Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 5-Nov-2007 12:46 Email | Share | Bookmark
SUP HAKKA MEE

 
Halal punyerrr
 
 
 
Aye terfikir2 nak makan ape malam ni..Nak makan nasi malas pulak nak masak lauknya. Maklumlah nak makan untuk 3 orang aje. Terfikir nak makan maggi aje. Lihat stok cuma ade satu paket maggi perencah ayam. Kalau untuk 3 orang memang tak cukup. Teringat beli Hakka Mee kat Tesco hari tu. Keluarkan Hakka Mee. Cadang tu nak campur dengan maggi tapi ape ke rupanya ye. So tak jadilahhhh. Masak hakka mee aje lahhh. Itu pun sempoi ajeeee. Sebab dah kena penyakit malas tapi perut minta diisi. Layan aje laaaa.





Quote:
Bahan-bahannya

2 simpul Hakka Mee
3 batang garlic flower~dipotong panjang 2"
4 batang daun saderi~dipotong panjang 2"
Air secukupnya.
1 paket perencah ayam dari mee maggi
1 kiub ikan bilis
sedikit garam
3 batang kangkung~dipotong
2 kelopak kobis~dipotong
3 biji telur
Beberapa potongan ayam ( yang bertulang~untuk maniskan kuah)

Bahan Hiris/tumis

1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 biji cili hijau ( aye gunakan cili hijau kelantan~memang sedap kalau dimasak sup)
1 keping fish cake

Cara Penyediaannya
1. Rebus Hakka Mee sehingga lembut. Angkat dan siram dengan air supaya tidak melekat. Ketepikan
2. Tumis bahan hiris sehingga naik bau. Masukkan air secukupnya.
3. Masukkan potongan ayam( ini idea last minit. mulanya tak nak masuk ape2 pun. sebab kena "M" tulaa). Biarkan kuah mendidih dan ayam masak.
4. Masukkan perencah dan kiub ikan bilis. Biarkan seketika. Kacau sekali sekala.
5. Masukkan kangkung, kobis, bunga bwg putih dan daun sup. Kacau sekejap.
6. Baru masukkan mee hakka.
7. Akhir sekali pecahkan telur sebiji sebiji. Biarkan telur separu masak. Jangan kacau takut nanti telur pecah. Bila dah separuh masak bolehlah disenduk telurnya dulu satu demi satu dan diletakkan ke dalam pinggan. Baru masukkan mee dan kuah.
8. Taburkan kacang tanah yang ditumbuk, cili kering kisar( ada dijual di pasaraya), bawang goreng,
serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan kicap soto ( bawang putih, cili padi (ditumbuk),kicap,perahan limau nipis dan sedikit garam dan gula).



Silakannnnnnn.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net