Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 7-Mar-2008 09:46 Email | Share | Bookmark
MAJLIS PECAH TANAH, KEK KUKUS CREAM CRACKERS

 
 
pentas masih kosong
 
 
 
Shoot kipas khemah
 
 
 
 
 
 
Semalam( 6.3.2008) ada jemputan ke Majlis Pecah Tanah di Ayer Keroh Melaka. Upacara Pecah Tanah ini dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rostam. Upacara pecah tanah ini dijalankan berikutan pembinaan sekolah baru yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam Rancangan Malaysia ke 9. Sekolah terbabit ialah Sekolah KebangsaanTaman Tasik Utama, Ayer Keroh Melaka. Sekolah ini dijangka siap pada pertengahan 2009 dan pengambilan pelajar pertama ialah pada Januari 2010.



Bertolak dari tempat kerja jam 10.45 pagi. Berkejar ke sana kerana majlis akan dimulakan pada jam 11 pagi ( ikut surat jemputan). Sampai jam 11.05 pagi, aye lihat belum ramai yang hadir. Sudah daftarkan diri, terus ambik tempat duduk. jam 12 belum lagi mula majlis.Akhirnya jam 1.30 tgh baru mula majlis. Kabarnya program Datuk Seri hari ini terlalu padat dan berkejar2. Jadinya terpaksa nunggu lamaaa.

Sekitar Majlis Pecah Tanah

AKHBAR MELAKA HARI INI.










Kebetulan di waktu menunggu tu, aye berkenalan dengan dua orang guru dari SK Peringgit. Borak punya borak terkeluar resepi kek kukus cream crackers. Tengok pada resepinya sedap dan senang untuk dibuat. Jadi mulalah salin resepi. Dan pagi tadi ( 7.3.2008) aye mulakan projek mencuba. Ni dia kek kukus cream crackers tuuu. Aye ade buat ubah suaian sikit.


Quote:
KEK KUKUS CREAM CRACKERS
Sumber: Pn Latifah (SK Peringgit)



Bahan
24 keping biskut cream crackers (HUP SENG) ~dihancurkan
2 sudu makan susu pekat(F&N)
6 biji telur gred A~aye guna gred B
1 cawan majerin~ aye guna butter
1 cawan gula
sedikit esen vanila~aye tak letak
Kismis ~ aye masukkan 1 mangkuk bijirin campuran kering
1 sudu teh cream of tartar~aye tambah
1 sudu soda bicarbonate~aye tambah

cara
1. Pukul gula dan majerin/butter hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji sebiji dan dipukul dengan kelajuan sederhana
3. Masukkan susu pekat, gaul kemudian masukkan biskut, soda dan cream of tartar. Kaub balikkan sehingga sebati
4. Masukkan campuran bijirin kering. Ulang proses yang sama.
5. Masukkan ke dalam loyang dan dikukus sehingga 20 minit.


AAKHIRUL KALAM:-




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net