Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 29-Oct-2007 13:35 Email | Share | Bookmark
BUBUR LAMBOK

 
 
 
 
 
Memang puas kalau dapat menghirup bubur lambok. Habis satu mangkuk berpeluh badannnn.Memang sedap. Kawan-kawan boleh cuba bubur lambok aye ni, sekali makan pasti tidak akan lupa.( Ini dalam dua ni~kalau sedap, memang rasa nak makan lagi, nak lagi dan nak lagiii tapi kalau tak sedap pun tak akan lupa kerana tak sedap,lain kali tak nak buat lagi dan untuk selam-lamanya tak akan makan lagi. Yang mana satu? Kenalah cuba buat baru tau sedap ke tak sedap.Aye nak bagitau ini resepi orang pantai timur, ikut selera orang pantai timur. Kekadang orang pantai barat tak boleh terima masakan orang pantai timur ni, tak pandai makan gituuu.Tapi tak mengapa, aye nak tunjuk juga bubur lambok aye niii. Layaaaaaaaaaaaaaannnnnn.



BUBUR LAMBOK

2 POT BERAS~DIBERSIHKAN
SANTAN DARI 1 BIJI KELAPA
AIR SECUKUPNYA
GARAM SECUKUP RASA



PUCUK-PUCUK
KANGKONG
KADOK
MIDEN
KELEDEK
BELUNTAS
PAKU PASIR
SERAI KAYU
MERUNGGAI

BAHAN KISAR

3 EKOR IKAN~DIREBUS DIAMBIL ISI
7 ULAS BAWANG MERAH
2 ULAS BAWANG PUTIH
SESUDU LADA HITAM

CARA MEMBUATNYA

1. BERAS DIMASAK DULU DENGAN AIR SEHINGGA KEMBANG.
2. MASUKKAN SANTAN DAN MASUKKAN BAHAN KISAR.
3. BILA NASI SUDAH JADI BUBUR MASUKKAN PUCUK-PUCUK TADI. KACAU
4. MASUKKAN GARAM SECUKUP RASA. ANGKAT



UNTUK LEBIH SEDAP, BOLEH JUGA DIMASUKKAN ISI UDANG.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net