Want your
own Fotopage?








 
Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 26-Oct-2007 10:10 Email | Share | Bookmark
GULAI IKAN HARUAN

 
 
 
 
Sebenarnya aye bukan tak nak update fp ni tapi tak cukup masa. Lepas balik dari kampung aye kena pergi ke Seri Kembangan untuk terima anugerah,bukan untuk aye tapi untuk seluruh warga tempat kerja aye. Balik dari sana sudah sibuk di tempat kerja maklumlah 1 minggu tinggalkan, banyak yang perlu dibereskan. Terima kasih kerana sentiasa jenguk ke sini.

Masa akhir puasa hari tu, aye teringin sangat makan gulai ikan haruan. Kebetulan ikan haruan telah dapat dipancing bersama ikan betuk(puyu). Mungkin rezeki orang berpuasa. Jadi dapatlah aye masak lemak ikan haruan ni. RESEPI TURUN TEMURUN KELUARGA AYE.


IKAN HARUAN HASIL PANCINGKU

Quote:

GULAI IKAN HARUAN

2 ekor ikan haruan/ikan puyu~disiang, dibuang sisik, dibersihkan dan dipotong(direndam bersama air bancuhan tepung gandum+4 keping asam gelugor selama 1 jam)
Santan dari sebiji kelapa
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

Bahan Racik Kasar/ dipatah2kan
3 pucuk daun gajus
5 pucuk daun kesom
4 pucuk daun salam(serai kayu)
4 pucuk daun beluntas
1 biji pisang putik ( seeloknya pisang awak, tapi aye gunakan pisang kepuk )
3 pucuk daun gelugor/ daun kandis

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
6 biji cili kering
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup/sesudu kunyit serbuk


Cara Membuatnya

1. Satukan bahan kisar bersama santan dalam periuk. Panaskan sehingga menggelegak. Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
2. Masukkan ikan dan biarkan seketika sehingga ikan masak
3. Masukkan asam keping dan bahan yang diracik kasar. Kacau perlahan.
4. Masukkan garam. Kacau dan rasai garamnya. Bolehlah diangkat dan hidangkan.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net