Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 21-Sep-2007 06:19 Email | Share | Bookmark
AYAM BAKAR SIMPLE AJE

 
 
 
 
Quote:
Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi


Aye berbuka simple2 aje. ayam bakar, celur sayur2an dan sambal belacan. Bertambah-tambah makannya. Tambah pulak dah ade selera nak makan nasi keras.


AYAM BAKAR SIMPLE AJE

Bahan-bahannya
2 ketul paha ayam
3 sudu serbuk kunyit perasa serai TANI ( di Kelantan aje ade ni)
( antara bahan yang terkandung di dalamnya seperti yang ditulis ialah lengkuas, kunyit, garam,serai dan rempah( ketumbar) tapi kawan2 boleh ambil ini sebagai asas.
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Garam secukupnya
2 sudu gula.

Cara Membuatnya
1. Lumurkan ayam bersama bahan2 di atas
2. Perapkan selama 1 jam . Nak perap lebih lama lagi bagus.
3. Bakar ayam dengan api yang sederhana.( aye guna dapur gas aje) Jangan lupa sentiasa balik2kan ayam supaya kulitnya cantik (taklah hangus macam saya tu sbb dok leka tengok siri TAQWA).
4. Dah masak angkat dan hidangkan. Sedap makan dengan nasi panas2, sambal belacan special tu dan sayuran yang dicelur ( Bendi, kacang buncis dan petola + sedikit garam - agar kuah rebus boleh digantikan kuah masak sayur biasa : sengaja rebus lama untuk mak makan sekali, dia tak boleh makan yang keras kesian jugak kat dia, nanti tertelan air liur aje sbb sayur celur ni memang kegemarannya.)




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net