Want your
own Fotopage?






 
Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 30-Sep-2007 01:42 Email | Share | Bookmark
IKAN MASAK ASAM TUMIS ,SUP KACANG BUNCIS DAN APAM STRAWBERRY

 
 
 
 
 
السلام عليكم

Terima kasih pada Din(sweet moments) kerana share info Ramadhan ni. Semoga ia menjadi panduan untuk kita dalam menjalani hidup sebagai seorang mukmin dan mukminah dan muslim dan muslimah agar tidak terpesong dari landasan yang telah digariskan oleh Allah S.W.T. Semoga kita menjadi mukmin, mukminah dan muslim, muslimah yang mempunyai sifat2 mahmudah dan mempunyai hati yang luhur bersempena dengan puasa yang kita jalani ini. Biar kita menjadi orang baru. Segala kesalahan yang kita lakukan sebelum ini diampunkan oleh Allah S.W.T. Amin.

Quote:
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya :

Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, teta! p kita tidak
akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga
hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang
sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan
manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya
(ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat
dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi)
tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu
seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah
orang-orang yang lalai. "
(Surah Al-A'raaf, Ayat 179)

Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung,
dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi
khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya
berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat. Na'uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah
LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti
hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
[b]




IKAN MASAK ASAM TUMIS

5 ekor ikan kembung
1 biji timun~dipotong
1 biji bendi (kebetulan ade 1 biji aje)
6 biji cili api
1 kuntum bunga kantan~dibelah dua
1 keping asam keping
1 labu bawang besar~dipotong
4 helai daun limau purut
daun kesum
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan Kisar

5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
4 biji cili merah
sedikit belacan

Cara Membuatnya
1. Tumis bahan kisar bersama daun limau purut, daun kesum dan bunga kantan sehingga bangkit baunya. dan garing
2. Masukkan air secukupnya (jgn terlalu banyak), kacau dan biarkan mendidih.
3. Masukkan timun,cili api, bawang besar dan bendi, kacau dan biarkan sebentar
4. Masukkan ikan. Biarkan mendidih sehingga ikan masak. Angkat dan hidangkan.





SUP KACANG BUNCIS

Kacang buncis
Cendawan
Bunga sekincan
Soo hon
Fucuk
Hirisan ayam
Garam secukup rasa
Karet
Tomato
Minyak untuk menumis
Air untuk kuah

Bahan Hiris
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 biji cili merah

Cara Membuatnya

1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan yang dihiris sehingga bangkit baunya
2. Masukkan ayam, gaul rata. Kemudian masukkan sedikit air. Biarkan seketika
3. Masukkan fucuk, soo hon dan bunga sekincan. Kacau seketika
4. Bila kuah sudah sebati dengan bahan tumis, masukkan karet, kacang buncis, cendawan.dan garam. Kacau sebentar.
5. Bila sayur sudah layu, masukkan tomato, rasai garam dan angkat.




Dah lama terliur apam strawberry Masriyah. Dok pendam aje tapi bila tengok mamafami pun dok tayang apam strawberRy ni, aye memang dah tak tahan. Terus cuba buat. fuyyyooo memang best dan sedap betul laaaa. Masriyah akak copy and paste resepi Mas ni ye!.

APAM STRAWBERRY
SUMBER: masriyah

2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar~ aye guna susu cair.
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
Jem strawberry
pewarna yg disukai.



Cara.
1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai
6. Masukkan separuh aduanan dalam acuan, kemudian masukkan sedikit jem strawberry,dan masukkan lagi adunan ke atas jem tadi sampai penuh.
7.Kukus selama 10-15 minit.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net