Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-Feb-2008 17:11 Email | Share | Bookmark
MASAKAN CILOK

 
 
 
Sebenarnya masakan ini dah lama dibuat tapi tak sempat nak update. Bila dah rasa teringin nak merasai masakan kawan2 tu le terus buat. Ini antara masakan yang aye sempat buat hasil dari meneliti resepi kawan2. Ada bahan2 yang dimasukkan serupa dan ade bahan yang dimasukkan lain sikit. Ini kes dah tak tahan nak rasa walaupun tak sama bahan. Terima kasih pada empunya idea( Kacang Botol Goreng Bersama Tempe~ aik kat mana pulak peginya 'PE' dalam editing tu, ini kes mata sudah kureng terang le niii, dan madiha( Bunga Betik Goreng ) kerana share masakan tu. Banyak yang maklang punya aye dah buat tapi waktu tu kamera antik aye rosak jadi guna HP, tak berapa clear, tak cantik. Masakan maklang memang best dan ikut citarasa aye. Terima kasih pada anda berdua. Ini untuk anda berdua.



Quote:
Ini resepi Kacang Botol Goreng Bersama Tempe. Akak guna resepi akak sendiri.


KACANG BOTOL GORENG BERSAMA TEMPE
Idea: dah lupa siapa punya idea ni.
Versi: Kak Jie jie


Bahan-bahannya

Kacang botol ~ dipotong
4 keping tempe~ dipotong dadu
Daging ayam ~ dipotong kecil
5 ulas bawang putih~dimayang
2 biji cili merah~dimayang
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Sedikit gula

Cara
1. Tumis bawang putih dan cili merah sehingga naik bau
2. Masukkan tempe dan potongan daging ayam.
3. Masukkan garam dan sedikit gula( 1/2 sudu teh)
4. Masukkan kacang botol. Bila dah layu, angkat dan hidangkan.


Quote:
Bunga betik goreng memang first time tengok dalam fp madiha tu. Tapi madiha masuk taucu. Akak tak ade taucu so akak buat resepi akak sendiri laaaa. Sorry ye madiha.

BUNGA BETIK GORENG
Idea: Madiha
Versi: Kak Jie Jie

Bahan-bahannya

Beberapa tangkai bunga betik~dipotong( untuk hilangkan pahitnya dicelur terlebih dulu )
Daging ayam~ dipotong kecil
1 kiub perencah ikan bilis
5 ulas bawang putih ~dimayang
2 biji cili merah~dimayang
Sedikit sos tiram
Garam secukup rasa
sedikit gula
minyak untuk menumis

Cara
1. Tumis bawang putih dan cili merah sehingga naik bau
2. Masukkan kiub perencah ikan bilis yang telah dihancurkan terlebih dahulu( boleh guna yang serbuk)
3. Masukkan potongan ayam. Biarkan potongan ayam masak
4. Masukkan garam secukup rasa( perlu ingat kiub ikan bilis sudah sedia masin) dan 1/2 sudu teh gula.
5. Masukkan bunga betik. Bila sudah layu, masukkan sos tiram.Kacau biar sebati. Angkat dan hidangkan.



Yang ini pulak ambik idea dari Ida Isk dan mamasya. Dah buat sekali ari tu ikut resepi Ida dan bila mamasya tayang puding rotinya aye buat sekali lagi. Tapi ikut versi aye laaaa. . Ini untuk Ida dan Mamasya.



Terima kasih banyak2 pada ida yang share resepi dan tidak ku lupa pada mamasya yang rajin mencuba dan tak kering tangan duduk kat dapur~rajin betul dia masakkk. hish jeles akak. Masakan yang kengkawan tempek kat fp rasanya nak cuba semua terutama membuat roti tapi apakan daya, akak tak terdaya. Mungkin akan cuba jugak nanti. Slow slow. Kalau dilayan semua resepi tu, bila pencen nanti boleh bukak restoran kot, ahaks.



Ida dan mamasya sorry ye sebab resepi ni pun akak main cebuuurrrr ajeee.


Quote:
PUDING ROTI
Idea Asal: Ida Isk
Versi: Kak Jie Jie

Bahan-bahannya

A
10 keping roti
1/2 tin susu pekat manis
1 cawan air.

Cara
1. Susun roti di dalam bekas tahan panas ( aye guna bekas casserol)
2. Bancuhkan susu bersama air dan curahkan ke atas roti tersebut.

B
Bahan-bahannya
1 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar bijirin campuran kering ( kismis hitam, oat, gandum, kacang tanah dan bijirin lain~ada dijual di pasaraya)
1 cawan air

Cara
1. Bijirin campuran kering direndam dengan air panas bagi melembutkannya.
2. Masukkan telur dan dipukul sebentar.
3. Masukkan tepung kastard yang telah dibancuh dengan air. Adun biar sebati.( kalau terlalu pekat boleh tambahkan air dan diadun sebati)
4. Tuangkan ke atas roti tadi
5. Bakar. ( Aye gunakan microwave:- tekan menu cake sehingga selesai. Untuk pastikan puding masak, masukkan, cucuk lidi ke atas puding, sekiranya lidi kering itu tandanya puding sudah masak.)
6. Biarkan sedikit sejuk, bolehlah dipotong.


Microwave AOWA yang aye guna ( dapat percuma bila beli dapur AOWA). Microwave lain aye tak tahulah bagaimana pulak fungsinya dan caranya. Brand Nasional aye tu, belum try test untuk buat kek walaupun dah lama dipakai. Ini khusus yang tak ade oven mcm aye ni laaaa

Ini kes pelupa dah hinggap kat aye ni. Mak lang azie cakap resepi kacang botol tu bukan idea dia. Idea orang lain. Alamakkkk. Dah silap orang. Aye minta maaf pada empunya iea ni ye! sebab aye ambik idea tu. Kacang botol sama tempe ni memang sedap. Terima kasih pada yang empunya idea ni.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net