Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 1-Nov-2007 14:10 Email | Share | Bookmark
GORENG LIDAH LEMBU BERKICAP

 
 
 
 
 
 
 
Cerita pasal raya sebenarnya aye tak banyak ambik gambar. Terlalu suka sangat kot beraya sampai lupa ambik gambar. He he he he he. Cuma aye nak tayang satu2nya biskut yang aye buat iaitu beberapa hari selepas raya(bila dah balik Melaka semula) Biskut yang paling senang sekali iaitu biskut cornflakes madu( terima kasih kepada empunya resepi). Berbaloi buat biskut ni tak sampai beberapa hari biskut tu dah habis. Yang tinggal dalam balang hanya biskut tunjuk aje.
Ni dia biskut cornflakes madu tuuuuu.



Selepas beberapa hari raya ari tu aye sempat ambik gambar mak sedara tengah buat ketupat daun palas. Aye pun boleh jugak bungkus ketupat daun palas ni tapi tak berapa mahir sebab bila direbus dah pecah perutnyaa.He he he he sebab daun palas kecil tapi diisi penuh. So layan yang ini aje lahhhhhh.



Istimewa ketupat kelantan ni bila diisi ditengahnya dengan serunding daging. Memang terangkat. Yang diisi dengan kacang kurang sikit dan kalau dijual murah harganya lebih kurang 50 sen sebiji berbanding ketupat daging.



Setiap kali raya ketupat dan tapai ni lah yang dicapai dulu. Tapai biasanya dibungkus dengan daun pisang tapi ada kelainan sikit di kelantan. Mereka menggunakan daun getah untuk membungkus tapai. Ada juga yang menggunakan daun keladi. Yang pasti kalau tidak ada ketupat dan tapai tak sah.Mesti ada di hari raya. Kalau tak ada ni terasa ada yang kuranggg.




Habis bab ketupat dan raya,ini pulak lidah lembu digoreng dengan kicap. Makan dengan nasi panas-panas memang best. Sesiapa yang belum pernah makan lidah lembu boleh cuba masak. Rasanya kenyal-kenyal sikit. Tapi sedaaaappppppppppppp.

Ni dia resepi sempoi. Ini pun masakan hubby.



Quote:
GORENG LIDAH LEMBU BERKICAP

Bahan-bahannya

Lidah lembu
Kicap pekat
Sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan Hiris
4 Ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji cili hidup ( hubby guna cili hijau kelantan)
1 biji tomato sederhana masak
1 labu bawang besar

Untuk rebusan lidah
4 ulas bawang putih ~diketuk
sedikit garam
Air untuk merebus

Cara Membuatnya

1. Lidah lembu dibersihkan dan direbus bersama bawang putih dan sedikit garam sehingga masak. Kemudian dikupas kulitnya. Satu cara yang lain ialah lidah lembu dicelup ke dalam air panas sebentar dan dibuang kulitnya kemudian direbus bersama bawang putih tersebut sehingga masak.
2. Hiris lidah tersebut nipis-nipis dan dan digoreng sebentar dengan sedikit minyak.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili hijau dan dikacau sehingga bawang sedikit garing.
4. Masukkan kicap dan dikacau lagi.
5. Akhirnya masukkan tomato. Kacau balikkan sekejap, rasai garamnya (kalau kurang masin boleh ditambah sedikit garam atau kicap) angkat dan hidangkan.



PERHATIAN BUAT RAKAN2 FP:
AYE FRUST BETUL ARI NI KERANA SETIAP KOMEN YANG AYE TULIS DI FP RAKAN2 ASYIK ERROR AJEE. SAMPAI 2 3 KALI SUBMIT PUN MASIH ERROR. GERAM BETULLLLLL.
LAIN KALI AYE CUBA LAGIIII. SORRY YEE!


Heeeeeemmmmmm aye dah tau cara mengatasi error ni. Rupanya dia tak kasi kita tulis link di bawah tu, mesti kosongkan baru submit. Terima kasih mamasya kerana ingatkan akak. Rakan2 Fp kalau nak kasi komen jgn lupa kosongkan link tu ye! Baru submit. Nanti aye cuba jejak Fp rakan2 semua.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net