Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Sep-2007 02:22 Email | Share | Bookmark
NASI AIR KAK JIE DAN SUP KAKI AYAM

 
 
 
 
 
 
SELAMAT BERPPUASA SEMOGA PUASA KALIAN DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T.

MAAF KU PINTA KIRANYA ADA TERKASAR BAHASA DAN BICARA SECARA SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA. SEMOGA PUASA TAHUN INI MENDAPAT KEBERKATAN DARI YANG MAHA KUASA. AMIN.

Aye baru dapat sms dari kawan lama Aye di Perak. Pn Zakiah Ariffin, gini mesejnya
"Ambillah secebis ketabahan SITI KHADIJAH, secangkir keluhuran FATIMAH, selautan ilmu AISYAH,Sekudus taqwa RABIATUL ADAWIYAH, semurni ingatan penghantar mesej ini, dengan ucapan SELAMAT MENEMPUH RAMADHAN ALMUBARRAQ DENGAN PENUH KEIMANAN."jam 4.20ptg

Aye juga baru dapat mesej dari kawan siber SUHAIRAH SALAMON

"Assalamualaikum. Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati Allah..amin."jam 11.00 pg

TERIMA KASIH UNTUK KAWAN2 SEMUA.


Ini aye ambil komen dari seorang rakan Fp, Terima kasih kongsi info ini.

"assalamualaikum ...rejab sudah, sya'ban pun sudah kini tibalah bulan ramadhan ...fadhilatnya
salah satunya pintu langit di buka...
Sabda Rasulullah SAW:
(Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan
pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan)
Riwayat Bukhari dan Muslim
Salam Ukhuwah

Tue 11-Sep-2007 10:36
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com"

Di bulan Ramadhan al Mubarrak kita disunatkan diantaranya ialah memperbanyakkan membaca al Quran,
Bersedekah, dan sembahyang sunat Terawikh.
Ini fadhilat solat Terawikh tersebut.

Diriwayatkan oleh saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari
pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat
terawikh pada bulan ramadhan:
MALAM 1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan,
mendapat keampunan dari Allah.
MALAM 2:
Diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh serta kedua ibubapanya
(sekiranya mereka orang beriman).
MALAM 3:
Berseru malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan solat terawikh
terus menerus. `semoga Allah mengampunkan dosa engkau.'
MALAM 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca
kitab kitab taurat, zabur, injil dan al Quran.
MALAM 5:
Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang
di masjidilharam, masjid madinah dan masjid aqsa.
MALAM 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf
di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan
tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang
mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini
MALAM 7:
Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong
Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya fir'aun dan hamman.
MALAM 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang
telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim "Alaihissalam.
MALAM 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.
MALAM 10:
Allah subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.
MALAM 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
MALAM 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
MALAM 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.
MALAM 14:
Datang malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.
MALAM 15:
Semua malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.
MALAM 16:
Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan
ke dalam syurga.
MALAM 17:
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala para nabi.
MALAM 18:
Seru malaikat: hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau
dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
MALAM 19:
Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya didalam syurga firdaus.
MALAM 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
MALAM 21:
Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.
MALAM 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang mahsyar).
MALAM 23:
Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.
MALAM 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
MALAM 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
MALAM 26:
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama
40 tahun beribadat.
MALAM 27:
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian sirotulmustaqim seperti kilat menyambar
MALAM 28:
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat
MALAM 29:
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
MALAM 30:
Allah Subhanahu Wata'ala beri penghormatan kepada orang berterawikh
pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "wahai hambaku:
makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam
syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama salsabila, serta
minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
yang bernama 'al-Kauthar'"


DON'T MISS IT. LAKUKAN DENGAN IKHLAS SEMATA-MATA KERANA ALLAH.

************************************************************************************************

Teruk betul demam aye kali ini. Sampai sukar untuk mengangkat kepala dan bangun.
Tapi walaumacamana pun, aye terpaksa gagahkan juga untuk masak bagi
mengisi perut aye yang kosong dan perut anak2.

Dalam badan yang terketar2 dan menggigil2 aye cuma masak nasi air (bubur nasi) untuk
aye dan anak2. Mereka pun suka nasi air ni berbanding dengan nasi biasa. Aye buat ni
mengambil kira kepada stok yang ade. Nak pegi pasar jauh sekali kerana badan dah tak
larat lagi. Ada dua jenis bubur air aye ni. Satu jenisnya semalam punya dan satu lagi
hari ni punya. Rakan2 bolehlah pilih yang mana satu yang rakan2 suka atau boleh
juga rakan2 kombainkan resepinya jadikan satu menu. Ape2 pun ini bubur nasi/nasi air
orang demam. Kalau tak demam pasti meriah lagi nasi air ni.



NASI AIR KAK JIE 1

Bahan-bahannya

Beras
Air mencukupi- mesti banyak lebih daripada tanak nasi biasa
garam
ubi kentang~dipotong kecil
daun bawang~dipotong 2 inci
daun saderi~dipotong 2 inci
isi ayam~dipotong kecil

Cara membuatnya
1. Masukkan air dan beras kedalam periuk dan masak sehingga mendidih
2. Masukkan isi ayam, kentang,daun saderi dan daun bawang. Dikacau2.
3. Bila nasi sudah empuk dan lembik bolehlah masukkan garam. Angkat dan hidangkan

Untuk taburan atas Nasi Air.

Daun bawang~dihiris
Daun saderi~dihiris
Kicap
Sambal Garam ~ cili api + garam ditumbuk lumat

[color=blue]Sambal Ikan Bilis Goreng Special


~caranya: Ikan bilis+hirisan bawang merah
+hirisan bawang putih+hirisan halia. Digoreng dengan minyak sehingga kesemuanya
garing.Masukkan separuh gorengan ini ke dalam blender. Blend dia sampai hancur. Siap.
Amat sesuai juga ditabur ke dalam Mee/bihun/macaroni/atau ape saje jenis sup.
( ciptaan orang demam ni)



SAMBAL IKAN BILIS GORENG SPECIAL


Ikan Bilis Goreng Sama Bawang Merah+Bawang Putih+Halia

Yang separuh lagi boleh ditaburkan bersama ke atas nasi air.

[b]Untuk hidangan nasi air, masukkan nasi ke dalam mangkuk, taburkan daun bawang,
daun saderi, kicap, sambal garam, ikan bilis goreng bawang merah,bawang putih,halia
dan sambal ikan bilis goreng. Siap, dah boleh makan
....

Quote:
NASI AIR KAK JIE 2

Bahan-bahannya

Beras
Air mencukupi- mesti banyak lebih daripada tanak nasi biasa
garam
Ubi kentang~dipotong kecil( ari ni kentang sudah kehabisan stok. Aye masukkan karet)
daun bawang~dipotong 2 inci( kehabisan stok, aye masukkan bunga sekincan kering)
daun saderi~dipotong 2 inci(kehabisan stok, aye gantikan dengan kacang peas)
isi ayam~dipotong kecil
1 kiub perencah ikan bilis~untuk lebih sedap( aye tak masukkan takut lagi tambah pening-
aye alah dengan bahan perasa)

Cara membuatnya

Sama dengan nasi air yang pertama

Untuk taburan atas nasi air ini

Kicap soto ~ kicap+hirisan bawang putih+cili api+ sedikit garam+sedikit gula+perahan
air limau nipis
Ikan bilis goreng bersama bawang merah, bawang putih dan halia
Sambal Ikan Bilis Special ciptaan terkini
Serbuk lada sulah.
Hirisan ayam goreng
Sambal garam


Sambal Garam ni sentiasa ada. Sbb dia boleh simpan lama.

Kesemuanya ditabur di atas nasi air. Sedia untuk dimakan.


NASI AIR KAK JIE 2


p/s
Ini resepi orang yang tak boleh bergerak laju, kepala pening. Kalau nak lagi special,
bolehlah ditambah lagi dengan ikan kering, kobis jeruk, telur asin, kacang tanah goreng
dan cili kering kisar
.



Ini permintaan dari abstractdementia untuk makan sahurnya nanti.
Akak harap tuan boleh cuba ni. Resepi ni tak ade ayam sbb masa akak buat ni,
waktu majlis solat hajat dan bacaan yasin. Isi ayam dah dibuat masak merah.
Tinggallah kaki ayam niii. Tuan boleh tukarkan kaki ayam dengan ayam yer!

Ni dia rupa permintaannya:

"letak resepi sup ayam blh..
nak masak utk sahur... Tue 11-Sep-2007 12:49
Posted by:abstractdementia"



Sorry lah tak perasan daun bawang 1 tu tak dipotong. Byk tangan waktu tu.
Yang masak lain yang tabur lain. Ini belum masuk bawang goreng ,
cili api dan sambal garam.

SUP KAKI AYAM/AYAM

Bahan-bahannya

Kaki ayam/ayam~dipotong kecil
Daun Bawang -dipotong kecil
Daun saderi-dipotong kecil
Sejemput Bawang Merah goreng
Sejemput Bawang putih goreng
Sejemput Bawang Besar goreng
1 batang kulit kayu manis
4 biji bunga cengkih
3 biji pelaga hindi
1 kuntum bunga lawang
1 kiub perencah ikan bilis
1 ikat sup bunjut
2 inci halia-dihiris
1 1/2 inci lengkuas-dihiris
3 ulas Bawang merah-dihiris
6 ulas bawang putih-dihiris

Cara Membuatnya

1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, pelaga hindi hingga berbau.
2. Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan bahan gorengan: Bawang merah, bawang putih dan bawang besar. Kacau.
3. Masukkan air secukupnya. Setelah mendidih, masukkan kaki ayam/ayam. Kacau2 sebentar.
4. Masukkan kiub ikan bilis dan sup bunjut. Kacau sebentar dan biarkan mendidih.
Bila kaki ayam/ayam dah empuk dan masak, masukkan garam secukup rasa. Angkat.
5. Untuk hidangan taburkan hirisan daun bawang, daun saderi dan bawang goreng
ke dalam sup. Siap untuk dihiruppppp dan dimakan bersama nasi panas2, ikan kering,
sambal belacan/sambal garam.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net