila dia dapat sms dari sepupunya yang mengajar di Sarawak. Sepupunya cakap: confirm angah dapat jejak kaki ke Universiti. Bagi kekawan yang ada anak yang terima result SPM ari ni, aye ucapkan tahniah pada semua.Dan terima kasih atas ucapan kawan2 tu. Muaaahhhh.

Ok dah habis pasal tu. Entry kali ni memang aye berceloteh panjang sikit. kenapa Ye! Entahlah labuuuu. Hentam saja lah labuuuu. . Sambung sikit lagi yo. Pagi tadi masuk dapur terpandang kangkong. Cadang tu nak masak semalam tapi tak jadi. Nampak sedap aje kangkong tu, maklumlah perut kosong. Jadi fikir punya fikir aye buat jemput malas lahhh. Jemput malas orang kelantan dia letak kangkong. Aye nak cuba stail Ma diha buat cekodok air panas tu. banyak2 terima kasih pada Ratna krn bagitau cara nak buat cekodok yang paling senang. Selalu aye buat jemput malas, curah air sejuk aje . akak minta minta maaf ye Ratna kalau akak ubah nama cekodok air panas ni ye! akak c&p resepi Ratna ni. Jgn mare, bukannya ape penat kalau ditaip semula sbb badan dah sedia penat ni..


Quote:
JEMPUT MALAS AIR PANAS
asal: CEKODOK AIR PANAS Dari Ma diha


Bahan2
500 gm tepung gandum ~[color=red]akak tak sukat pulak. Main taruk aje.

6 ulas bwg merah ~ tumbuk halus~akak taruk 2 labu bawang besar-dihiris
1 mangkuk kecil ikan bilis ~ rendam air panas, tos & tumbuk halus ~akak taruk 2 sudu serbuk perencah ikan bilis
air panas mendidih secukupnya (ku tak pasti berapa byk.. agak2lah yer tak cukup tambah lagi)
2 s/k garam halus ~ bancuh dalam air panas~akak dah tak taruk garam memadai dengan serbuk perencah ikan bilis.
7 batang kangkong~dipotong kecil-kecil~yang ni akak tambah
minyak yg banyak utk menggoreng

Cara2
Senang jer.. tp cara nak kena betul.. kalau tak nanti tepung tak masak.
1. Masukkan gandum dalam mangkuk besar.
2. Masukkan bawang & bilis tumbuk/serbuk perencah ikan bilis dan kangkong. Gaul sama rata.
3. Tuangkan air panas sikit demi sikit anggaran 1 cawan gitu dari tepi mangkuk dan kacau guna senduk kayu. Jangan tuangkan air panas ditengah2 tepung.. nanti susah nak kacau ataupun air panas tak mampu nak masak jumlah tepung yg banyak ditengah2.. tuang sikit2 dan kacau sikit2 dari tepi mangkuk.
4. Bila sebahagian tepung dah terbancuh (nampak macam tepung tu kena masak bila kena air panas) teruskan bancuh ke bahagian yg belum kena air panas tu.. macam tadi jugak.. kacau dari tepi mangkuk.. bancuh hingga kesemua tepung masak.
5. Bila semua tepung dah terbancuh.. gaulkan keseluruhan bancuhan biar rata.. mungkin ada bahagian yg terkena air garam, dan mungkin ada bahagian yang tak kena air garam sebab guna air panas lain sebab air panas pertama tak cukup kan... so.. gaul kasi rata... then bolehlah digoreng macam biasa. Gunakan 2 sudu untuk membentuk cekodok supaya menjadi cekodok yang bulat2..

Jemput malas akak ni tak berapa bulat mcm Ma diha, Mungkin sebab ada kangkong dan bawang tuuu. Tapi memang berlubang2. sedapppp.Komen anak akak no 5. 'kakak tengok macam keras aje bu, tapi tak rupanya, lembuttt dan sedapppp.' Lain kali kalau nak buat cekodok ko, jemput malas ko, guna air panas sbb main curah aje tak payah ikut sukatan, sbb bergantung kepada masaknya adunan cekodok tu. Cukup senang.[/color]




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net