Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 28-Sep-2007 08:52 Email | Share | Bookmark
ASAM PEDAS IKAN PATIN DAN SOTONG GORENG BERSAMA KARET

 
 
 
 
 
Quote:
INFO RAMADHAN

HADIS 1
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

HADIS 2
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."



Baru ni aye pegi Kuantan. Dalam perjalanan ke Kuantan aye bagi tau hubby terasa ingin nak makan ikan sungai. Sampai di Paloh Hinai kami singgah di gerai yang menjual ikan sungai tu, berhampiran jambatan sungai pekan. Kami sempat beli ikan pekasam, ikan sungai seperti ikan lampam dan seekor ikan patin. Aye ade tanya penjual ikan tu macamana nak buat asam pedas ikan patin. Dia terus kasi resepinya. Aye pun ape lagi masaklah macam resepinya itu. Memang sedap kerana sebelum ni aye tak berapa pandai makan ikan patin ni, cubit sikit isinya pas tu tak nak lagi. Tapi yang ini aye boleh habis dua ketul. Tak hanyir. Ni dia resepinye.



ASAM PEDAS PATIN

Bahan-bahannya
1 ekor ikan patin sederhana besar~dipotong kecil
1 ikat daun kesom
1 kuntum bunga kantan~dibelah 4
4 keping asam keping
Bancuhan tepung gandum/air beras
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk
Segenggam cili api kampung( nak pedas boleh tambah)
6 ulas bawang merah
2 inci kunyit hidup

Cara membuatnya

1. Rendam patin( yang telah dibersihkan dan dipotong kecil) di dalam air bancuhan tepung gandum bersama 4 keping asam keping. (tujuannya untuk menghilangkan hanyir ikan patin)selama ½ atau 1 jam.
2. Masak bahan tumbuk bersama air sehingga mendidih selama 10 minit(anggaran)
3. Masukkan daun kesum , bunga kantan dan 4 keping asam keping ( yang digunakan untuk merendam ikan-kalau nak masam lagi boleh tambah asam keping)
4. Masukkan ikan patin, garam dan biarkan mendidih sehingga kuah mesra dengan ikan (anggaran 20 minit)
5. Rasai garamnya dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

p/s kalau nak masukkan tempoyak pun bolehhhh. Jadilah PATIN MASAK TEMPOYAK.





SOTONG GORENG BERSAMA KARET.

Bahan-bahannya

5 ekor sotong sederhana besar~dibersihkan dan dipotong 3 bhg.
1 biji karet~dipotong dan dihiris halus
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
1 pokok daun bawang~dipotong2
sedikit minyak untuk menggoreng



Bahan hiris
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 biji cili merah
Cara membuatnya
1. Sotong digaul garam dan kunyit dan goreng dengan sedikit minyak
2. Bila sotong sudah masak, masukkan karet. Gaul rata dan biarkan seketika.
3. Bila karet sudah masak dan air sotong kering , masukkan bahan yang dihiris,kacau sehingga bawang sedikit garing. Taburkan daun bawang. Boleh juga dimasukkan tomato yang dipotong 4.
4. Angkat dan hidangkan.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net