Want your
own Fotopage?








 
Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 18-Feb-2008 16:54 Email | Share | Bookmark
KUIH SERI MUKA DAN APAM GULA HANGUS

 
 
 
 
 
 
Ahad ari tu teringin rasanya nak makan kuih seri muka. sebenarnya dah lama benar tak buat kuih ni. Aye ingat masa terakhir buat kuih ni waktu anak2 aye masih kecil lagi waktu itu. Masa tu dok kat Seremban. Sekarang ni anak2 dah besar, dia orang sebenarnya tidak gemar makan kuih muih nii. Tapi bila dah berbaik dengan kengkawan fp ni rasa teruja jugak nak buat kuih itu ini. Satu lagi bila lihat anak2 makin gemar membeli kuih kat kedai. Jadi rasanya kalau buat sendiri lagi jimat. Maklumlah kuih sekarang ni makin naik harganya. Rasanya amat berbaloi kalau buat sendiri.
Kuih ni pun aye tak belajar dari mana2 orang. aye cuma perhatikan kuih dan rasai kuih tersebut. kalau sekiranya ada yang terkurang bahan, kawan2 yang biasa buat kuih ni bolehlah bantu terutama Kak Liza~pakar masak kite tuuu.




KUIH SERI MUKA
Quote:
KUIH SERI MUKA



Bahan

2 cawan beras pulut
1 kotak santan pekat
2 cawan air
sedikit garam
5 helai daun pandan

Bahan untuk Bhg Atas

6 biji telur
1 cawan gula perang~kes tak ade gula merah
1/4 cawan gula pasir.
2 sudu tepung jagung.

Caranya

1. Sediakan kukusan. Masukkan daun pandan ke dalam air kukusan. Panaskan
2. Beras pulut dibersihkan
3. Sediakan loyang, masukkan beras pulut, santan+air dan sedikit garam.
4. Kukus beras pulut sehingga lembut. angkat dan digaul biar rata kemudian ditekan2kan.
5. Telur bersama gula perang diblend/dipukul sehingga kembang. Masukkan tepung jagung.
Diadun sehingga rata.( tapi kalau diblend, aye masukkan sekali telur, gula dan tepung)
6. Tuangkan adunan telur ke atas pulut tadi. Kukus sehingga adunan telur masak. Angkat.
7. Potong bila kuih sejuk dan hidangkan


Ari tu tengok Apam Gula Hangus mamafami. Habis kukus seri muka, aye cuba try apam gula hangus mamafami pulak. Memang sedap rasanya tambahan pula bila pekena dengan kelapa parut. Memang terangkat. Banyak2 terima kasih kat mamafami sbb share resepi niii. Ini untuk mama
Aye copy & paste resepi mama, bolehkan??? Tapi satu yang nak tergelak ialah silap soda bikarbonat ditaruk natrium bikarbonat. Tapi ok jugak lahhhhhh.



Quote:
APAM GULA HANGUS
Sumber: mamafami



Bahan-bahan :

1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu tepung
1/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1/4 cawan air

1/2 cawan gula >
1/2 cawan air > untuk membuat gula perang

Kaedah penyediaan :

1. Untuk membuat gula perang : Masukkan gula ke dalam periuk tidak lekat dan masak di atas api sederhana hingga gula cair dan berwarna keemasan. Tuangkan 1/2 cawan air ke dalam gula tadi. Berhati-hati! Kacau hingga gula larut sepenuhnya.
2. Ayak tepung, susu tepung dan soda bikarbonat sebanyak 2 kali.( aye ayak 1 kali aje )
3. Pukul telur dan gula hingga kembang dan ringan.
4. Masukkan gula perang dan tepung berselang-seli, ke dalam bancuhan telur.
5. Tuangkan ke dalam acuan kecil-kecil atau ke dalam loyang yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
6. Kukus selama 20 - 25 minit.
7. Enak dihidangkan bersama kelapa parut yang telah ditabur sedikit garam.



ALAMAKKKKKK. FP DAH BUAT PERANGAI LAGI. GAMBAR TAK KELUAR2 W/PUN DIUPLOAD BEBERAPA KALI. SORRY LAAAA. NANTI BILA FP OK, AYE UPLOAD GAMBAR TU YE!

GAMBAR DAH ADA. LAYAAAAAANNNNNNNNNNNNNN.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net