Want your
own Fotopage?






 
Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 4-Mar-2008 14:04 Email | Share | Bookmark
SIAKAP MASAM MANIS ASAM BOI, SIAKAP PERCIK MERAH

 
 
 
 
Terbaca komen dari Ma diha pasal ikan masak masam manis di taruh asam boi. Kecur sekali aye. Kebetulan ikan siakap ada seekor lagi dan asam boi lebihan kukus ikan saikap masih berbaki. So apa lagi aye terus tekan gear, bahagian kepala masak masam manis sementara bahagian ekor pulak buat percik. Percik tu tak ade cadangan dalam kepala, tapi sebelum masak aye keluarkan santan dari freezer. Dibiarkan dia cair sebab asalnya nak buat masak daging mcm cek de sam masak. Ingatkan dia masuk santan, rupanya tidakkkk.( ini kes pelupa lagi la niii, lupa nama masakan dia. Ingat taruk nenas jeee. He he he) so santan tu aye buat kuah percik laaaa. Nak cuba rasa pulak siakap dibuat percik. bila dah masak, aye rasa, memang boleh tahannn gak. Macam ikan2 lain yang dibuat percik. Ia lagi sedap sebab isinya banyak dan tebal.



Quote:
SIAKAP MASAM MANIS ASAM BOI



Bahan

1 bahagian siakap~ aye ambik bhg kepala
cili sos
tomato sos
2 biji asam boi~dibasuh dan direndam dengan sedikit air panas
garam secukup rasa
gula
2 keping potongan nenas~dipotong kecil( aye rebus+kunyit ~diperah sikit airnya)
minyak untuk menggoreng
sedikit tepung beras
sedikit kapur makan
sedikit serbuk kunyit
1 biji tomato~ dibelah 4



Bahan hiris
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4 biji cili merah

Cara:
1. Ikan siakap dibersihkan dan dilumur garam kunyit.
2. Sediakan tepung beras+air kapur. Pekat seperti bancuhan goreng pisang
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali
4. Celup ikan ke dalam bancuhan tepung dan dirikan dia bila menggoreng
5. Bila ikan sudah garing angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan
6. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan sebentar bahan hiris
7. Masukkan sos tomato. sos cili, potongan nenas,asam boi bersama airnya sekali, sedikit garam dan gula . Kacau dan renehkan sebentar. Matikan api
8. Masukkan tomato. Angkat. Tuangkan ke atas ikan gorengan tadi. Siap.Untuk hiasn bolehlah diletakkan tomato yang dihiris bulat.




Quote:
SIAKAP PERCIK MERAH



Bahan
1/2 bahagian ikan siakap~aye ambik bahagian ekor
RM1.00 santan pekat
1 keping asam keping
garam
gula
sedikit air

Bahan kisar
15 biji cili kering~dipotong dan direndam dengan air panas
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3 batang serai ~dihiris terlebih dahulu
1 1/2 inci halia

Cara:
1. Masukkan santan pekat, sedikit air dan bahan kisar ke dalam kuali.
2. dikacau2 selalu supaya kuah tidak berketul
3. masukkan asam keping, garam dan gula dan direnehkan sebentar
4. Bila sudah pekat dan naik minyak, angkat.
5. Ikan dibersihkan dan dikelar kemudian dibakar
6. Bila ikan sudah masak, lumurkan kuah percik ke atasnya dan dibakar seketika.
7. Angkat dan curahkan kuah percik ke atas tadi. Siap untuk dimakan.




Aye mengucapkan terima kasih pada cek de sam kerana sudi bagi resepi daging masak asam nanas ni. Memang sedap. tak muak makan. Aye ratah gitu aje sebelum makan dengan nasi. anak2 pun suka.Terima kasih ye cek! Aye copy dan paste resepi tu ye! Halalkan ok!

DAGING MASAK ASAM NANAS
Sumber: cek de sam



Bahan-bahan:

125ml cawan minyak
1 kg daging lembu, dipotong-potong
180ml air asam diperah drpd 2 sd besar asam jawa
1 batang serai, dititik
1 cm lengkuas, dititik
3 helai daun limau purut
Garam
Gula
1 tin nanas – sliced – if nak pakai nanas segar pun boleh iaitu ½ biji nanas ( aye rebus nenas+kunyit terlebih dahulu)

Bahan kisar:

2 biji bawang besar
2.5cm halia
2.5cm kunyit hidup
2 sd besar belacan
10-15 cili kering – terpulang kepada masing2 nak pedas boleh tambah lagi
1 sd besar ketumbar biji – digoreng tanpa minyak ( aye guna serbuk ketumbar dan disangai)


Cara:

1.Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi.
2.Masukkan daging dan balik-balikkan sehingga rata.
3.Apabila daging kecut sedikit, tambah air asam,serai,lengkuas,daun limau purut, garam dan gula.
4. Masak sehingga daging empuk, kemudian masukkan nanas. Kacau rata-rata dan renihkan sehingga kuah pekat.



P/s: Aye tumis semua bahan termasuk serai dan daun limau purut bersama bahan kisar.


his lapar lak mlm nie tengok menu nie Tue 4-Mar-2008 17:44
Posted by:ida isk @ Ida Bakery  - [Link]
Nampak sedap je kuah daging tu...kita ni nak kena cut down on beef tapi tengoklah dulu, esok kita cuba korek-korek dalam peti ais kot ada daging, leh ler cuba kot sket... Tue 4-Mar-2008 17:52
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
afwan,ana mari rumah anti naik unta....waduh anti laju serufa itu ya..sudah banyak itu n3 ana terlefas..afa fun memang class sitti jie jie..alhamdulilah kenyang ana sama itu mata.... Tue 4-Mar-2008 22:43
Posted by:soulha,cairo  - [Link]
ho..ho...asam boi pun boleh buat lauk ke kak ? Mesti cuba ni.... . Selama ni saya makan gitu2 je.. Wed 5-Mar-2008 00:51
Posted by:yatie  - [Link]
Jie.............abah suka ratah ikan masak masam manis ni.....asam boi + cili padi dlm stim lagi mengancam.....
melelh ayo lior........

Jie jom mengundi kad FP abah.........
Wed 5-Mar-2008 01:55
Posted by:Abah along  - [Link]
Waahhh banyaknya lauk.. Kak Jie masak dalam satu hari? Geleng kepala Sab dibuatnya.. hehehe.. Bila lah Sab akan dapat power yang cenggitu.. kena bertukar jadik superwoman dulu kot.. Wed 5-Mar-2008 02:11
Posted by:Sabrina  - [Link]
wah K.jie sampai 2 jenis masak ikan siakap....menyelerakanlah...
daging tu pun nampak sedap sbb letak nenas.....
Wed 5-Mar-2008 04:25
Posted by:mamasya  - [Link]
wah byknye lauk kat sini...
resepi daging tu nampak sedapla...
kita pon ingat nak cuba buat...
Wed 5-Mar-2008 05:52
Posted by:manJE  - [Link]
Ikan percik tak da orang jual lagi. Ayam percik dah banyak. Kena masak nih Wed 5-Mar-2008 08:56
Posted by:PEMANCING IKAN  - [Link]
wah cayalah air tangan kak jie jie...macam ala2 menu hotel gitu....lieya tak tera nak masak yg susah2 cam nie...biase masak yg campak2 jek....lieya berkenan betul ngan ikan siakap percik tu...boleh cube tu....nampak cam sedap tu kak....

akak, selamat mengundi ...
Wed 5-Mar-2008 09:20
Posted by:lieya_latif  - [Link]
hehehehe... tak sangka lak akak leh kecur liur bila madiha cerita pasal masam manis asam boi yg mak madiha masak aritu... kalau dah kreatif tu.. dengar jer dah boleh buat sendiri kan... cayalah akak Thu 6-Mar-2008 02:50
Posted by:MaDiHa  - [Link]
Assalamualaikum...nampak sedap je resepi tu...mesti cik abang tambah sayang kalau masak siakap masam manis tu..nak cubalah first daya puasa ni.. Sat 22-Aug-2009 05:52
Posted by:hanie izza
halaaah Wi.. meski udah lama knynaaesa, kalo liat foto-foto ini masih kerasa deh.. *kerasa capek, menikmati macet berjam-jam..hihi* Sun 19-Feb-2012 20:56
Posted by:Concorsi
SORHH1 <a href="http://rhnzgaqtnoui.com/">rhnzgaqtnoui</a> Mon 20-Feb-2012 17:49
Posted by:ogtzzifiw
i2V5zh , [url=http://zjfkzoeywlbq.com/]zjfkzoeywlbq[/url], [link=http://xqvvqretphsb.com/]xqvvqretphsb[/link], http://ldafczqbeynn.com/ Tue 21-Feb-2012 13:21
Posted by:cfifhxrefas
OHLtFk <a href="http://mlzfdczozgnz.com/">mlzfdczozgnz</a> Tue 28-Feb-2012 14:44
Posted by:qdjapjxj
OHLtFk <a href="http://mlzfdczozgnz.com/">mlzfdczozgnz</a> Tue 28-Feb-2012 14:46
Posted by:qdjapjxj


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

widgets01.bt.pidgintech.com