Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-Jan-2008 15:18 Email | Share | Bookmark
GULAI IKAN JENAK/MERAH BERSAMA BELIMBING

 
 
 
 
Quote:
GULAI IKAN JENAK/IKAN MERAH BERSAMA BELIMBING BULUH


Bahan-bahannya

5 keping ikan jenak~dibersihkan
1 biji timun~ dibelah dua dan dipotong
6 biji belimbing buluh
3 biji cili hijau
1 biji cili merah
Santan dari sebiji kelapa
garam secukupnya

Bahan Kisar

6 Ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
15 biji cili kering
2 inci lengkuas
2 inci kunyit

Cara Membuatnya

1. Satukan santan bersama bahan kisar di dalam periuk dan panaskan hingga mendidih.
2. Dikacau selalu supaya kuah tidak tumpah.
3. Bila sudah mendidih, masukkan ikan, belimbing dan timun. Biarkan mendidih
4. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan cili hijau. Perlahankan api dan biarkan mendidih sehingga naik minyak. Angkat dan hidangkan.


Quote:
MASAK LEMAK TEMPE



Bahan-bahannya

5 Keping tempe dipotong dadu
3 kampit jagung muda dipotong dua
1/2 kobis bulat dihiris tebal
santan dari sebiji kelapa
suun
fucuk direndam dalam air agar kembang
2 keping tauhu dipotong kecil2
garam secukup rasa
3 biji cili hjau~aye gunakan cili hijau Kelantan
1 labu bawang besar dihiris bulat

Bahan Kisar

2 sudu udang kering
1 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah


Cara Membuatnya

1. Satukan bahan kisar bersama santan dalam periuk dan didihkan.
2. Kacau selalu supaya tidak berketul
3. Masukkan suun, fucuk, tempe,kobis, jagung muda,cili hijau dan bawang besar. Kacau sebentar
4. Masukkan tauhu dan garam secukup rasa. Biarkan sebentar.
5. Angkat dan hidangkan


*&&* Ikan jenak ke ikan jenahak? Biasa aye panggil Jenak. mana2 aje lahhhh.

Quote:
AYAM GORENG SIMPLE



Bahan-bahannya

Beberapa ketul ayam
Kunyit ditumbuk
Garam
Perahan limau nipis

Bahan Hiris Untuk Digoreng

4 biji cili kering dipotong panjang
2 labu bawang besar dipotong bulat
Minyak untuk menggoreng

Caranya

1. Gaulkan ayam bersama garam, kunyit dan limau nipis. Biarkan seketika
2. Goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan letakkan di dalam pinggan
3. Dengan minyak yang sama, goreng bawang besar sekejap aje, angkat
4. Goreng cili kering sehingga garing. Angkat
5. Taburkan bawang besar dan cili kering goreng ke atas ayam. Siap.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net