Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 1-Mar-2008 04:48 Email | Share | Bookmark
ASAM PEDAS KELANTAN, KELI BERSAMBAL TOM YAM, NASI KUALI

 
 
 
 
 
 
Masih lagi resepi ikan sungai. Sebab dek kerana kemaruk nak makan ikan sungai, jadi aye beli 3 jenis ikan iaitu ikan tongsan, ikan keli dan ikan lampam jawa. Biasa makan ikan lampam jawa digoreng aje tapi kali ini nak cuba masak asam pedas cara kelantan yang biasa mak buat( ini kes rindu masakan mak le ni). Tapi yang mengecewakan ialah ade ramuan yang tak dapat dicari dan tak dijual kat melaka ni. Bahan tu lah yang menyebabkan kawnya asam pedas tuuu. Jadi aye gantikan dengan bahan yang lain. Rasanya dah sikit berubah. Aye rasa tak puas hati, walau bagaimanapun ia boleh tahan jugak rasanya. Habis jugak asam pedas tuuu. Bahan yang tak ada tu adalah pucuk kandis. Kawan yang bagi pucuk gelugur ari tu dah pindah, kalau tidak minta aje dengan dia, boleh gantikan pucuk kandis tuuuu. Ni dia resepi asam pedas kelantan mak. Aye ade tuliskan ape yang aye dah ubah

Quote:
ASAM PEDAS KELANTAN/ASAM PEDAS LAMPAM JAWA


Bahan
7 ekor ikan puyu atau sepat atau ikan selat(belida)~ [color=red]aye guna 2 ekor ikan lampam jawa dipotong 3 bahagian

4 pucuk daun kandis~aye guna 3 pucuk rozel + 2 kuntum bunga rozel~diambil kelopaknya
air secukupnya~sesuaikan dengan ikan
air beras+sedikit tepung gandum~untuk rendam ikan
4 keping asam keping~3 untuk rendam ikan, 1 untuk masak



Bahan tumbuk~aye kisar
sejemput beras~dibersihkan dulu
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili kering
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit

Cara
1. Rendamkan ikan dengan air beras+gandum+3 keping asam keping selama 1 jam atau lebih. Bersihkan dan toskan
2 Jerang air bersama bahan tumbuk dan asam keping sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, daun rozel dan bunga rozel. Renehkan.
4. Rasakan dengan garam dan renehkan sehingga kuah menjadi mesra dengan ikan. Angkat dan hidangkan.[/color]


asam pedas aye ni sikit pekat disebabkan beras aye kisar hancur dah jadi mcm tepung beras. Untuk kisar, kurangkan sikit beras tuu bagi kuah sikit cair. LAYAAAAAANNNNN AJEEE LEEEERRRRR



Ikan keli masak sambal dah biasa makan. Ari tu aye beli ikan keli yang siap dimasak dengan sambal. Sikit punya mahal. Tu sebab bila jumpa ikan ni di pasar terus beli. Bila fikir ikan keli masak sambal dah 2 hari berturut2 makan, maka aye cari alternatif lain. Sebab ikan keli ni kalau masak selain goreng bersambal ni, aye dan anak2 tak minat.( sebenarnya aye tak berapa minat sangat dengan ikan keli ni. Tapi anak2 semua minat, tapi bila cuba ikan keli goreng bersambal yang beli kat kedai tu, adalah aye makan sikit2 itu pun tempat yang garing terutama ekor dan siripnya) Jadi aye fikir2 ape kata kalau aye buat perencah tom yam dan dicurahkan ke atas ikan keli goreng tuu.Ape rasanye eik?........ Hasilnya memang sedap dan cukup puas hati. Anak2 dah bersungut mengatakan ibu buat sikit sangat tak cukup laaa.



Quote:
KELI BERSAMBAL TOM YAM


Bahan
3 ekor ikan keli~dibersihkan dan dipotong 3(direndam dengan air beras+asam keping+sikit tepung gandum)
1 sudu kunyit
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1 sudu gula
1 kiub tom yam~tak taruk pun tak ape tapi kalau buh ia lebih ummmph)
4 helai daun limau purut
1 keping asam keping

Bahan kisar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
10 biji cili kering
8 biji cili api ( tak suka pedas boleh kurangkan)
4 batang serai
1 inci halia
Boleh masukan juga tomato, tapi yang ini aye tak buh.



Cara
1. Ikan keli dibersihkan dan dilumur garam dan kunyit
2. Goreng ikan sehingga garing.
3. Susun ikan di dalam pinggan.
4. Panaskan minyak(bukan minyak goreng ikan ye) dalam kuali, tumis bahan kisar, garam, daun limau purut dan asam keping hingga naik bau dan sedikit garing
2. Masukkan gula dan biarkan naik minyak.
3. Curahkan sambal ke atas ikan keli goreng tadi. siap.




Quote:
Satu lagi aye nak share dengan kengkawan semua. Mungkin ade yang pernah buat macam aye ni. Biasanye orang belah kelantan/pantai timur. Nasi Kuali nama baru yang berikan. Ia seakan nasi goreng gak tapi sikit lain. Aye selalu kalau masak ikan bersambal ke, ayam bersambal, daging bersambal ke, sambal ikan bilis ke, ini lah yang selalu aye lakukan. Ni dia Nasi Kuali tu.
Biasanye kami di waktu pagi, bila lihat nasi sejuk, beginilah yang kami buat,(masukkan dalam kuali dan disangai, goreng tanpa minyak bila dah nampak garing angkat) kami lakukan ni bila ada terutamanya gulai singgang dan ikan goreng malamnya. Memang sedap tambah lagi kalau dicicah dengan budu dicampurkan dengan kerisik kelapa yang ditumbuk hancur + ikan rebus. Perghhh memang tak boleh angkat punggung (bangun) bila makan cam gini.

NASI KUALI



Bahan
Lebihan sambal di dalam kuali
Nasi sejuk/panas

Cara
1. Setelah diceduk masakan sambal dari kuali, biasanya ada lebihan sambal yang melekat kat kuali,atau kita boleh tinggalkan sedikit lebihan sambal tadi, masukkan nasi sejuk (lagi sedap berbanding dengan nasi panas) ke dalam kuali tadi
2. Gaul nasi sehingga nasi akan melekat di kuali ( sebab kita tak taruk minyak, cukup minyak lebihan sambal tu). Sudip2kan nasi yang melekat di kuali tersebut, buat sebegini beberapa kali ( disuruh sudip selalu supaya nasi tidak hangus, tapi garing). Bila dah garing, Angkat.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net