Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 5-Oct-2007 05:23 Email | Share | Bookmark
MASAK LEMAK KELADI BERSAMA UDANG DAN SOLOK LADA MERAH

 
 
 
 
 
Isinya udah dimakan
Bila aye kerana pada seorang tukang kebun di pejabat aye tentang masak lemak keladi bersama udang ni, dia rasa pelik. Tak ke mabuk nanti atau sakit perut katanya.Dia balik ceritakan pada isterinya. Isterinya pun merasa pelik juga sbb di Melaka kalau masak lemak keladi mesti dengan siput sedut. Dia terus minta resepi masak lemak keladi ni. Sebenarnya keladi ni adalah pemberiannya. Selalu dapat keladi free, pisang kepuk free dan jantung pisang free dari tukang kebun nilah. Terima kasih pakcik. Jasa mu dikenang sepanjang hayatkuuu.



MASAK LEMAK KELADI BERSAMA UDANG

3 pokok keladi~dikupas kulit, dipotong kecil2.
udang sederhana besar, yang paling sedap udang putih yang dibuat perencah sayur.
Santan
Garam scukup rasa
1 keping asam gelugor

Bahan Kisar/tumbuk
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 1/2 inci kunyit
2 inci lengkuas
Sejemput ketumbar biji
14 biji cili kering


Caranya Membuatnya
1. Masak santan bersama bahan kisar dan asam keping dengan dikacau selalu sehingga menggelegak.
2. Masukkan udang, garam, kacau biar sebati.
3. Bila udang sudah kemerahan, masukkan keladi dan biarkan seketika dengan mengecilkan api sehingga kuah sedikit pekat.Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
[b][quote]


Quote:

SOLOK LADA MERAH
(Aye copy paste dari entry yang lepas)

Bahan-bahannya

20 biji lada hijau kelantan/cili hijau/cili merah
4 ekor ikan kembung~dibakar dan diambil isinya
2 biji kelapa ~ 1 biji kelapa untuk inti solok, 1 biji untuk santan pekat( 2 cawan )
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sejemput lada hitam
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula



Cara membuatnya

1. Cili hijau dibelah tengah dan dibuang bijinya ( hati2 supaya tidak terkopek di pangkal dan di hujung cili)
2. Tumbuk lada hitam, bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
3. Kemudian dalam lesung yang sama, tumbuk isi ikan, kelapa, garam dan gula sehingga lumat dan sebati semua bahan~ sudah jadi inti solok
4. Sumbatkan inti solok ke dalam cili yang dibelah sehingga penuh. Buat sampai habis.
5. susun cili solok itu di dalam periuk. Pastikan inti solok di bahagian atas (jangan kasi tumbang. Kalau tumbang isinya akan hancur).
5. Tuang santan pekat ke dalam periuk secara perlahan-perlahan. Pastikan tidak mengenai isi solok tersebut.
6. Tutupkan periuk dan dimasak di atas api yang sederhana.
7. Bila dah kering santannya bolehlah diangkat dan dihidangkan.


UUPPS ISINYA SUDAH DIMAKAN.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net