Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 27-Sep-2007 09:23 Email | Share | Bookmark
SUP TULANG DAN BAYAM GORENG

 
Ikan goreng
 
 


Ini masakan hubby.Resepi SUP TULANG ni kawan2 boleh klik di link sebelah. Terima kasih banyak2 kat hubby.




BAYAM GORENG BERSAMA UDANG KERING

Bahan-bahannya

Seikat bayam~dibersihkan dan dipotong
sedikit minyak untuk menumis
udang kering~direndam dan ditoskan
1 paket perencah goreng
Sedikit air.

Bahan Hiris

Bawang putih
Bawang merah
Cili hidup
Bawang besar

Cara Membuatnya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga bangkit bau dan sedikit garing
2. Masukkan sedikit air, perencah sayur goreng dan udang kering. Kacau dan biarkan sebentar.
3. Bila udang kering sudah masak dan kuah sudah sebati dengan bahan tumis, masukkan bayam. Kacau sebentar dan angkat.



SUP KEGEMARAN HUBBY.

SUP TULANG

Bahan-bahannya

1 kilo tulang lembu
2 bunjut rempah sup
3 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
11/2 inci lengkuas
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum pelaga hindi
4 kuntum bunga cengkih
sejemput lada hitam
minyak untuk menumis
air
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
2 pokok daun saderi
2 pokok daun bawang
cili api penambah selera
air limau nipis penyedap rasa



Cara Penyediaannya

1..Tulang lembu direbus sehingga mendidih. Masukkan lengkuas dan halia yang telah diketuk, sup bunjut dan asam keping. Biarkan sehingga separuh empuk.
2. Bawang merah, bawang putih dihiris halus dan ditumis bersama kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih,pelaga hindi di dalam kuali yang berasingan sehingga garing dan masukkan daun saderi dan daun bawang yang dipotong 1 inci. Goreng seketika. Kemudian tuangkan ke dalam rebusan tulang yang separuh empuk tadi.
3. Masukkan garam secukup rasa, kacau dan biarkan daging empuk. Akhir sekali masukkan lada hitam yang ditumbuk lumat. Kacau seketika dan angkat. Untuk hiasan tabur bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan cili api yang diracik halus dan perahan air limau nipis


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net