Want your
own Fotopage?






 
Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 5-Mar-2008 12:24 Email | Share | Bookmark
PACERI NENAS, IKAN REBUS GORENG, KERABU ULAM MENTAH

 
 
 
 
Balik dari kerja tadi, masuk dapur, tengok ape yang ade. Nenas masih ada lagi 3 keping, lebihan masak ari tu. Kerana badan agak letih dan kelaparan, aye masak ala kadar aje, asalkan cepat dimasak sedap dimakan. Aye terus ambik bahan2nya, tenggek kat api dan biarkan di situ. Aye masuk bilik air, bersihkan diri dan solat. Habis solat, masuk semula ke dapur, tengok ape yang dimasak tadi, dan aye dapati mak rebus ikan kembung. Hu hu hu hu memang ngam lah makan dengan masakan aye niiiii. Pasangan yang ideal. Ni dia masakan yang sempoi tuuu. Paceri nenas yang bukan taruk santan. Mak dan arwah ayah memang gemar paceri ni. tak muak. Sesuai dengan orang yang tak ade selera untuk makan. Kalau yang ade selera tu lagi laju dia makan. Aye tak tau nama dia sebenarnya. Tapi kami sekeluarga panggil paceri nenas.

Quote:
PACERI NENAS



3 keping nenas yang dipotong bulat dan direbus dengan kunyit + air.
4 cawan air
minyak untuk menumis
1 batang kayu manis
1/2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 pelaga hindi
1/2 keping gula melaka
1 sudu gula

Bahan hiris
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 inci halia

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis sekejap pekakas kasar ( bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan pelaga hindi
2. Masukkan bahan hiris, ditumis sehingga wangi
3. Masukkan air, nenas, garam, gula dan gula melaka. Renehkan selama 25 minit dengan api yang sederhana.
4. Rasai masam manisnya, dah ok angkat.


Quote:
IKAN REBUS GORENG



3 ekor ikan rebus
1 labu bawang besar
5 biji cili kering~ dipotong pendek
minyak untuk menggoreng

cara:
1. Goreng ikan rebus sehingga garing. Angkat
2. Dalam minyak yang sama, gorengkan bawang sekejap, angkat
3. Gorengkan cili kering sehingga garing. angkat
4. Taburkan bawang goreng dan cili kering ke atas ikan rebus goreng tadi. Siap.

IKAN REBUS( ATAS PERMINTAAN MAMAFAMI)

Beberapa ekor ikan kembung/tongkol/selayang/sardin
5 keping asam keping
garam kena banyak. Kalau 8 ekor lebih kurang 1 1/2 sudu garam. Lebihan sikit pun tak ape.
2 sudu air. Tak taruk pun tak ape sebab nanti ikan akan keluarkan air.
Boleh juga masukkan 1/2 cawan air. Terpulang.

Cara:
1. Dalam periuk, masukkan ikan, ditabur dengan garam dan asam keping. Curahkan air.
2. Tutup periuk dan dimasak sehingga air kering. Pastikan jangan air rebusan meleleh keluar. Bila dah nampak mendidih tu, ketepikan sikit tutup periuk tu kasi udara keluar.
3. Elok digoreng keesokan harinya kerana kita telah biarkan isi ikan meresap garam dan asam keping semalaman itu. Ini yang menyedapkan lagi ikan rebus tu.

P/s: ikan rebus juga boleh dibuat gulai dan boleh dicecah dengan sambal belacan atau budu


Ini masakan tambahan aje.Dah lama buat ni. Baru ni boleh tempek. Ramai kekawan tahu buat kerabu mentah ni. Kalau dipadankan dengan masakan tadi tu, memang ngam jugak.

Quote:
KERABU ULAM MENTAH



Bahan Ulam
sedikit pucuk salam
sedikit pucuk beluntas
sedikit pucuk mangga
1 kuntum bunga kantan
beberapa batang pegaga madu
sedikit pucuk ulam raja
sedikit pucuk selasih
sedikit pucuk tenggek burung
3 batang kacang panjang~ aye guna kacang panjang warna purple
1 labu bawang besar

Bahan sambal
sejemput udang kering~ditumbuk
1 mangkuk kecil sambal kelapa ( nasi kerabu)
1 biji limau nipis

Cara:
1. Kesemua bahan ulam dihiris halus dan dimasukkan ke dalam mangkuk
2. Masukkan sambal kelapa ( nasi kerabu ), udang kering yang ditumbuk, lada hitam serbuk/lada hitam yang ditumbuk dan perahan limau nipis.
3. Gaul rata. Hidangkan.

Sambal kelapa:~ kelapa parut digoreng tanpa minyak bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan hirisan serai. Dijadikan kerisek. Tumbuk/blend sehingga hancur. Semasa blend, campurkan sekali garam dan gula secukup rasa.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net