Want your
own Fotopage?








 
Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 11-Jan-2008 11:36 Email | Share | Bookmark
MASAK SIMPLE-SIMPLE AJE

 
 
 
 
 
 
 
Orang tengah sibuk katakannnn( mengalahkan menteri pulak) jadi masak simple-simple aje. Tapi kan masak simple ni la yang menyebabkan makan nasi bertambah-tambah. Hajat di hati memang nak kuruskan badannn tapi sampai bila arrrrrr. Entahlah.

Ni dia masakan simple aye tuuu.



TUMIS AIR SAWI DAN KOBIS

BAHAN TUMIS

5 ulas bawang putih~dihiris/tumbuk
1 ulas bawang merah~dihiris/tumbuk
1/2 biji bawang besar ~ dihiris
2 biji cili merah~dihiris
1 sudu lada hitam~ditumbuk

BAHAN SAYUR

Sawi
kobis
2 biji tomato~dibelah 4/8

BAHAN-BAHAN LAIN

Udang
Hirisan ayam
Hirisan daging
Sedikit minyak
Sedikit garam
Air secukupnya untuk kuah

CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis sehingga bangkit baunya.
2. Masukkan udang, ayam dan daging tumis sebentar
3. Masukkan air secukupnya dan biarkan ia mendidih
4. Masukkan sawi dan kobis dan biarkan ia sekali mendidih. Masukkan garam.
5. akhir sekali masukkan tomato dan angkat. Siap untuk dihidangkan bersama ikan goreng.



SAYUR AIR TIMUN

BAHAN TUMBUK

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam
segenggam ikan bilis/ biasa aye masukkan ikan rebus atau ikan bakar(lebih sedap)
Garam secukupnya.

BAHAN SAYUR

4 Batang timun~dibelah dan dihiris kecil-kecil
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan air dan timun dalam periuk. Jerang di atas api.
2. Masukkan bahan tumbuk dan masak sehingga timun layu. Angkat dan hidangkan bersama ikan kering.


IKAN KERING SEPAT KEDAH


PENGAT PISANG BERSAMA SAGU

Ni pulak kuih udang Alor Gajah. Dah sampai Duyong, Ayer Molek. Aye beli sebab nak cuba rasa. ok jugaklah. Kalau kawan2 nak buat sendiri pun boleh. Antara campurannya ialah cucur udang, tempe goreng celup tepung, tauhu goreng, tauge dicelur, yong tau fu ( yang bujur ) dan timun. Kesemuanya dihiris dan dicampurkan sekali. Kuahnya biase aje. Kuah cili seperti kuah tauhu sumbat.


SELAMAT MENCUBA





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net