Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 28-Feb-2008 13:50 Email | Share | Bookmark
MASAK TEMPOYAK KEPALA IKAN TONGSAN

 
 
 
Semalam pegi pasar malam kat Semabok. Aye terjumpa satu gerai menjual ikan sungai. Ade ikan keli, lampam jawa, tilapia dan tongsan . Nampak cantik dan segar kepala ikan tongsan ni membuatkan aye tertarik menarik dan berminat untuk membelinya. Sebenarnya aye tak pernah makan mau pun masak si tongsan ni. Dok fikir-fikir ape nak masak dengan si kepala tongsan ni. Aye cuma beli sebelah aje kepalanya.( RM 5.00 murah ) Bila dipotong aye dapat hampir 11 potong. Ingatkan nak masak semua, tapi bila fikir2 tak jadi kot, takut membazirrr. Yang lebihnya aye akan fikirkan menu ape yang sesuai untuknya. Bukan kepala tongsan aje yang aye beli, aye beli ikan keli dan lampam jawa ( dah memang kemaruk nak makan ikan sungai la ni ) Yang tu belum masak lagi.
Ni dia lauk aye malam niii.




Quote:
MASAK TEMPOYAK KEPALA IKAN TONGSAN



Bahan-bahannya
6 potongan kepala ikan tongsan besar
1 ikat daun kesom
4 kuntum bunga kantan~ setiap kuntum dibelah 2
1 helai daun kunyit~diracik
3 keping asam keping
Bancuhan tepung gandum/air beras
Air secukupnya
Garam secukup rasa
6 biji cili api

Bahan Kisar
Segenggam cili api kampung( nak pedas boleh tambah)
6 ulas bawang merah
2 inci kunyit hidup

Cara membuatnya

1. Rendam kepala ikan( yang telah dibersihkan ) di dalam air bancuhan tepung gandum bersama 4 keping asam keping. (tujuannya untuk menghilangkan hanyir ikan)selama 1 jam atau lebih, bersih dan toskan.
2. Di dalam periuk, gaulkan kepala ikan dengan bahan kisar, asam keping dan sedikit air, tutup periuk dan masak sehingga isi ikan bertukar putih.
3. Masukkan air secukupnya dan masak sehingga mendidih.
4. Masukkan daun kesum , bunga kantan dan daun kunyit dan renehkan selama 10 minit
4. Masukkan tempoyak yang telah dihancurkan dengan sedikit air terlebih dahuludan cili api. Biarkan seketika.
5. Rasai garamnya dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.



SEDANG BUAT EDITING DAN BREAK SEKEJAP.....NI DAH BERJANGKIT MCM MAMASYA LA NI. AYE NAK MERASAI MASAKAN AYE NI DULU. JOM MAKAN! بسم الله الرحمن الرحيم

Ok Aye kembali lagi. Memang sedap ikan tongsan ni. Isinya berlapis2, lembut dan manisss rasanya. Tak rugilah aye beli dan masak cam gini. Rasanya masam2 pedas sampai berdesit pedasnya dan hingga menjilat jariii. ( ini kes masuk dalam bakul angkat sendiri la nii) aye minta maaf lah kalau adik2 kakak2 yang tak minat ngan tempoyak ni. Begitu jugak dengan ikan ni. Tapi tak cuba kita tak tau rasanya. Baik dicuba dulu, buat macam aye niii.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net