Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-Mar-2008 17:33 Email | Share | Bookmark
SUP KEPALA IKAN TONGSAN,SAMBAL GORENG,ROTI GORENG BERINTI SARDIN

 
 
 
Masih mood ikan sungai. Sebenarnya nak perabih ikan yang beli ari tu. Laaaayaaaaannnnnn.

Quote:
SUP KEPALA IKAN TONGSAN



Bahan
5 ketul potongan kepala ikan tongsan ( ikan merah/ikan jenahak pun boleh gak)
1 pokok saderi~dipotong panjang
1 pokok daun bawang~dipotong panjang
2 sudu bawang goreng
1 bunjut rempahan sup
1 potong kulit kayu manis
2 pelaga hindi
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
[color=blue]1 helai daun kulit kayu manis

2 sudu besar serbuk lada hitam.( boleh tambah lagi untuk lebih pedas )
garam secukup rasa
Air secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan hiris
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas

Bahan tabur
1 pokok daun bawang~dihiris
1 pokok saderi~dihiris
cili api~dipotong kecil
limau nipis~dibelah 2

Cara
1. Panaskan minyak, tumis kayu manis, pelaga hindi, bunga cengkih, bunga lawang dan bahan hiris sehingga garing.
2. Masukkan daun bawang, saderi dan saleri. Biarkan sebentar.
3. Masukkan air dan renehkan sehingga menggelegak.
4. Masukkan ikan tongsan yang telah direndam dengan air beras dan asam keping selama 1 jam. Biarkan mendidih.
5. Masukkan serbuk lada hitam, bawang goreng dan garam secukup rasa. Renehkan selama 10 minit.
6. Rasai garamnya dan angkat. Masukkan ke dalam mangkuk.
7. Taburkan daun bawang dan saderi serta cili api ke atasnya. Hias juga dengan limau nipis yang dibelah 2. Siap.[/color]


SAMBAL GORENG UDANG KERING



Bahan

garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Asam keping

Bahan kisar
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
15 biji cili kering~direndam terlebih dulu dengan air panas
Sejemput udang kering~dibersihkan

Cara
1. Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi
2. Masukkan garam, gula dan asam keping. Tumis sehingga naik minyak/kering.
3. Angkat dan hidangkan.

Resepi cilok dari Fp mamafami. Roti ni memang sedap. Tapi aye tak tau la pass ke tidak buat roti nii. Hasil yang aye dapat kulitnya rangup dan di dalamnya lembutttt. memang sedap. Terima kasih banyak2 pada mamafami yang bagi resepi ni. Cuma aye gantikan dengan sardin sebab tak ade sosej. Halal ye kalau aye copy and paste resepinya.


Quote:
ROTI GORENG BERINTI SARDIN
[ROTI GORENG INTI SOSEJ* (MAMAFAMI)]
Sumber : Blog Yummilicious


Bahan
250gm tepung roti
2 biji kuning telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
40gm butter
1 sudu teh yis
90ml air
putih telur
breadcrumbs
filling:-kari ayam, sardin...
[color=red]aye tambah ovellete


campurkan semua bahan kering. masukkan telur, butter n isi air sket2 sambil uli hingga jadi
doh lembut. rehatkan 15min.
bentuk doh bulat2 kecil n rehatkan 15min lagi. isi inti kesukaan, bulat2kan.
golek dalam putih telur n salut ngan breadcrumbs. goreng hingga kekuningan.

SAMBAL SARDIN

Bahan
1 tin sardin
3 sudu sambal goreng udang kering
beberapa hirisan daun sup dan daun bawang
garam
gula

Cara
1. Masukkan sambal goreng udang kering ke dalam kuali. Kacau
2. Masukkan daun sup dan daun bawang
3. Masukkan ikan sardin yang telah dihancurkan. Gaul rata
4. Masukkan garam dan gula. Gaul rata dan angkat.[/color]


PERHATIAN~petikan dari email gurlsgroup

Don't eat the skin of the apple if it's coated with wax.
Check before you eat,

WAX is being used as preservation purposes and then cold stored.

You might be surprised especially apples from USA

and other parts are more than one year old,

though it would look fresh.









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net