Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 26-Sep-2007 10:51 Email | Share | Bookmark
PEKASAM GORENG BERSALUT TELUR

 
 
 
Quote:
KELEBIHAN BULAN RAMADAN

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan kitab suciNya (Al-Qur’an) yang menjadi petunjuk bagi manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”
(Surah Al-Baqarah: 185)
[b]
[b]Dipilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatul-qadr yang mana ia lebih baik dan lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurut ulama’ Lailatul-qadr itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan khasnya malam-malam pelikurannya dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.


Lain-lain keistimewaan bulan Ramadhan itu sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar.”
(Hadis riwayat Muslim)
Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: “Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.”



IKAN PEKASAM BELUM GORENG


PEKASAM GORENG BERSALUT TELUR.



Bahan-bahannya

2 ekor ikan pekasam
2 biji telur
4 ulas bawang merah~dimayang
3 biji cili merah/cili api~dihiris
2 ulas bawang putih~dimayang
Minyak untuk menggoreng
1 biji limau nipis

Cara Membuatnya

1. Pukul telur bersama bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
2. Goreng ikan pekasam sehingga garing.
3. Curahkan telur keatas ikan dan balik2an sehingga telur masak , angkat dan hidangkan
4. Akhir sekali perahkan air asam limau ke atas telur tadi. Siapppp.


MASAK LEMAK BAYAM BERSAMA CENDAWAN



Bahan-bahannya

1 ikat bayam hijau~dipotong
1 pokok sawi~dipotong
6 kuntum cendawan butang ~dibelah dua
1 biji kelapa, ambil 4 cawan santan.
6 biji cili merah~dihiris memanjang

Bahan Kisar
2 ekor ikan- direbus dan diambil isinya.
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara Membuatnya
1. Masak santan bersama bahan kisar,cendawan dan sayuran yang dipotong sehingga mendidih.
2. Masukkan garam dan cili merah. Kacau dan Biarkan seketika.
3. Bila sayur sudah layu, angkat dan hidangkan.


Quote:
Alamak aye kena taq lagi................

Instructions :
**Start Copy**
Tag Mode: 5 bloggers
1st - You leave their blogs and post link and add to the list below.
2nd - Let the bloggers you want to tag know they been tagged by commenting in their blogs or etc.

Tagged by – mamasya and kak leen

5 things found in my bag
~ My new camera - Sony
~ handphone
~ pen
~ mini culculator
~ mini alQuran

5 things found in my purse
~ Money
~ Kad Pengenalan( Warganegara Malaysia woi)
~ A variety of cards (credit cards, ATM card, business card, Bonus Link, etc etc)
~ Driving licence
~ Beberapa keping kupon cosway


5 favorite things in my room
~ Family photo
~ Latest magazines- Jelita, Anjung Seri
~ Buku-buku Ilmiah- Agama dan Pengurusan
~ A Stand-By-Light National
~ Bed


5 things I’ve always wanted to do
~ Menjejakkan kaki ke Mekah.
~ Melancong ke luar negara bersama family
~ Berkumpul bersama semua keluarga dari kedua-dua belah pihak.
~ Balik kampung laaaa ape lagiiii
~ Merawat penyakit mak.

5 things I’m currently into
~ Berbuka puasa bersama mak dan anak2
~ Trying to update next entry of my fotopage.
~ Tengok berita pasal suspek pembunuh adik Nurin berusia 41 thn telah ditangkap
~ Dok fikir macamana nak hilangkan batuk yang tak berhenti lagi niiiii. Doktor pakar dah jumpe, ubat dah habis, sekarang tak tau lagi nak buat macamana? Pengambilan herba pun sudah ku cubaaaa.
~ Answering mamasya dan kak leen tag!!!
Kali ni aye tak nak taq sapa-sapa lahhh.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net