Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 24-Sep-2007 14:18 Email | Share | Bookmark
HERBA KHAZANAH WARISAN 48

 
Kita lupakan sekejap dari masak memasak ye! Kita lihat pulak khasiat herba. Sebelum tengok khasiat Terung pipit, baca dulu 2 hadis di bawahhhhhh sebgai renungan kita bersama semasa Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Mudah2an kita di tempat bersama orang-orang yang bertaqwa. Amin.

Quote:
INFO RAMADHAN

HADIS 1

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

HADIS 2

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."


48. TERUNG PIPIT ( Solanum Torvum)



Terung pipit adalah sejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.

Kegunaan

1. Mengubati sakit kepala

2. Mengubati sengal-sengal badan

3. Taun dan cirit-birit

4. Mengurangkan demam panas

5. Merawat buasir
caranya: daunnya dijadikan pes dan lotion

6. Merawat tumit kaki yang pecah
caranya: akarnya ditumbuk dan ditempelkan pada bahagian
yang berkenaan.

7. Menurunkan tekanan darah tinggi

8. Buah terong pipit sedap dimasak kari dan dijadikan ulam, dicicah sambal belacan atau budu.

9. Daunnya dijadikan bahan perisa masakan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net