Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 21-Feb-2008 17:34 Email | Share | Bookmark
SUP SALERY BERSAMA CENDAWAN JELI HITAM

 
 
 
Pernah kawan2 kehabisan stok untuk masak. Mesti pernah kan? Itu lah yang terjadi pada aye ni. Kadang2 tak sempat pegi pasar untuk beli bahan mentah. Ari tu memang dah kehabisan betul. Bila jenguk freezer, ada la beberapa btg salery, cendawan jeli hitam(cendawan telinga kera), ayam ade 2 ketul itu pun kecil2. So ape lagi mulalah datang idea nak buat sup campur aduk macam kisah musang berjanggut. Campur semua yang ada. Jadi terhasillah sup niiiii. Kawan2 nak cuba, boleh cuba. Sedap jugak la kalau ikut selera aye laaa.


Quote:
Sup Salery bersama cendawan Jeli Hitam



Bahan
3 batang/pelepah salery~dipotong kecil
Rm 2.00 cendawan jeli hitam~dihiris memanjang
Rm 1.00 cendawan tiram
10 biji fishball
2 keping fishcake~dihiris nipis
5 biji China Arrow Head- setiap biji dibelah 4
1 biji tomato~dibelah 6
4 sudu serbuk lada hitam
7 biji cili kering~dipotong-potong
Beberapa potongan kecil ayam
Air secukupnya untuk kuah
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Bahan Kisar
6 ulas bawang putih
2 labu bawang besar ( sederhana besar)
1 keping fishcake
6 biji fishball
1 biji tomato
1 batang/pelepah salery

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumiskan cili kering sehingga garing
2. Masukkan bahan kisar. Tumis hingga sedikit garing.
3. Masukkan ayam, fishcake dan fishball. Kacau-kacau sebentar.
4. Masukkan air dan biarkan kuah mendidih selama 5 minit.
5. Masukkan ubi China Arrow Head, Calery, cendawan2, garam dan dikacau sebentar.
6. Bila semuanya empuk,masukkan serbuk lada hitam dan kacau sebentar, biarkan seketika
7. Kemudian masukkan tomato dan kacau seketika dan angkat.


Yang ni pulak sebab dok terliur kat belimbing buluh di tempat kerja. Kebetulan pegi pasar malam beli ikan jenahak yang sederhana besar. Waktu beli tu tak terfikir nak masak ape, ingat2 just goreng aje~ goreng pun sodaaappp. Tapi bila tengok belimbing ni ingat masak lemak ari tu. So petik belimbing buluh tu, masak laaaa ikut suka nak masakkkkk. Ari tu masak lemak cara kelantan ni pulak entah masak ala2 cili api pulak. Layan ajeee leeeee. Sedap hingga menjilat jariiii. He he he

Quote:
GULAI TUMIS CILI API IKAN JENAHAK BERSAMA BELIMBING




Bahan
IKAN JENAHAK~ aye ambil bahagian kepala dan perut.Bhgn ekor disimpan
15 biji belimbing~kalau tak suka masam boleh kurangkan
2 helai daun salam/serai kayu~tak letak pun tak ape
5 helai daun limau purut~dicarik2
3 batang serai~dititik
1 helai daun kunyit~diracik halus
1 1/2 sudu serbuk kunyit
Santan dari 1 biji kelapa
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar

1 labu kecil bawang besar
3 ulas bawang merah
10 biji cili api~kalau nak pedas boleh tambahkan
1 ulas bawang putih

Cara

1. Tumis bawang kisar hingga garing.
2. Masukkan daun limau purut dan serai. Ditumis sehingga naik bau.
3. Masukkan cili dan serbuk kunyit. Dikacau sehingga ramuan bahan sebati dan sedikit garing.
4. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih.
5. Masukkan belimbing dan biarkan sebentar.
6. Kemudian masukkan ikan, biarkan mendidih baru masukkan daun kunyit dan daun salam. Renehkan sebentar
7. Bila naik minyak tutup api, angkat dan hidangkan.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net