Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 26-Jan-2008 09:25 Email | Share | Bookmark
SAMBAL SOTONG BUAH KERAS

 
 
 
 
Quote:
SAMBAL SOTONG BUAH KERAS



Bahan-bahannya
3 ekor sotong rendam ~ dibersihkan dan dipotong-potong kecil
Garam secukup rasa
2 sudu gula
1 asam keping/asam jawa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar

15 biji cili kering ~ direndam dengan air panas hingga kembang
3 biji cili merah
4 biji cili api ~ nak lebih pedas boleh tambah
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 biji tomato
2 sudu udang kering
3 biji buah keras

Cara Membuatnya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik minyak
2. Masukkan sotong,asam keping, garam dan gula
3. Bila dah kering angkat dan hidangkan.


Quote:
SUP SAWI PUTIH BERKETUMBAR


Bahan-bahannya

2 pokok sawi putih
Udang basah
garam secukup rasa
RM 1 cendawan tiram
Beberapa biji fish ball
1 keping fish kek - dihiris nipis
1 biji tomato- dipotong 8
2 pokok daun bawang~dihiris panjang
2 pokok daun saderi ~dihiris panjang
4 pokok daun ketumbar~dihiris panjang
Minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk kuah

Bahan Hiris

6 ulas bawang putih
3 biji cili merah

Cara Membuatnya

1. Tumis bahan hiris hingga bangkit baunya
2. Masukkan udang, dikacau sekejap
3. Masukkan air, fish kek, fish ball dan biarkan mendidih selama 6 minit
4. Masukkan sawi putih, cendawan dan biarkan sebentar
5. Masukkan garam dan hirisan daun bawang, daun sadri dan daun ketumbar.
6. Akhir sekali masukkan tomato. Angkat.



Minuman Penghilang Dahaga

Kalau sirap + susu dikatakan Ais bandung, kalau sunquick oren + susu pekat dipanggil ape ye!

Ais CIk Mek Molek laaaaaa.



Sunquick + susu pekat + gula + air + ais = AIS CIK MEK MOLEK , He he he

Kalau diblend bersama ais dia akan jadi SLURPY CIK MEK MOLEK

Quote:
AYE NAK UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA MAMAFAMI DAN HANIS YANG CUBA MEMBUAT AIS CIK MEK MOLEK NI. MOGA IA DAPAT DICOMERSIALKAN MENJADI MINUMAN PENGHILANG DAHAGA YANG MENYEGARKAN. NI DIA UCAPAN TERIMA KASIH MAMAFAMI KAT AYE TUUU.
kak jie jie


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net