Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 21-Jan-2008 10:51 Email | Share | Bookmark
SUGHA

 
 
 
 
 
 
Kalau lihat pada tajuk pasti ramai tak tahu ape ke bendanya itu. Tapi kalau dia memang pure orang Kelantan pasti dah terbayang benda niiii. Memang setiap Muharam kita buat ni selalu. Kalau belah Pantai Barat dia panggil bubur Asyura tapi belah Pantai Timur dia panggil Sugha.


SUGHA YANG HUBBY BAWAK BALIK.

Jenis ni macam kuih talam atau dodol tapi dodol dibuat dengan pulut. Sugha ni dibuat dengan beras.Dikacau jugak macam buat bubur asyura. Bahannya juga adalah sama dengan bubur asyura cuma rempahnya berlainan sikit sebab dia ada rempah special khusus untuk sugha ni. Kita kacau juga tapi dalam kawah bukan dalam periuk. Biasanya mula tenggek kawah antara jam 8.00 pagi dan angkat selepas Asar. Memang lama. Bila angkat, cedok masuk dulang atau bekas dan biarkan dia sejuk dan keras.


YANG NI DAH DITABUR BERAS GORENG DAN TELUR DADAR( DUA WARNA)

Hari minggu (11 Muharam) ada mek dan Awe Kelantan berkumpul di surau Gombak, mengacau sugha. Hubby pun mask sekaki. Petang jam 4.30 dah sampai rumah. Aye heran jugak kenapa cepat sangat balik. Ingatkan dah tak balik maklumlah besok kan kerja. Tapi dia cakap dia orang semua dah tak sabar nak makan sugha ni jadi tak sempat kering betul. Tapi ok jugak la rasanya. Lepas jugak kempunan nak makan sugha Kelantan ni maklumlah kat Melaka ni hanya ada bubur asyura.


CLOSE UP DEKAT SIKIT

Jadi hubby suruh gorengkan beras dan dadarkan telur. Memang sedap kalau dimakan dengan beras goreng dan telur dadar nipis ni. Sugha dia orang ni terasa dagingnya~berurat-urat dagingnya. Hemmmm sedap betul. Ada lah aye bawa sikit ke tempat kerja aye. Ada jugak yang pernah rasa sugha ni dulu. Ada kawan tu dia cakap baru aje cerita dengan isterinya tentang sugha ni dan teringin nak makan. Ha ari ni dia dapat jugak hilangkan kempunannya. Ini orang Melaka bukan orang Kelantan. Ade pulak yang tak pernah rasa dan lihat dia orang terus tanya ape warna hitam tu? Bila tengok warna putih atasnya dia cakap kuih ni dah bercendawan ke? Tapi bila dia orang makan, eh sedap pulakkkk. Ha tu la belum acu try cuba test, belum tahu.


YANG NI BAGI KAWAN2 RASA.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net