Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 31-Jan-2008 16:40 Email | Share | Bookmark
KEREPEK CHINA ARROW HEAD

 
 
 
 
 
 
Aye ni suka sangat cuba yang baru. Ari tu pegi Tesco untuk beli ikan kat mak. Tapi ikan semua dah habis. Jadi pusing2 kat sayur. Mamafami cakap banyak sayur di entry aye yang lepas. aye memang penggemar sayur dan ulam2an. Masak pun banyak guna air. Sebenarnya masakan tu bukan dalam masa yang sama. Aye kumpulkan jadi satu. Ini kes qada' waktu 'SEPI' dulu. Eh dah melarat kat lain pulak.

Aye tertarik dengan satu ubi. Aye tengok ramai china berebut2 masukkan ubi ni ke dalam plastik. Macam pernah tengok tapi dulu2 tak berani makan. Aye pegi dekat salah seorang china di situ.
Aye tanya: ape nama ubi ni.
Dia cakap: china arrow head.
Aye tanya lagi: masak ape sedap?
dia jawap: kerepek. Buat macam kerepek kentang. Rasa macam kentang.
Aye tanya: Selain dari tu?
Dia jawap: Boleh ganti kentang dalam masakan.

Aye pun nak try laaa. So aye beli 1 kg lebih dengan harga RM 3.00. Ok la tuu. Balik rumah simpan aje tak sempat nak masak. Ari ni ' lepas isyak' baru teringat si ubi tu. Aye pun mula la projek 'try' men 'try'.


NI DIA CHINA ARROW HEAD TU


YANG DAH DIKUPAS KULITNYA


YANG DAH DISAGAT

Quote:

SIAP DIGORENG.

KEREPEK CHINA ARROW HEAD

Beberapa biji China Arrow Head ~ dikupas kulit nipisnyanya dan dibersihkan kemudian disagat.
Minyak yang banyak untuk menggoreng
Air garam kunyit ( sedikit garam+ sedikit air+ kunyit serbuk )

Caranya

1. Sama dengan menggoreng kerepek pisang. Masukan kepingan ubi satu persatu ke dalam minyak yang panas, tujuannya agar dia tidak melekat di antara satu sama lain.
2. Renjiskan sedikit air garam kunyit ke dalam kuali tadi.
3. Selalu2 disudip agar masak sekata.( aye tak sekata sebab dok buat benda lain )
4. Setelah kekuningan angkat dan toskan.

Rasa kerepek ni memang sedap. Ada rasa manisnya. Kalau kawan2 tak nak masukkan air garam kunyit pun tak ape. Masih juga sedap tapi kalau direnjiskan air tu lagi sedap. Kawan2 yang pernah masak ubi ni bolehlah share resepinya ye! manalah tahu kot ada cara lain untuk masak ubi niiiii kann???


Bila kupas ubi ni aye tinggalkan tangkainya untuk senang pegang bila nak sagat ( fikir aye lah ) Ok jugak tapi mudah patah. So aye cucuk kepala ubi ni dengan garfu. Lagi senang dan lancar untuk disagat.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net