Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 31-Dec-2007 07:04 Email | Share | Bookmark
TERIMA KASIH ATAS UCAPAN

 
 
 
 
 
Aye mengucapkan jutaan terima kasih atas semua ucapan yang kengkawan berikan.

Baru sekarang aye sempat menjenguk fp aye ni maklumlah sebahagian masa cuti berada di kampung halaman. Aye balik sekejap untuk sambung kerja selama 2 minggu, itu pun tak sempat nak update kerana kerja perlu dibereskan sebelum hari raya Aidil Adha. Pas tu bertolak balik ke kampung untuk merayakan hari raya korban bersama keluarga di sana. Kebetulan aye dan keluarga ada berkorban sikit.


Lembu yang dikorbankan ari tu.


Siap untuk dikorbankan

Bila sebut pasal korban ni, sekarang ni amat susah untuk membahagi daging korban. Ini kerana kebanyakan jiran di kampung suami dan kampung aye sendiri masing2 membuat korban. Jadi nampaknya bertukar2 lah daging korban. Sampaikan tak cukup freezer untuk simpan daging.


Baru selesai disembelih

Biasanya daging korban di kelantan diagih2kan sendiri oleh tuan yang berkorban tu. Bahagian ita dari 7 bahagian diagihkan pulak kepada bahagian2 yang lain untuk diagih2kan. Lain kalau di tempat lain contohnya di Melaka, mereka ramai2 berkumpul dimasjid dan surau, daging diagihkan di situ aje. cuma yang kita dapat bahagian untuk kita makan aje. Daging korbannya rasanya lain dari daging yang kita beli di kedai. Manisnya lain. Kalau dibuat singgang atau dibakar memang best. Biasanye daging korban ni itulah menu yang selalu kita buat. Kalau dibuat gulai memang tak habis lah jawapnya. Satu lagi yang best bila perutnya dibuat cecah. Memang tak nampak anak telinga. Sedap sungguh.


Sebahagian daging sudah dilapah

Pada 28 Dis baru ni aye sempat berjumpa dengan Mamasya di Melaka. Seronok dapat jumpa dan kenal secara lebih dekat. Rupanya Mamasya ni tinggi dari aye, ingatkan aye yang tinggi rupanya ada lagi orang yang lebih tinggi. Cantik molek cik mek Kelantan niii, slim aje, kalau nak bandingkan dengan aye, mungkin 2 kali ganda kotttt. aye lagi tembammmm. He he he he he he

Kita makan2 dan borak2 aje. Cerita pasal keluarga dan cerita pasal kehidupan di Brunei. Seronok dengar cerita dari Ziela niiii. Macam2 dia cerita. Pasal kawan2 di Fp pun kita sentuh jugak. Kalau kengkawan fp dapat kumpul ramai2 bagus jugak kan? Boleh mengeratkan ikatan silaturrahim antara kita. Betul kan? Sorry erk gambar kita orang tak ade sbb sengaja tak nak ambik gambar. Kamera ada dalam beg. saje ajeeeeee. Terima kasih ziela untuk segala-alanya.

Aye mengambil kesempatan di sini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU semoga sepanjang tahun yang menjelang ni sentiasa sukses selalu.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net